Wednesday, August 17, 2011

Minggu ke-34 Kehamilan - Bersabarlah sayang

Telah lebih 10 hari aku berpuasa. Setakat ini kesihatanku tiada masalah dan menghalang ibadah puasaku di siang hari. Hari-hari yang ku lalui sepanjang bulan Ramadhan ini berjalan lancar.

Seawal jam 4.20 pagi aku terjaga dari tidurku untuk menyediakan juadah sahur buat diriku dan Mr Hubby. Ku gagahi badanku untuk bangunbiarpun dalam keadaan sekarang yang telah sarat dan kadangkala sakit di bahagian ari-ari ketika bangun. Namun, kewajipan untuk menunaikan ibadah puasa dan tanggungjawab sebagai seorang isteri, menguatkan lagi semangatku.

Kebiasaannya, setelah selesai memasak, baru lah ku panggil Mr Hubby untuk turun makan. Rahmat bersahur sangat besar. Biarpun kadangkala juadah sahur tidak mampu menarik selera makanku.

Waktu makan sahur, kadangkala Little B mengeras menyebabkan aku mengambil masa yang lama untuk menghabiskan makananku. Terima kasih buat Mr Hubby yang banyak bagi sokongan dan tidak memaksa untukku meneruskan puasa. Tapi aku tetap teruskan untuk berpuasa kerana aku merasa rugi sekiranya tidak berpuasa. 

Bila Little B mengeras, seringkali ku memujuknya. Biarlah dia menjadi anak yang soleh dan solehah dan punya semangat yang kuat, Insya Allah.

Pelbagai panduan pemakanan dan tips aku telah rujuk sepanjang ramadhan ini. Tidak mahulah ada kesan sampingan kepada perkembang Little B. 

Perkembangan Bayi Minggu Ke-34 Kehamilan

Berat bayi anda sekarang 4.7 paun / 2.2 kilogram dan panjangnya ialah lebih kurang 18 inci / 45 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Dia semakin gempal dan bulat - dia akan memerlukan lapisan-lapisan lemaknya untuk mengaturtepatkan suhu badannya. 

Jika sebelum ini anda belum lagi mula bercakap dengan bayi anda, ini adalah masa yang baik untuk memulakannya - pada 35 minggu kehamilan, pendengaranbayi sudah terbentuk dengan sempurna. Jangan pula terasa malu jika anda sudahpun berbual menggunakan cakap pelat bayi. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada suara yang tinggi. 



Jika anda merasa bimbang tentang kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius. Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya, paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. 

Ramai wanita mula merasakan sensasi semut-semutan dan kebas di daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran. 

No comments:

Post a Comment