Sunday, August 28, 2011

Berbuka Puasa

Nak update asyik la x sempat, banyak betul program da dekat nak raya... Last week, 20.8.2011 sempat join Majlis Berbuka Puasa dengan syarikat tempat Mr Hubby bekerja. Seawal pukul 3 petang kami da gerak ke KL. Takut jamm.

Sepanjang perjalanan dari Puchong ke KL memg x jamm, masuk je ke area BB (Bukit Bintang) amatlah sesak. Ni baru menempuh perjalanan belum lagi nak cari parking ti. Sure lagi serabut. Harap mudah la kami dapat parking yang selesa. 

Pukul 5.45 petang baru dapat parking di shopping mall Sungei Wang, tingkat 2, tapi yang peliknya tiada pintu utk masuk ke kawasan shopping mall. So kami terpaksalah ikut laluan kereta yang naik. Mencabar dan bahaya. Takut je kena langgar dengan kereta. 

Alhamdulillah 15 minit berjalan dalam keadaan yang sarat ini, sampai gak kami ke destinasi yang ditujui. 

Grand Millenium Hotel...


Sangat santek la deco hotel ni. Dah ramai yang menunggu di lobi hotel. Aku terus duduk di kerusi kosong coz kepenatan berjalan dari shopping mall tadi. Huhu...

Pukul 7 petang baru kami naik ke tempat makan yang disediakan. Juadah sangatlah menjamu selera. Nyummy... Lemang ada... Serunding daging ada... Hish... pendek kata, apa yang aku teringin nak makan sume ada kat situ. Hehehe... Aku makan nasi sikit je... sebab nak try semua makanan yang ada. 

Pas makan, sebelum balik, sempat la  bersalaman dengan mereka yang hadir, iyer la kan pasni nak tunggu raya la dapat jumpa diorang lagi. Itu pun kalo aku belum bersalin. 


Makan sikit je... Tapi tengok effect dia... sampai buncit perut. Huhu... 


With Kak Mai
Sampai rumah tepat pukul 11 malam... Sangat letih..

No comments:

Post a Comment