Tuesday, August 2, 2011

Pengisytiharan Puasa Tahun 2011

Tepat pukul 8 malam, 31 Julai 2011, aku dah tercongok depan tv. X sabar nak tunggu pengisytiharan puasa. Seronoknya berpuasa tahun ini krn 1st time berpuasa sebagai seorang isteri dan dlm keadaan yang hampir sarat. Semoga tahun ini dapat berpuasa penuh, Insya Allah. Aku akan cuba semampu yang boleh.


Ada sedikit perubahan la untuk tahun ni, tarikh permulaan puasa dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu yang Baru iaitu Datuk Syed Danial bin Syed Ahmad. Lebih muda sikit dari yang dulu. 

Hurray... Esok Puasa....

Bila telah SAH esok puasa, dengan excitednya, Aku n Mr Hubby pun bersiaplah join terawih malam pertama bermula malam ini di Masjid yang terdekat dengan kediaman kami, Masjid Taman Putra Perdana.

Masjid Taman Putra Perdana
Aku hanya sempat menunaikan solat sunat terawih 8 rakaat. Kakiku dah hampir kejang. Sampai di rumah rasa cam nak terduduk. Insya Allah jika tiada aral, dapat aku berpuasa esok hari dan menunaikan solat sunat terawih malam kedua dengan sempurna. Amin.

FADHILAT SOLAT SUNAT TERAWIH MALAM PERTAMA

Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat 
keampunan dari Allah.

No comments:

Post a Comment