Thursday, August 4, 2011

Minggu Ke-31 Kehamilan - Perkembangan Janin dan Masalah

SAKIT DI BAHAGIAN ARI-ARI


Saban hari, kandungan yang semakin besar menyebabkan tekanan pada bahagian bawah abdomen. Kawasan ari-ari bertambah sakit setiap kali ketika ingin bangun selepas berbaring atau duduk. Aku pernah rujuk pada jururawat desa, katanya keadaan ini normal bagi ibu yang hamil 7 bulan dan ke atas. 

Janin yang semakin berkembang dengan pertambahan berat badan memberikan tekanan kepada abdomen si ibu. Dinasihatkan ibu lebih banyak berehat.

Keadaan ini menyebabkan si Ibu tidak selesa dan sukar untuk bergerak. Ibu perlu mengambil masa untuk bangun dan bergerak. Dan dinasihatkan untuk mengambil sedikit masa dengan duduk sebentar sebelum terus bangun. 

SUKAR TIDUR

Si ibu mula sukar untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa kerana perkembangan janin yang semakin membesar. Mengiring salah, terlentang pun salah. Semua macam tak kena. Cara terbaik untuk mendapatkan posisi tidur yang selesa dengan mengiring ke kiri atau kanan dan meletakkan bantal di celah kelengkang.


Gangguan ketika tidur
Apalagi mungkin mengganggu saya tidur? Kadangkala, si ibu boleh mendapat tidur yang terganggu disebabkan oleh:
  • kejang kaki
  • berdengkur
  • gatal 
  • pedih ulu hati
  • mimpi-mimpi jelas
  • pergerakan-pergerakan bayi anda


PERGERAKAN BAYI

Janin semakin aktif di dalam kandungan dan mula menunjukkan diri dengan melutut atau menyiku. Si Ibu akan merasai lebih impak berbanding ketika 6 bulan. Si Ibu harus mengawasi carta pergerakan bayi yang perlu dicatatkan. 


Perasaan terujaj setiap kali si kecil memberikan respon setiap kali perut diusap lembut. 


 MGTT 

Semasa di tahan di wad kerana masalah air ketuban yang keluar, sekali lagi terpaksa menjalani ujian MGTT kerana mengikut prosedur kedoktoran, ujian MGTT harus dibuat 2 kali semasa hamil.

Jam 5 pagi aku dikejutkan dari tidur, darahku diambil dan diberi 700mg serbuk glukos. Peluang terbaik kerana jururawat bertugas tidak memantau sepanjang ujian, aku harus menyediakannya sendiri dan meminumnya. Semasa lawatan terakhir ibu petang sebelumnya aku memesan buah limau nipis untukku bancuh bersama air gula untuk mengurangkan loya.

Alhamdulillah air gula sebanyak 200ml berjaya aku minum. Jam 7 pagi darahku sekali lagi diambil. Hasil ujian MGTT normal, 4.2.

PERKEMBANGAN JANIN

Lengan bayi anda, kaki dan badan terus membesar - dan akhirnya sama padan dengan saiz kepala bayi anda. Beratnya lebih kurang 3.3. paun / 1.5 kilogram dan dia sudah kelihatan seperti bayi baru lahir. Ukuran panjangnya lebih kurang 16 inci / 41 sentimeter dari mercu kepala ke jari kaki. 

Organ bayi anda terus mematang dan dia membuang air kecil dari pundi kencingnya: Ini persediaan yang baik untuk melatih dia kencing selepas kelahiran. Tak lama lagi anda boleh meramal apakah yang diidam-idamkan oleh bayi anda - skan otak menunjukkan yang fetus mempunyai waktu-waktu tidur bermimpi pada bulan kelapan. 

Anda mungkin telah meningkat berat badan sebanyak tiga hingga empat paun / 1.3 hingga 1.8 kilogram pada bulan ini. Adalah normal bagi berat badan naik satu paun / 460 gram seminggu semasa trimester terakhir sebab bayi anda mengalami satu lonjakan pertumbuhan terakhir sebelum dia dilahirkan. 

No comments:

Post a Comment