Saturday, August 20, 2011

Keperluan Ibu Ketika Berpantang

Buat ibu hamil yag telah hampir dengan tarikh bersalin, wajarlah menyediakan peralatan ketika berpantang. Jika sebelum ini, memikirkan peralatan buat si comel anda, ini pula masa yang sangat sesuai dan penting untuk anda memikirkan mengenai penjagaan diri anda setelah bersalin. 

Sejak 2 bulan yang lepas, aku dah survey pelbagai peralatan penting buat si Ibu dan info-info penting dari saat menunggu kelahiran, semasa kelahiran hingga selesai berpantang. Setiap orang mahukan yang terbaik untuk diri sendiri.

So, kat sini nak share la sikit keperluan dan info-info penting. Harap dapat membantu bakal-bakal ibu.

PERALATAN

JAMU BERSALIN
Terdapat pelbagai jenis dan jenama jamu bersalin di pasaran dengan harga yang berpatutan. Setelah mencari info dan testimoni daripada pengguna dan ibu-ibu yang telah menggunakan jamu bersalin, aku memilih produk LEESA FORMULA PREMIUM. Harga di pasaran RM350, tetapi aku order melalui on9 dengan salah seorang usahawanita bernama Rohani Rasul, yang berniaga menggunakan blog KEDAI JAMU WANITA 2 U dengan harga RM300 termasuk kos penghantaran. Ada dapat free gift lagi. Dan menurut pengguna yang telah menggunakan produk ini, sesuai untuk ibu yang bersalin normal atau pembedahan. 

Pakej set jamu bersalin LEESA ni lengkap dengan: 
1- Tablet Prawan
2- Tablet Haruan
3- Ginger Cream
4- Minyak Telon
5- Body Contour Gel
6- Mas Cotek Uncang
7- 2 Pek Tungku herba
8-  Bengkung Correctuer 



Bengkung Leesa terbaik di pasaran

  • Dijahit 2 lapis, sangat kuat dan tahan untuk penggunaan yang lama.
  • Fabriknya yang tebal tetapi lembut, selesa dan mudah menyerap peluh. Sangat selesa dipakai dan terletak kejap di badan.
  • Cukup labuh bagi menutup seluruh kawasan perut, bermula bawah payudara sehingga mencecah paras pinggul tanpa masalah menaik, berlipat atau berkumpul di perut (banyak bengkung jenama lain di pasaran dibuat dari kain yang licin dan nipis serta tidak cukup labuh sehingga mudah menaik dan berkumpul di perut).
  • Mudah diikat oleh ibu bersalin sendiri, tanpa memerlukan bantuan sesiapa.
  • Boleh diikat mengikut tahap ketat yang diingini, tanpa mengganggu pergerakan.
  • Boleh dipakai bila-bila masa (walau bukan berpantang), untuk mengempiskan perut dan merampingkan badan dengan menyapu bersama gel pelangsing Body Contour Gel dari Leesa Formula.


Cara Penggunaan ConfineMum Set Premium:-
Mulakan penggunaan Set ConfineMum pada hari keempat selepas melahirkan termasuk untuk ibu bersalin melalui pembedahan.
Tablet Haruan Ambil 2 biji setiap hari, selepas sarapan pagi.
Tablet Prawan Ambil 2 biji setiap hari, selepas makan malam.
Ginger Cream Sapukan di dahi (mengganti pilis) serta di lain-lain bahagian badan selepas mandi pagi dan petang. Baik juga dicampur dengan minyak untuk berurut.
Body Contour Gel Sapu di perut, pinggang, pinggul dan peha sebelum berbengkung, pagi dan malam.
Bengkung Correctuer Ikat di bahagian perut, bermula dari bawah pinggul hingga bawah payudara.
Minyak Telon Sapu di perut atau mana-mana badan bayi untuk memanas dan mencegah kembung.
Pek Tungku Herba Tuam di perut dan lain-lain bahagian badan setiap pagi selama 2 minggu atau sehingga 30 hari.
Cotet Emas Uncang Minum pagi dan petang atau bila-bila masa yang disukai.

PAD HERBA AVAIL



Aku lebih memilih pad herba avail kerana:

1. Pad herba Avail Beauty ini diperbuat daripada 100% kapas semulajadi.
2. Memulih dan mengimbangi sistem kitaran haid
3. Mengurangkan risiko dan mengecutkan ketumbuhan fibroid
4. Mengelakkan risiko kanser servik dan penyakit radangan pelvik
5. Memberi kestabilan dan kelegaan untuk gejala menopause
6. Merendahkan risiko kolon dan buasir
7. Mengelakkan risiko kehilangan rahim
8. Mengeluarkan darah nifas kotor dan gumpalan darah dalam rahim
9. Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin
10. Mengelakkan jangkitan kuman dan bakteria pada faraj dan pundi kencing
11. Mengurangkan bau hanyir, kegatalan, ruam dan sakit senggugut
12. Mengeluarkan keputihan, kekuningan dan membuang angin (mengikut faraj)

Apa salahnya berbelanja lebih untuk kebaikan diri sendiri. Untuk pakej pad herba ini juga aku beli secara on9 di Facebook dengan PAD HERBA AVAIL dengan harga yang amat berpatutan dan terendah di pasaran, iaitu RM88, 5 pack night use, 3 pack day use n 2 pack pantiliners.

BREAST PUMP / BREAST PAD

Untuk 2 peralatan ini, aku masih membuat perbandingan dari segi kualiti, harga dan pandangan ibu-ibu yang telah berpengalaman menggunakan produk-produk di pasaran.

Terdapat pelbagai jenis jenama dengan harga yang mahal dan murah. Penyusuan susu ibu amat penting kepada si bayi dan ibu. Untuk maklumat lanjut, boleh la lawati laman sesawang PILIHAN IBU atau ENJOY BREAST FEED

NURSING BRA

Nursing bra juga amat penting kerana pengaliran yang baik susu ibu menentukan kuantiti yang dihasilkan. Selain itu, dia memberi keselesaan kepada si ibu. 

1 comment:

  1. Selamat menyambut hari raya... selamat menyambut kehadiran baby.. semoga semuanya selamat :-)

    ReplyDelete