Monday, August 29, 2011

Minggu ke-37 Kehamilan - Tanda-tanda Pra-Kelahiran

29 Ogos 2011, Isnin sehari sebelum cuti raya... KKIA Pulau Meranti masih dibuka... Jururawat masyarakat yang bertugas ada 3 org. Temujanji hari ini pada pukul 11 pagi tapi seawal 10.15 pagi aku ditemani Mr Hubby telah sampai. 

Keadaan kesihatanku masih baik. Alhamdulillah. Check HB ok, tekanan darah 110/70. tiada contraction dan masih boleh berpuasa. Jururawat ada menerangkan mengenai tanda-tanda pra kelahiran.

Contraction (kontraksi)
Kontraksi yang tetap atau semakin kerap kerana berlaku pengecutan otot rahim. Buat masa ini, aku tak tau macam mana keadaan kontraksi. Memang ada rasa kdgkala bayi mengeras dalam masa lebih 20 minit. Tappi tidak kerap. 

Bila dah terasa kontraksi semakin kerap, JM kata perlu ke hospital.

Bayi telah turun 
Maksudnya kat sini bukanlah bayi da nak keluar, tapi keadaannya telah masuk ke dalam rangka tulang pelvik. Di mana si ibu akan merasa sakit di aari-ari kerana tekanan yang diberi oleh berat bayi. Macam apa yang aku rasa skarang lah. Sangat sakit bila nak bangun dari pembaringan atau dari duduk nak berdiri. 

Makcik-makcik dan org sekeliling pun dah tegur katanya, perutku dah kosong di kawasan bawah payudara.

Tanda-tanda bayi dah turun:
1.      sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.

2.      kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
3.      sakit perut, memulas
4.      kerap buang air besar
5.      kerap terkentut

Darah bercampur lendir
Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.

Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

Aku hanya menunggu saat ini sahaja sebelum ke hospital, tanda-tanda lain telah ada.

Sakit belakang
Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
  1. Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
  2. Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
  3. Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.
Tanda ini memang semakin kerap bila bayi mengeras. Huu... rasa nak patah pinggang.

Pecah Air Ketuban
Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

Ini pun belum keluar tanda lagi. Harap tak da masalah. Tapi kalo dah ada tanda keluar air tu, sebaiknya cecepat la ke hospital, takut bila air dah banyak keluar, bayi akan lemas.

Pergerakkan bayi
Tanda carta pergerakkan bayi anda. Jika belum cukup 10 sampai pukul 8 malam, sebaiknya terus ke hospital.

No comments:

Post a Comment