Wednesday, July 20, 2011

Siapa Kata Tak Boleh? Cinta Sebelum & Selepas Kahwin

Dating???



Sape kata bila dah jadi husband & wife kita x boleh ada feeling cam couple???
Seharusnya harus diterapkan rasa ingin bercinta bila dah berumahtangga.

Bila nak kuar, terfikir apa yang nak dipakai? Mesti kena lawa-lawa.
Nak makan kat mana?
Lepas habis makan nak pergi ke mana pula?

Jangan jadikan halangan bila dah berkahwin...
Jangan malu untuk berpegangan tangan bila melintas jalan...
berpegang bahu bila ingin menyatakan sesuatu...
Pasti rumahtangga akan bahagia...
Dan hubungan akan bertambah manis...
Inilah indahnya alam rumahtangga...

Berkongsi makanan...
Berkongsi cawan yang diminum, mungkin?
Cam aku ler...
Aku taknak pakai cawan yang berasingan.


Siapa kata kalau x bercinta, kita x boleh sefahaman bila berumahtangga?
Punca HATI...
Kita boleh didik hati kita.
Utk mencintai dan menyayangi pasangan kita.
Dan pastinya akan ada ganjaran pahala.


 Allah Swt telah memberi kita garis panduan untuk mengecapi kebahagiaan dan segala galanya bermula daripada redha Allah swt. Perkahwinan adalah perkara yang amat dituntut dalam Islam. Dengan Berkahwin secara sah, perkara yang haram akan menjadi halal dan maksiat akan dijauhi.



Antara Kebaikan-kebaikan bercinta selepas berkahwin:

Selepas berkahwin ungkapan "I love you" adalah sesuatu yang indah dan tidak salah diungkapkan oleh pasangan.Malah ia dapat memekarkan percintaan antara suami isteri.
Malah,berjalan berpegangan tangan juga tidak salah kerana ianya halal dan menambahkan kemesraan antara pasangan.
Apatah lagi jika kita dikurniakan pasangan yang soleh dan solehah..alhamdulillah kita akan bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari Madrotillah akan mengecapi keindahan bercinta selepas berkahwin.Segala maksiat akan dapat dielakkan.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi juga turut sama-sama dapat diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga dan keredhaan Allah.
"Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai".
Bercinta sebelum kahwin:
Pasangan yang belum ada apa-apa ikatan,tetapi kemesraan sudah mengalahkan suami isteri.Kata mereka,zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali.
Bercinta bagai nak rak,bila putus ditengah jalan mulalah buat perkara yang bukan-bukan,lebih teruk lagi ada yang cuba untuk membunuh diri apabila kecewa kerana kata mereka,hidup sudah tiada guna tanpa cinta daripada pasangan mereka.

Ungkapan-Ungkapan romantis seperti
"I love you my dear..".
"I love you so much darling...".
"I tak boleh hidup tanpa sayang...".
"Sehari tak berjumpa,serasa setahun..."
"Rindunya...i.."akan kerapkali dialunkan oleh pasangan-pasangan yang bercinta kepada pasangan masing-masing

No comments:

Post a Comment