Wednesday, August 3, 2011

Memohon Zuriat Dengan Zikir Nama Allah

Salam Sahabat Semua...

Sempena bulan penuh barakah ini, saya nak share sedikit info yang saya dapat dari surat khabar mengenai amalan yang boleh dilakukan dengan menggunakan salah satu nama Allah bagi memohon zuriat.

Tiada Tuhan yang Layak Disembah Melainkan Allah SWT...

Insya Allah, di bulan yang mulia ini, doa kita akan didengar oleh Yang Maha Esa. Allah telah mengatakan: 'Mintalah daripadaKu dengan menyebut nama-namaKu' - Hadis Qudsi.

Dalam 99 nama-nama Allah terdapat salah satu nama yang boleh diamalkan iaitu;

AL-MUSAWWIR
Maha Menjadikan Rupa Bentuk

"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. 

Allah SWT berfirman:

"Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permohonanmu"

Buat teman-teman yang telah lama berusaha, mungkin dengan amalan ini pada bulan Ramadhan ini, akan lahir keajaiban...


No comments:

Post a Comment