Wednesday, August 17, 2011

Sudah Bersediakah?

Semakin hari semakin dekat dengan due date kelahiran. Macam mana persediaan?

Mental?
Fizikal?

Dari segi fizikal, insya Allah semua dah selesai untuk barangan bayi. Untuk si ibu belum siap sepenuhnya. Jangan anggap mudah ya untuk barangan si Ibu yang bakal melahirkan. Banyak perkara perlu dititik beratkan. 

Bercakap mengenai persediaan mental pula, aku sememangnya belum bersedia 100%. Kadangkala bila duduk bersendirian, aku merasa risau dan binggung untuk menghadapi situasi melahirkan. 

Aku ada juga mencari info-info menghadapi saat-saat melahirkan dan apa yang perlu dibuat, ayat-ayat Al-Quran yang boleh dibaca untuk menenangkan jiwa dan cara-cara pernafassan dan pelbagai  lagi.

Bukan mudah...

Aku berserah pada Yang Maha Esa. Selalu juga berbual dengan Mr Hubby dan meluahkan rasa kebimbanganku. Alhamdulillah, Mr Hubby sentiasa memberikan kata-kata positif. 

No comments:

Post a Comment