Friday, August 26, 2011

Minggu Ke-36 Kehamilan - Oligo?

Appointment dengan Klinik Desa minggu ke-36 ditemani oleh Mr Hubby sebab dah x larat nak drive sendiri. Seawal 7.45 pagi da bergerak ke KD. Kepala dah start pening kerna kurang tidur. Sampai je di KD, parking kereta da full. Ramai sangat orang hari ini. kat kaunter orang dah beratur mengambil nombor giliran. Aku dapat no.9. Sure lambat balik.

Temujanji hari ini dengan doktor untuk check perut dan scan Little B. Lama juga menunggu. Hampir 1 jam lebih. Pukul 9.30 aku dipanggil masuk. Doktor tanya pasal kandungan dan kontraksi. Aku ada juga menanyakan mengenai keadaan Little B yang mengeras bila masuk waktu petang. Mungkin disebabkan aku berpuasa. 

Oligo???

Apa tu? Minuman coklat Oligo ke? 

Masa scan, doc bagitau kandungan air ketuban aku kurang. Oligo tu nama saintifik untuk masalah kekurangan air ketuban yang aku pernah share untuk entry sebelum ni. 

Surat rujukan terus dibuat untuk dirujuk ke Hospital Serdang. Otakku ligat memikirkan kena bersalin awal ke? Iye la kan bila kekurangan air ketuban, bayi akan lemas. 

Pukul 10.15 pagi, sampai di Hospital Serdang aku terus ke Dewan Bersalin. Mr Hubby pula terpaksa mencari parking. Jadi Aku kena jalan kaki dari tempat pendaftaran di bahagian hujung dalam 15 minit. Penat bawa perut. Little B pula asyik mengeras. Aku rasa cam nak terkeluar je Little B.

Sampai di dewan bersalin, aku terus dibawa ke katil untuk check up. Mr Hubby x sampai2. Nurse menyuruh aku menukar kain batik untuk memudahkan ujian scan dan mengukur kadar denyutan jantung Little B.

Setelah menunggu selama hampir 1 jam, barulah ujian scan dpt dijalankan. Dan mengikut kata doktor pakar yang bertugas ketika itu, jumlah air ketubanku masih mencukupi untuk menampung Little B iaitu, 10.2 berbanding sebelum ni hanya 4.2. Alhamdulillah...

Tapi, aku harus datang kembali untuk 2nd check up pada 8 September 2011... Agak-agak dah bersalin tak time tu? Nak raya ni...

No comments:

Post a Comment