Saturday, August 20, 2011

Bila Sebut Pasal Raya

Topik kali ini pasal RAYA... Yeay... Memang seronok bila fikir pasal raya.

KALO SEBUT PASAL RAYA, MESTI YANG BERLEGAR DI FIKIRAN ADALAH...

LAGU RAYA
Dah berkumandang di corong-corong radio bermula 15 Ramadhan yang lepas. Sayu je hati. Ada lagu lama, ada juga lagu baru silih berganti menyemarakkan semangat nak raya. Dari Jauh Ku Pohon Maaf, huwa... hampir nak menitik juga la air mata ni bila teringat mak bapak kat kampung tu. Rindu kat diorang. 


Menci... menci... Mr Hubby slalu dengki... Bila kuar je lagu raya, sibuk la dia menyanyi juga khas tuk aku. Saje nak buat aku sedih... Sedih ke? Untuk jaga hati, aku wat memek muka cam nak nangis. Ceh... minta dipujuk... 

RENOVATE RUMAH
Seronok n bersemangat mengemas rumah biarpun ala kadar je memandangkan rumah x perlu nak renovate. Just tukar kedudukan perabot je. Apa yang perlu direnovate hanyalah bahagian tingkat 2 rumah. tukar parkir kayu kepada tiling disebabkan kebanjiran yang tidak disengajakan ketika ketiadaan Mr Hubby n aku. Mungkin dapat disiapkan dalam minggu ni. 

TUKAR LANGSIR
Tahun ni merupakan tahun pertama kami mendiami kediaman atau syurga dunia buat kami suami isteri dan memandangkan takut bajet lari, jadi kami pakai jer la langsir yang sedia ada, masih dalam keadaan yang baik. Cuma out of date la kan. X cam kat umah korang yang ada langsir dari kain dan design terkini. Boleh je nak menjahit sendiri, tetapi memandangkan keadaan diri yang hampir sarat dan ketiadaan mesin jahit, jadi terbengkalailah topik langsir pada tahun ini. Insya Allah, ada rezeki lebih tahun depan la baru raya sakan. Tak la pandai sangat menjahit tapi kira LULUS la setakat yang simple-simple tu. Buktinya langsir bilik dan tabir masa majlis perkahwinan lepas, aku jahit sendiri. Moral of the story, lepas SPM tu kalo xda buat apa, masuk la kelas menjahit. hehehe...

TANGGUNGJAWAB DI SISI SUAMI
Tahun pertama raya bergelar seorang ISTERI yang harus senantiasa di sisi suami. Patuh dengan kata-kata Mr Hubby. Permulaan yang baik perlu ditunjukkan dalam rumahtangga yang bahagia untuk selamanya. Tidak boleh dianggap  mudah ye, kawan-kawan kerana hal pasal nak BALIK KAMPUNG MASA RAYA ni ada yang sampai BERCERAI. Nauzubillah... Minta dijauhkan. Biarpun hati ini sayu tapi kena akur la kan. Kena sentiasa positif, TAK PE LA TAHUN NI X BALIK 1 SYAWAL, INSYA ALLAH TAHUN DEPAN PANJANG UMUR BOLEH BERSAMA KELUARGA. Beralah tu lagi baik dari memberi respon yang negatif. 

Haha... memang nampak MUDAH kan... Padahal dah puas memujuk dan merayu. Asyiklah minta nak balik kampung. Sebenarnya saje je nak uji tengok Mr Hubby ni mudah cair ke atau lembut hati. Aku pun takda la beriya sangat sbb due date tuk bersalin x lama lagi, so x blh la nak buat perjalanan jauh lagi. Takut gak terberanak dalam kereta. Tak memasal plak.

REZEKI RAYA
Tahun ini juga, insya Allah kami bakal menerima orang baru dalam hidup kami suami isteri, Alhamdulillah, terima kasih, Ya Allah. Semoga semuanya dalam keadaan selamat.

X lupa juga la, Mr Hubby dinaikkan gaji + dpt bonus sebulan gaji. Syukur, alhamdulillah. So dapatlah cover untuk membeli barang-barang keperluan Si ibu hamil ini yang kosnya agak tinggi juga la (untuk jamu bersalin, kos berurut waktu pantang, peralatan wanita). 

BAJU RAYA, KASUT RAYA, TUDUNG RAYA
Oh sangat sedih, memang tak fikir langsung pun. Kalo tahun lepas sakan beraya sbb masih berkerja n dapatlah shopping tuk raya. Tahun ni cam buat-buat lupa je. Setakat windows shopping je bila berbuka kat luar tu. Memang SALE tu cam memanggil-manggil je. Tapi banyak menda perlu difikir sebelum membeli sesuatu barang. Dalam sekelip mata, apa-apa pun boleh jadi. So sediakan payung sebelum hujan. Bajet perlu dihitung sebaiknya.

DUIT RAYA
Sure ada disediakan oleh Mr Hubby bagi sesape yang sudi datang ke teratak kami... Hehe... Tapi perlu diingatkan... UNTUK GOLONGAN PELAJAR SAHAJA YA. So sape-sape yang dah keje tu, minta maaf zahir & batin.

KUIH RAYA
Ingat malam raya baru nak mencari kat JALAN TAR. Katanya ada LELONG. Tapi tengok pada kemampuan nak berjalanlah. Mak buyung la katakan. Risau juga kang tak pasal-pasal sampai masa nak bersalin. 

Apa-apapun, doakan yang terbaik buat kami ya. Pada yang mengenali atau sahabat baru x kira la di mana jua berada,

SELAMAT  BERSHOPPING MENGHABISKAN DUIT... RAYA SETAHUN SEKALI JER...

No comments:

Post a Comment