Monday, August 29, 2011

Minggu ke-37 Kehamilan - Tanda-tanda Pra-Kelahiran

29 Ogos 2011, Isnin sehari sebelum cuti raya... KKIA Pulau Meranti masih dibuka... Jururawat masyarakat yang bertugas ada 3 org. Temujanji hari ini pada pukul 11 pagi tapi seawal 10.15 pagi aku ditemani Mr Hubby telah sampai. 

Keadaan kesihatanku masih baik. Alhamdulillah. Check HB ok, tekanan darah 110/70. tiada contraction dan masih boleh berpuasa. Jururawat ada menerangkan mengenai tanda-tanda pra kelahiran.

Menjelang Syawal

Sayu... hati ini makin sayu...
Rindu... Terkenangkan desa permai...
Wajah ayah bonda...
Bermain di mata...
Mengajakku pulang...
Di hari mulia... Hari Raya...

Aduhai... [cam iklan tesco]...

Sedihnya hati ini bila:
1. x dapat bersama tolong mak memasak di dapur seperti tahun2 lepas pada petang raya, 
2. x dapat basuh tingkap 2 hari sebelum raya
3. x dapat tukar langsir mlm raya
4. x dapat nak isi balang kuih mlm raya
5. x dapat gosok baju mak bapak, anak2 sedara n baju sendiri mlm raya
6. x dapat join men mercun mlm raya

dan yang paling utama,

X dapat nak salam n cium tangan mak bapak n adik beradik  yang lain dan memohon ampun dan maaf...

Tabahkan hatiku, Ya Allah... Nampak tegar, tapi rapuh di dalamnya... Nak mengadu tidak tahu pada siapa...


Di kesempatan yang ada ini, ku susun 10 jari memohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata-kata dan perbuatan yang disengajakan atau tidak, halalkan makan minumku, salah silap n segalanya.. Aku dan Mr Hubby juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI buat
MAK BAPAK, ADIK BERADIK, KERABAT2, KELUARGA DI JOHOR DAN KEDAH
dan
TEMAN-TEMAN YANG MENGENALI KAMI.

Kepada pemandu yang pulang berhari raya, berhati-hati ketika memandu.

Serangkap pantun buat semua,
Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Insya Allah, Syawal tahun depan kita bersua muka...

Sunday, August 28, 2011

Mood Berjalan Selagi Larat

Pagi sabtu, 27 Ogos 2011...

Lepas sahur dan solat Subuh, sambung tidur balik. Bangun agk lewat. Cover la tu. Siap semua, pukul 11.30 pagi gerak ke KL. 

Lokasi Pertama: Jalan Pasar
Ini lah tempat yang aku suka sangat pergi sebab macam2 brg yang jarang kita jumpa. Sesak memang sesak. Ramai betul org. Lagipun da dekat nak raya ni, dbkl ada menyediakan khemah2 di tepi jalan untuk peniaga. Ada jual pakaian terpakai, alatan harian, barang2 elektronik dan mcm2 lagi. Bertambah peniaga kaki lima ini menawarkan produk masing. Gerai yang paling aku suka yang jual ikan. Suka tengok ikan-ikan yang bermacam jenis. Arini ada spesies ikan baru, nama dia pelik sikit... Ikan Kucing Hutan... Alamak... cam konfius plak kan. Ikan ke kucing??? Ikan tu belang dia ala2 kucing hutan. Tu peniaga main sedap bagi nama komersil. 

Kucing hutan


Fobia!!!
Sibuk jalan2 sebab org kata nak sampai due date kena banyak berjalan, ternampak plak rambutan gula batu... Nyum2... sedapnya... terus ke gerai India. Selonggok rambutan merah tu, kecur air liur aku. Sekilo RM4, aku terus memilih yang besar2. Tapi ada adegan yang sangat x syiok ms kat gerai tu, si peniaga tu marahkan anak perempuan dia pastu ketuk kepala anak dia. Kuat plak tu... Aku yang tengok pun jadi takut dan dpt merasai kesakitan. Kali kedua dia tepuk tu, terkena plak dkt tiang besi yang m enampung bumbung kedai. Aku dah tak sanggup nak melihat. pas bayar cecepat aku blah. menci2x dengan org yg cam tu.

Gerai Ikan
Lokasi Kedua: Leisure Mall



Pukul 1.30 petang, kami bergerak ke kawasan Cheras. Tujuannya utk tengok wayang citer Cowboy & Aliens. Citer ni nak habis ditayangkan. Ada tiket pun pukul 5 petang. Lamanya nak tunggu. Dah la arini ada perjumpaan berbuka. Huuu... Akhirnya kami beli jer tiket awal citer Conan The Barbarian, mula pukul 2.35 petang.

Sedikit sinopsis Conan The Barbarian


Perjalanan Conan dari Cimmerian mengembara melalui benua Hyboria dengan tujuan untuk mencari pembunuh bapanya dan orang yg memusnahkan kampungnya. Conan bertemu dgn Khalar Zym, pembunuh bapanya. Namun bukan mudah untuk membalas dendam. Dalam pengembaraan, dia bertemu cinta sejatinya, Tamara. 

Lokasi Ketiga: Jusco Taman Maluri

Memandangkan awal lagi nak ke perjumpaan, kami singgah di JJ Taman Maluri. Nak tengok kasut raya dan handbag kalo ada yang berkenan. budget ciput je RM100. Sedg sibuk tinjau-tinjau, ada plak lelong handbag jenama CA Accessories sebyk 80% selama 15 minit saje. Wow... Banyak tu... Dlm lautan org ramai, aku menyelit la. Dapat pegang satu handbag, aku check2 dan tnya la opinion Mr Hubby. Ok ke x style handbag, Mr Hubby angguk je. Ikutkan harga asal handbag mmg mahal, RM259. Sebenarnya sempat gak berebut dgn dak ppuan cun keje body shop. Tapi memandgkan aku dah pegang dlu, so dia melepaslah...

Lokasi Keempat: Perjumpaan Berbuka Puasa Group FB HRHSF

Ni la berbuka paling seronok dalam Ramadhan 2011. Perjumpaan berbuka puasa dengan group FB keturunan HRHSF atau Haji Raihan & Hajah Sariaton Family. Ni nama atuk dan nenek aku sebelah mak, actually. Group ni ditubuhkan oleh salah sorang sepupu aku yang duk di Sarawak, Hashimi Hamura

Perjumpaan berbuka tu dibuat di salah sebuah rumah makcik, Puan Rohayati. So dapatlah jumpa adik-beradik mak aku, Puan Noriah dan Puan Sareha Raihan serta anak-anak... 

Juadah yang sangat best, Ayam Penyet dan Ulam-ulaman... Terima kasih semua atas jemputan... Raya ni Insya Allah kita jumpa lagi.


Buat Mr Hubby, thanks kerna menghibur hati membawa aku jalan2 daripada duk melayan perasaan teringatkan kmpung halaman...

Berbuka Puasa

Nak update asyik la x sempat, banyak betul program da dekat nak raya... Last week, 20.8.2011 sempat join Majlis Berbuka Puasa dengan syarikat tempat Mr Hubby bekerja. Seawal pukul 3 petang kami da gerak ke KL. Takut jamm.

Sepanjang perjalanan dari Puchong ke KL memg x jamm, masuk je ke area BB (Bukit Bintang) amatlah sesak. Ni baru menempuh perjalanan belum lagi nak cari parking ti. Sure lagi serabut. Harap mudah la kami dapat parking yang selesa. 

Pukul 5.45 petang baru dapat parking di shopping mall Sungei Wang, tingkat 2, tapi yang peliknya tiada pintu utk masuk ke kawasan shopping mall. So kami terpaksalah ikut laluan kereta yang naik. Mencabar dan bahaya. Takut je kena langgar dengan kereta. 

Alhamdulillah 15 minit berjalan dalam keadaan yang sarat ini, sampai gak kami ke destinasi yang ditujui. 

Grand Millenium Hotel...


Sangat santek la deco hotel ni. Dah ramai yang menunggu di lobi hotel. Aku terus duduk di kerusi kosong coz kepenatan berjalan dari shopping mall tadi. Huhu...

Pukul 7 petang baru kami naik ke tempat makan yang disediakan. Juadah sangatlah menjamu selera. Nyummy... Lemang ada... Serunding daging ada... Hish... pendek kata, apa yang aku teringin nak makan sume ada kat situ. Hehehe... Aku makan nasi sikit je... sebab nak try semua makanan yang ada. 

Pas makan, sebelum balik, sempat la  bersalaman dengan mereka yang hadir, iyer la kan pasni nak tunggu raya la dapat jumpa diorang lagi. Itu pun kalo aku belum bersalin. 


Makan sikit je... Tapi tengok effect dia... sampai buncit perut. Huhu... 


With Kak Mai
Sampai rumah tepat pukul 11 malam... Sangat letih..

Friday, August 26, 2011

Tik Tok Tik Tok

Tik Tok Tik Tok....

Menghitung masa... minggu... hari... jam... minit... saat...

Jika dulu menghitung masa untuk diijab kabulkan... Setelah hampir 10 bulan di alam perkahwinan, kini aku menanti saat untuk melahirkan cahaya mata pertama. Jika dikira, kini dah masuk ke 36 minggu 5 hari...

Perasaan? Sure la cuak kan. Lagipun ni pengalaman pertama... Yang menyedihkan tu, nak raya dah... Tinggal 4 hari lagi oiii... sedih bukan kepalang la... X dapat balik kampung 1 hal juga... 

Baju raya? Dah siap ke? Sure la ada walaupun hanya sehelai. Cukup lah. Bukan nak raya sangat. Fikir kan nak bersalin lagi utama. Barang-barang untuk ke hospital sume dah packing dlm 1 beg dan dah letak tepi pintu. Takut x sempat ti Mr Hubby nak kemas

Hujung2 puasa ni banyak betul dugaan.... Dengan perut yang kerap sangat mengeras dan asyik kencing-kencing. Dan masalah di kawasan ari-ari. Nak berjalan pun susah. Sampai kena tegur, jalan cam Pingu...  

Kenal x dengan Pingu? Ala kartun yang cute tu... 

Si Pingu
Penguin tengah sakit kelengkang
Penguin tengah happy nak raya
Jalan ala-ala kengkang gitu... Huhu... Sape yang pernah mengalami tau la mcm mana keadaannya. Sgt azab. Lagi la bila berbaring kemudian ingin bangun. Rasa cam nak terkeluar je isi perut.

Tapi semangat kena kuat. Semangat nak raya je kian sirna. Dalam keadaan sarat ni, dapat juga la kemas rumah apa yang patut.

Rindu kat Mak... Huwaaaaaaaaa... Nak nangis, tapi tahan je...Dapat dengar suara mak dari jauh je... 

Perjuangan harus diteruskan. 

Semoga aku tabah dan kuat menghadapi cabaran paling besar dalam hidup untuk 1 nyawa yang berharga.

Minggu Ke-36 Kehamilan - Oligo?

Appointment dengan Klinik Desa minggu ke-36 ditemani oleh Mr Hubby sebab dah x larat nak drive sendiri. Seawal 7.45 pagi da bergerak ke KD. Kepala dah start pening kerna kurang tidur. Sampai je di KD, parking kereta da full. Ramai sangat orang hari ini. kat kaunter orang dah beratur mengambil nombor giliran. Aku dapat no.9. Sure lambat balik.

Temujanji hari ini dengan doktor untuk check perut dan scan Little B. Lama juga menunggu. Hampir 1 jam lebih. Pukul 9.30 aku dipanggil masuk. Doktor tanya pasal kandungan dan kontraksi. Aku ada juga menanyakan mengenai keadaan Little B yang mengeras bila masuk waktu petang. Mungkin disebabkan aku berpuasa. 

Oligo???

Apa tu? Minuman coklat Oligo ke? 

Masa scan, doc bagitau kandungan air ketuban aku kurang. Oligo tu nama saintifik untuk masalah kekurangan air ketuban yang aku pernah share untuk entry sebelum ni. 

Surat rujukan terus dibuat untuk dirujuk ke Hospital Serdang. Otakku ligat memikirkan kena bersalin awal ke? Iye la kan bila kekurangan air ketuban, bayi akan lemas. 

Pukul 10.15 pagi, sampai di Hospital Serdang aku terus ke Dewan Bersalin. Mr Hubby pula terpaksa mencari parking. Jadi Aku kena jalan kaki dari tempat pendaftaran di bahagian hujung dalam 15 minit. Penat bawa perut. Little B pula asyik mengeras. Aku rasa cam nak terkeluar je Little B.

Sampai di dewan bersalin, aku terus dibawa ke katil untuk check up. Mr Hubby x sampai2. Nurse menyuruh aku menukar kain batik untuk memudahkan ujian scan dan mengukur kadar denyutan jantung Little B.

Setelah menunggu selama hampir 1 jam, barulah ujian scan dpt dijalankan. Dan mengikut kata doktor pakar yang bertugas ketika itu, jumlah air ketubanku masih mencukupi untuk menampung Little B iaitu, 10.2 berbanding sebelum ni hanya 4.2. Alhamdulillah...

Tapi, aku harus datang kembali untuk 2nd check up pada 8 September 2011... Agak-agak dah bersalin tak time tu? Nak raya ni...

Saturday, August 20, 2011

Keperluan Ibu Ketika Berpantang

Buat ibu hamil yag telah hampir dengan tarikh bersalin, wajarlah menyediakan peralatan ketika berpantang. Jika sebelum ini, memikirkan peralatan buat si comel anda, ini pula masa yang sangat sesuai dan penting untuk anda memikirkan mengenai penjagaan diri anda setelah bersalin. 

Sejak 2 bulan yang lepas, aku dah survey pelbagai peralatan penting buat si Ibu dan info-info penting dari saat menunggu kelahiran, semasa kelahiran hingga selesai berpantang. Setiap orang mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.

So, kat sini nak share la sikit keperluan dan info-info penting. Harap dapat membantu bakal-bakal ibu.

PERALATAN

JAMU BERSALIN
Terdapat pelbagai jenis dan jenama jamu bersalin di pasaran dengan harga yang berpatutan. Setelah mencari info dan testimoni daripada pengguna dan ibu-ibu yang telah menggunakan jamu bersalin, aku memilih produk LEESA FORMULA PREMIUM. Harga di pasaran RM350, tetapi aku order melalui on9 dengan salah seorang usahawanita bernama Rohani Rasul, yang berniaga menggunakan blog KEDAI JAMU WANITA 2 U dengan harga RM300 termasuk kos penghantaran. Ada dapat free gift lagi. Dan menurut pengguna yang telah menggunakan produk ini, sesuai untuk ibu yang bersalin normal atau pembedahan. 

Pakej set jamu bersalin LEESA ni lengkap dengan: 
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
6- Mas Cotek Uncang
7- 2 Pek Tungku herba
8-  Bengkung Correctuer 



Bengkung Leesa terbaik di pasaran

  • Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.
  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.


Cara Penggunaan ConfineMum Set Premium:-
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut dan lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi dan petang atau bila-bila masa yang disukai.

PAD HERBA AVAIL



Aku lebih memilih pad herba avail kerana:

1. Pad herba Avail Beauty ini diperbuat daripada 100% kapas semulajadi.
2. Memulih dan mengimbangi sistem kitaran haid
3. Mengurangkan risiko dan mengecutkan ketumbuhan fibroid
4. Mengelakkan risiko kanser servik dan penyakit radangan pelvik
5. Memberi kestabilan dan kelegaan untuk gejala menopause
6. Merendahkan risiko kolon dan buasir
7. Mengelakkan risiko kehilangan rahim
8. Mengeluarkan darah nifas kotor dan gumpalan darah dalam rahim
9. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin
10. Mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria pada faraj dan pundi kencing
11. Mengurangkan bau hanyir, kegatalan, ruam dan sakit senggugut
12. Mengeluarkan keputihan, kekuningan dan membuang angin (mengikut faraj)

Apa salahnya berbelanja lebih untuk kebaikan diri sendiri. Untuk pakej pad herba ini juga aku beli secara on9 di Facebook dengan PAD HERBA AVAIL dengan harga yang amat berpatutan dan terendah di pasaran, iaitu RM88, 5 pack night use, 3 pack day use n 2 pack pantiliners.

BREAST PUMP / BREAST PAD

Untuk 2 peralatan ini, aku masih membuat perbandingan dari segi kualiti, harga dan pandangan ibu-ibu yang telah berpengalaman menggunakan produk-produk di pasaran.

Terdapat pelbagai jenis jenama dengan harga yang mahal dan murah. Penyusuan susu ibu amat penting kepada si bayi dan ibu. Untuk maklumat lanjut, boleh la lawati laman sesawang PILIHAN IBU atau ENJOY BREAST FEED

NURSING BRA

Nursing bra juga amat penting kerana pengaliran yang baik susu ibu menentukan kuantiti yang dihasilkan. Selain itu, dia memberi keselesaan kepada si ibu. 

Menu Ramadhan

Menu Ramadhan telah dihentikan kerana telah ketandusan idea untuk menyediakan juadah yang sedap-sedap. Untuk akhir-akhir Ramadhan ni, banyak membeli juadah yang sedia ada di bazar Ramadan ataupun berbuka di luar.


Bila Sebut Pasal Raya

Topik kali ini pasal RAYA... Yeay... Memang seronok bila fikir pasal raya.

KALO SEBUT PASAL RAYA, MESTI YANG BERLEGAR DI FIKIRAN ADALAH...

Minggu ke-35 Kehamilan - Alergi klinik atau Pil yang tidak sesuai

18 Ogos, 2011 ada appointment di Klinik Desa berhampiran pada pukul 10 pagi. Last appointment untuk 2 minggu sekali, lepas ni kena datang untuk seminggu sekali pula. huhuhu... Malas betul la nak ke klinik. Setiap kali pergi, mesti balik muntah-muntah dan lemah badan...

Friday, August 19, 2011

Persiapan Hospital Buat Si Ibu & Bayi

Haa... Hari ini da masuk 36 minggu, so kenalah sediakan segala peralatan untuk ke hospital. Dah kena start packing barang-barang dalam 1 beg khas yang boleh diletak ke dalam kereta if ada emergency case. 

SENARAI PENTING SI IBU

1. Buku Rawatan Merah Ibu 
2. Kad Pengenalan
3. Kain batik / Baju 
sekiranya tidak mahu memakai pakaian hospital. 
4. Stokin 
5. Nursing bra / nursing pad
6. Skaf kepala / tudung
7. Tuala mandi / muka
8. Berus gigi / ubat gigi
9. Pencuci muka
10. Sikat
11. Selipar yang sesuai
12. Peralatan makan / minum - cawan, termos, sudu garfu
13. Maternity Pad
14. Baju sejuk
15. Makanan / minuman - biskut, roti, milo 3in1, horlick 3in1
16. Minyak angin / panas - Minyak Abu Dakam
17. Surah Yasin
18. Telefon bimbit / Camcorder

SENARAI PENTING SI BAYI

1. Pampers NB
2. Baju / seluar long sleeves / short sleeves
3. Mittens & booties
4. Wet tissues
5. Selimut bertopi
6. Barut
7. Peralatan mandi
8. Tuala mandi
9. Minyak Yuyi

Segala keperluan untuk si bayi ini kalo boleh lebih la sikit. 

Wednesday, August 17, 2011

Sudah Bersediakah?

Semakin hari semakin dekat dengan due date kelahiran. Macam mana persediaan?

Mental?
Fizikal?

Minggu ke-34 Kehamilan - Bersabarlah sayang

Telah lebih 10 hari aku berpuasa. Setakat ini kesihatanku tiada masalah dan menghalang ibadah puasaku di siang hari. Hari-hari yang ku lalui sepanjang bulan Ramadhan ini berjalan lancar.

Seawal jam 4.20 pagi aku terjaga dari tidurku untuk menyediakan juadah sahur buat diriku dan Mr Hubby. Ku gagahi badanku untuk bangunbiarpun dalam keadaan sekarang yang telah sarat dan kadangkala sakit di bahagian ari-ari ketika bangun. Namun, kewajipan untuk menunaikan ibadah puasa dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, menguatkan lagi semangatku.

Kebiasaannya, setelah selesai memasak, baru lah ku panggil Mr Hubby untuk turun makan. Rahmat bersahur sangat besar. Biarpun kadangkala juadah sahur tidak mampu menarik selera makanku.

Waktu makan sahur, kadangkala Little B mengeras menyebabkan aku mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makananku. Terima kasih buat Mr Hubby yang banyak bagi sokongan dan tidak memaksa untukku meneruskan puasa. Tapi aku tetap teruskan untuk berpuasa kerana aku merasa rugi sekiranya tidak berpuasa. 

Bila Little B mengeras, seringkali ku memujuknya. Biarlah dia menjadi anak yang soleh dan solehah dan punya semangat yang kuat, Insya Allah.

Pelbagai panduan pemakanan dan tips aku telah rujuk sepanjang ramadhan ini. Tidak mahulah ada kesan sampingan kepada perkembang Little B. 

Perkembangan Bayi Minggu Ke-34 Kehamilan

Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaranbayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 



Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Menu Ramadhan Day 17


MENU SAHUR

Nasi Putih
Ikan bawal masak lemak cili api
Cekodok pisang
Air Lemon T Sunquick

MENU BERBUKA PUASA

Nasi Putih
Ayam goreng spicy Ayamas
Udang goreng  celup tepung
Sotong goreng celup tepung
Sayur salad
Petai masak sambal ikan bilis
Air Sunquick Orange
Air Lemon T Sunquick
Samosa Kari Ayam
Pisang Goreng

Alhamdulillah, puasa ke 17 mampu ku harungi... Lauk berbuka pun mampu membuka selera, syukur. 

Menu Ramadhan Day 16


MENU SAHUR

Nasi Putih
Ikan kering kembung
Sosej goreng
Air Teh O
Air Milo 

MENU BERBUKA PUASA

Bihun goreng
Air Sirap Sunquick
Air Lemon T Sunquick
Kurma
Pisang goreng


Memang xda mood langsung nak masak. So makan la apa yang ada. Nak membeli Mr Hubby balik lewat. Hampir pukul 7 baru sampai di rumah. Kesian tengok wajah kepenatan... 

Menu Ramadhan Day 15


MENU SAHUR

Nasi Putih
Ayam masak lemak cili api
Tempe sambal
Air Milo Panas

MENU BERBUKA PUASA

Nasi Ayam Roasted RM4.50
Mihun Sup Penang RM3.50
Murtabak daging RM2.50
Tau fu fah RM1.20
Air kelapa RM2.60
Popia Basah RM2.00

Baru hari ini dapat merasa murtabak daging gerai hujung ni. kena beratur panjang kalau nak beli. Gerai ni org kelate nyer. Pelik gak stiap kali nak beli sure x dapat, ada rezki today. Wow, memang sedap... puas hati la...

Sunday, August 14, 2011

Menu Ramadhan Day 14


MENU SAHUR

Nasi Putih
Sotong goreng kunyit
Ikan bawal masak kicap
Air Sunquick Lemon T

MENU BERBUKA PUASA

Nasi Putih
Ikan cencaru bakar
Ayam masak lemak cili api
Kangkung goreng
Ulam Petai

Simple tapi sangat berpuas hati dan kenyang biarpun menu sederhana.
Air Soya cincau

Menu Ramadhan Day 13


MENU SAHUR

Nasi Putih
Ikan masin kembung
Sosej goreng
Tempe masak sambal
Air Teh O panas

MENU BERBUKA PUASA

Chicken Chop
Sizzling Kuew Teaw + Telur
Air 100 Plus
Air Soya MIKO
ABC + Aiskrim

Total RM25


Hari ini berbuka di jusco Taman Equine, so mkn makanan yang simple je. Tapi x menyeronokkan la, makan kat rumah juga sedap. 

Friday, August 12, 2011

Menu Ramadhan Day 12


MENU SAHUR

Nasi Putih
Bawang + Ikan bilis + Kacang Panjang masak kicap
Telur masin
Air Barli suam

MENU BERBUKA PUASA

Nasi Putih
Udang masak sambal
Ikan bawal masak masam manis
Tempe n ikan bilis sira sambal
Air sirap + sunquick

Menu Ramadhan Day 11


MENU SAHUR

Nasi Putih
Sup Kambing
Ikan kembung masak singgang
Sup Sayur
Air Cappucino
Air Milo Panas

MENU BERBUKA PUASA

Spagetti Bolognese
Ayam goreng - neighbor bagi
Puding Mangga + susu cair
Air Laici barli

Menu Ramadhan Day 10


MENU SAHUR

Nasi Putih
Sayur sawi jepun goreng
Ikan Masin
Air Milo Panas

MENU BERBUKA PUASA

Nasi Ayam
Chempedak goreng
Rojak Singapore
Popia Basah
Kurma 
Air Bandung Soda Ais

Berbuka puasa hari ini kami makan di rumah Mama di Bukit Puchong. Menu yg sangat lazat... Thanks Mama invite kami.


Wednesday, August 10, 2011

Menu Ramadhan Day 9


MENU SAHUR

Nasi Putih
Ikan masin kembung
Sayur campur
Air Teh O Panas

MENU BERBUKA PUASA

Kuew teaw / Mee goreng daging 
Kuew teaw / Mee goreng seafood
Pengat Pisang
Jus Tembikai

Kuew teaw seafood
Kuew teaw daging
Pengat Pisang
Mr Hubby tunjukkan bakat memasak, memang so delicious. Nyummy... Giliran aku pula buat pengat pisang dan jus tembikai. 1st time cuba resepi. Puas juga call mak beberapa kali untuk pastikan cara-cara nak buat pengat pisang dengan sedap, dan tidak menghampakan. Dapat pujian lg dr Mr Hubby.

Monday, August 8, 2011

Menu Ramadhan Day 8


MENU SAHUR

Nasi Putih
Sayur sawi jepun masak sos tiram
TOmyam Campur
Air Teh Lemon T Panas

MENU BERBUKA PUASA

Nasi Putih
Ikan bakar cencaru berempah
Ulam: pegaga, petai dan bendi rebus
Kuih onde-onde Buah Melaka
Air kelapa
Air Sunquick Orange




Biarpun menu sahur x berapa menarik, tapi cukuplah zat untuk puasa seharian. Menu berbuka amat menarik, ikan bakar berempah, 1st time tu buat. Sama la dengan kuih onde-onde kesukaan Mr Hubby. Sampai lepas buka pun masih mengadap kuih tu depan TV. Alamatnya raya ti timbang berat naik berkilo-kilo. Bila ada masakan yang sedap, Mr Hubby akan bertanya, Ada masak nasi lebih x??? Toink.... toink... toink... Sure la ada, aku masak 2 pot nasi today... Ingat masak skali tuk sahur. Tapi ada org tmbh nasi plak bila lauk menyelerakan. Hehehe...


Aku je yg makin lama, makin kurang makan. Huhu... Nasi amik 1 senduk je, tu pun nak habiskan sangat bercinta. Tapi tetap kena makan untuk naikkan berat si kecil, Little B.