Friday, August 26, 2011

Tik Tok Tik Tok

Tik Tok Tik Tok....

Menghitung masa... minggu... hari... jam... minit... saat...

Jika dulu menghitung masa untuk diijab kabulkan... Setelah hampir 10 bulan di alam perkahwinan, kini aku menanti saat untuk melahirkan cahaya mata pertama. Jika dikira, kini dah masuk ke 36 minggu 5 hari...

Perasaan? Sure la cuak kan. Lagipun ni pengalaman pertama... Yang menyedihkan tu, nak raya dah... Tinggal 4 hari lagi oiii... sedih bukan kepalang la... X dapat balik kampung 1 hal juga... 

Baju raya? Dah siap ke? Sure la ada walaupun hanya sehelai. Cukup lah. Bukan nak raya sangat. Fikir kan nak bersalin lagi utama. Barang-barang untuk ke hospital sume dah packing dlm 1 beg dan dah letak tepi pintu. Takut x sempat ti Mr Hubby nak kemas

Hujung2 puasa ni banyak betul dugaan.... Dengan perut yang kerap sangat mengeras dan asyik kencing-kencing. Dan masalah di kawasan ari-ari. Nak berjalan pun susah. Sampai kena tegur, jalan cam Pingu...  

Kenal x dengan Pingu? Ala kartun yang cute tu... 

Si Pingu
Penguin tengah sakit kelengkang
Penguin tengah happy nak raya
Jalan ala-ala kengkang gitu... Huhu... Sape yang pernah mengalami tau la mcm mana keadaannya. Sgt azab. Lagi la bila berbaring kemudian ingin bangun. Rasa cam nak terkeluar je isi perut.

Tapi semangat kena kuat. Semangat nak raya je kian sirna. Dalam keadaan sarat ni, dapat juga la kemas rumah apa yang patut.

Rindu kat Mak... Huwaaaaaaaaa... Nak nangis, tapi tahan je...Dapat dengar suara mak dari jauh je... 

Perjuangan harus diteruskan. 

Semoga aku tabah dan kuat menghadapi cabaran paling besar dalam hidup untuk 1 nyawa yang berharga.

2 comments:

  1. wah dah nak dekat ek..
    ~smoga semuanya selamat

    ~selamat hari raya..maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  2. a'ah mizah... thanks... Selamat menyambut hari raya juga buat mizah & family...

    ReplyDelete