Sunday, August 28, 2011

Mood Berjalan Selagi Larat

Pagi sabtu, 27 Ogos 2011...

Lepas sahur dan solat Subuh, sambung tidur balik. Bangun agk lewat. Cover la tu. Siap semua, pukul 11.30 pagi gerak ke KL. 

Lokasi Pertama: Jalan Pasar
Ini lah tempat yang aku suka sangat pergi sebab macam2 brg yang jarang kita jumpa. Sesak memang sesak. Ramai betul org. Lagipun da dekat nak raya ni, dbkl ada menyediakan khemah2 di tepi jalan untuk peniaga. Ada jual pakaian terpakai, alatan harian, barang2 elektronik dan mcm2 lagi. Bertambah peniaga kaki lima ini menawarkan produk masing. Gerai yang paling aku suka yang jual ikan. Suka tengok ikan-ikan yang bermacam jenis. Arini ada spesies ikan baru, nama dia pelik sikit... Ikan Kucing Hutan... Alamak... cam konfius plak kan. Ikan ke kucing??? Ikan tu belang dia ala2 kucing hutan. Tu peniaga main sedap bagi nama komersil. 

Kucing hutan


Fobia!!!
Sibuk jalan2 sebab org kata nak sampai due date kena banyak berjalan, ternampak plak rambutan gula batu... Nyum2... sedapnya... terus ke gerai India. Selonggok rambutan merah tu, kecur air liur aku. Sekilo RM4, aku terus memilih yang besar2. Tapi ada adegan yang sangat x syiok ms kat gerai tu, si peniaga tu marahkan anak perempuan dia pastu ketuk kepala anak dia. Kuat plak tu... Aku yang tengok pun jadi takut dan dpt merasai kesakitan. Kali kedua dia tepuk tu, terkena plak dkt tiang besi yang m enampung bumbung kedai. Aku dah tak sanggup nak melihat. pas bayar cecepat aku blah. menci2x dengan org yg cam tu.

Gerai Ikan
Lokasi Kedua: Leisure Mall



Pukul 1.30 petang, kami bergerak ke kawasan Cheras. Tujuannya utk tengok wayang citer Cowboy & Aliens. Citer ni nak habis ditayangkan. Ada tiket pun pukul 5 petang. Lamanya nak tunggu. Dah la arini ada perjumpaan berbuka. Huuu... Akhirnya kami beli jer tiket awal citer Conan The Barbarian, mula pukul 2.35 petang.

Sedikit sinopsis Conan The Barbarian


Perjalanan Conan dari Cimmerian mengembara melalui benua Hyboria dengan tujuan untuk mencari pembunuh bapanya dan orang yg memusnahkan kampungnya. Conan bertemu dgn Khalar Zym, pembunuh bapanya. Namun bukan mudah untuk membalas dendam. Dalam pengembaraan, dia bertemu cinta sejatinya, Tamara. 

Lokasi Ketiga: Jusco Taman Maluri

Memandangkan awal lagi nak ke perjumpaan, kami singgah di JJ Taman Maluri. Nak tengok kasut raya dan handbag kalo ada yang berkenan. budget ciput je RM100. Sedg sibuk tinjau-tinjau, ada plak lelong handbag jenama CA Accessories sebyk 80% selama 15 minit saje. Wow... Banyak tu... Dlm lautan org ramai, aku menyelit la. Dapat pegang satu handbag, aku check2 dan tnya la opinion Mr Hubby. Ok ke x style handbag, Mr Hubby angguk je. Ikutkan harga asal handbag mmg mahal, RM259. Sebenarnya sempat gak berebut dgn dak ppuan cun keje body shop. Tapi memandgkan aku dah pegang dlu, so dia melepaslah...

Lokasi Keempat: Perjumpaan Berbuka Puasa Group FB HRHSF

Ni la berbuka paling seronok dalam Ramadhan 2011. Perjumpaan berbuka puasa dengan group FB keturunan HRHSF atau Haji Raihan & Hajah Sariaton Family. Ni nama atuk dan nenek aku sebelah mak, actually. Group ni ditubuhkan oleh salah sorang sepupu aku yang duk di Sarawak, Hashimi Hamura

Perjumpaan berbuka tu dibuat di salah sebuah rumah makcik, Puan Rohayati. So dapatlah jumpa adik-beradik mak aku, Puan Noriah dan Puan Sareha Raihan serta anak-anak... 

Juadah yang sangat best, Ayam Penyet dan Ulam-ulaman... Terima kasih semua atas jemputan... Raya ni Insya Allah kita jumpa lagi.


Buat Mr Hubby, thanks kerna menghibur hati membawa aku jalan2 daripada duk melayan perasaan teringatkan kmpung halaman...

1 comment:

  1. miza, kata orang, kalo time dah nak due nih, kalo rajin berjalan, mudah nak bersalin... tapi jgn la sampai bengkak kaki plak...

    ReplyDelete