Friday, August 5, 2011

Minggu ke-33 Kehamilan - Kontraksi ketika Berpuasa

Hari ketiga puasa, aku ada temujanji mingguan di klinik desa. Aku rasa tak sihat. Kepalaku sakit mungkin disebabkan tidak cukup tidur kerana perlu bangun seawal jam 4.30 pagi untuk menyediakan juadah untuk sahur. Dan terus tak tidur kerana temujanji jam 8 pagi. Tekakku juga terasa mual.

Aku ditemani Mr Hubby kerana aku kurang berpuashati dengan layanan jururawat di klinik tersebut sebelum ini yang bagai ambil endah x endah dengan kedatanganku. 3 bulan sebelum ini, aku membuat check up di kampung, jadi setelah sekian lama tidak datang ke klinik desa di kawasan tempat tinggalku, mereka telah menyimpan buku rekod kehamilanku di stor dan aku bagaikan tidak wujud lagi di situ dan dianggap ahli yang tidak aktif.

Alhamdulillah, hari ini aku dilayan dengan baik. Darahku diambil sedikit untuk ujuan HB, keputusan normal, 11.2gdl. Atas nasihat jururawat, aku dah dibolehkan menyediakan peralatan untuk menyambut kedatangan si Kecil.   


Berpuasa ketika hamil ini, risikonya akan berlaku kontraksi pada petang hari di mana si kecil mengeraskan badannya. Menurut nurse yang merawatku, berkemungkinan bayi lapar ataupun haus. Keadaan ini menyukarkan pergerakkan si Ibu. 


Terasa ngilu di ari-ari dan sakit di perut akibat si bayi yang mengeras dan tidak bergerak. Untuk mengurangkan rasa kontraksi ini, si Ibu haruslah mengusap-usap si kecil anda. 


Baby, jgn terus mengeras macam ini. Mama sakit. Sekejap lagi waktu berbuka. Pujuklah si kecil anda dengan kata-kata lembut. Pasti dia akan mendengarnya.


Tetapi, jika bayi di dalam perut anda terus mengeras melebihi 20 saat sebaiknya terus ke hospital, berkemungkinan anda nak bersalin atau berlaku kontraksi yang mungkin membahayakan anda dan bayi anda. 

No comments:

Post a Comment