Friday, September 30, 2011

Luahan Hati Seorang Yang Bergelar Papa


Di pagi yang hening...

Selepas melahirkan permata hati yang comel, aku ditemani Mr Hubby yang banyak bagi sokongan sepanjang proses kelahiran. Sambil menunggu ketibaan bayi, kami menghabiskan masa dengan berbual mengenai peristiwa proses melahirkan.

Aku: U, u happy tak?

Thursday, September 29, 2011

KRONOLOGI SAAT KELAHIRAN - TANGISAN SI KECIL

Dalam perjalanan aku disorong ke Dewan Bersalin, bila My Little B mengeras in my tummy, aku teran je, bertambah lencun la kain. Air ketuban keluar melimpah ruah. Aku berserah je. Pe nak jadi, jadi lah. Aku dah tak tahan nak menanggung. Dalam fikiran, bercampur baur rasanya. Mungkin inilah masanya yang aku tunggu selama ini. 


Mulut dah terkumat kamit baca Doa Nabi Ayub. Terasa belum sempat nak mohon ampun kat mak ayah dan orang-orang yang pernah aku sakiti secara sengaja atau tidak. Maafkanku semua. Kesempatan yang ada, aku mohon ampun hanya dalam hati. Mana tahu andaikata aku tidak berkesempatan untuk merasai kenikmatan hidup.


Tarikh dan hari telah bertukar... 19.9.2011, Hari Isnin, 21 Syawal 1432H. 

KRONOLOGI SAAT KELAHIRAN

Aku nak share la sedikit sinopsis saat menunggu kelahiran My Little B bermula dari tanda-tanda nak bersalin hinggalah dpt melihat muka sang permata hatiku dan Mr Hubby. Pastinya ia menjadi moment yang terindah dalam sejarah hidup kami.

18 September 2011
2.30 am -> 6.00am - Aku mula rasa tanda-tanda sakit nak bersalin. Tidurku tertanggu dek kerana My Little B yang kerap mengeras selang 1 jam. Memang terasa amatlah sakit. Bila bangun aku ke toilet, check di panty, ada lendir berwarna coklat. Aku dah mula cuak. Mr Hubby cepat2 suruh aku mandi utk sejukkan badan dan mengurangkan rasa sakit.

Tuesday, September 27, 2011

Bertapa... Kisah antara Hidup dan Mati...

Uih... lamanya x menjenguk sambil meng'update blog. bukan xda masa... Tapi ada misi penting untuk memperjuangkan diri dalam medan perang. Kisah antara hidup dan mati... Menyelamatkan nyawa sendiri dan insan tersayang...

Berkorban nyawa, jiwa dan raga...

Saturday, September 17, 2011

Bidan Urut Bersalin - SELANGOR


Just nak share dengan bakal-bakal ibu yang melahirkan cahaya mata dan mencari info berkenaan bidan berurut yang duduk di sekitar SELANGOR dan KL

Senarai Bidan dan Rawatan Mengurut Selepas Bersalin Di Sekitar Selangor

Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) .  Tel : 03-31687149    (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.

Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang). Tel : 03-87349281 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah) - sumbangan Izan Ismi

Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006.(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut) - sumbangan Izan Ismi

Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 . Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449. Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya) - rujukan The Star

Puan Ani ( Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani)

Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel : 03-83195090. (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Dia takde transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu) - sumbangan Ezad Hasshim

Puan Ramlah (Parit baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel : 03-32137496(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah)

Mak Cik Nab ( Taman Melati, Gombak). Tel : 03-41075585 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). Sumbangan Abang Rie & Kak Imah

Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel : 012-3166074. Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)

Makcik Ramlah, Kuang, Sg Buloh, Selangor. Tel : 017-3763381 / 03-60371204 - sumbangan ailin

Kak Timah, Bandar Baru Sg Buloh. Tel : 03-61565421 - sumbangan ailin

Kalsom bte Saat, Lot 2138, Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru, 42200 Meru Klang. Tel : 019-3636657. (rawatan mgurut selepas bersalin n pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara jawa. Untuk khidmat lain yg bkaitan,sila tanya mak som - sumbangan eisya

HUZAIMAH MOHAMAD. Tel : 014-3286478 - No.43, Lorong Tepi Sungai 3, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor - sumbangan Kyra

Kak Esah Tel : 016-3908180 - dia boleh ngurut org bersalin, nak zuriat, dan ngurut seluruh badan atau bahagian2 tertentu. Bertungku dan bertagas juga boleh, serta mandi. Kak Esah ni dekat Batu Caves, jalan nak ke Ulu Yam. Urutan dia sedap..best sangat...tak terlalu kuat terutama bagi yang tak biasa mengurut.

Nenek Melah - Tel : 0192054640. Bidan ni orang panggil Nenek je..dia boleh ngurut untuk dapatkan zuriat, berkesan sangat...tapi dia tak ngurut untuk lepas bersalin. Dia jugak arif bab-bab lain.

Bidan Jah (Ustazah Jah) - Tel : 016-3414577. Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) - sumbangan Hamidah Shamsuddin

Mak Yang - Tel : 012-3600047. Km 13,Jalan Bernam, lot 113, Lorong Haji Janor45500 Tg.Karang Selangor - sumbangan Kamarulramdan

Makcik Han - Tel : 017- 3951484. Damansara Puncak Ara, Petaling Jaya
Urutan sgt berkesan pada harga berpatutan. Dalam 10 hari urut, saya dah turun 12 kg - sumbangan Aisha Ahmad

Nenek merah - Tel :03 31491007. Tempat Olak Rempit,Banting. Malam Jumaat tidak mengurut. Sumbangan Lin

Nenek Hamidah - Tel : 012-4819795. Presint 16 Putrajaya . Sumbangan Lin

Cik Ayu. Tel : 03-77810377. Taman Medan PJ. Sumbangan Lin

Yati - 012-8546760. Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor

Mak Ita - 013 325 4384 Puchong Prima 


Penyebab Lambat Bersalin & Tips Mempercepat Bersalin

Apa yang menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat? 

Kerana pelbagai sebab. Individu banyak berbeza dan ianya sangat natural jika seorang wanita mengalami proses kelahiran yang cepat dan seorang lagi, lambat. Adakala proses kelahiran berjalan lambat sebab ibu itu terasa amat tegang. Perasaan takut boleh membuat hormon kelahiran kacau-bilau. 

Minggu ke-40 Kehamilan: Dah 10 bulan ke mengandung?

Ish... Tarikh jangkaan bersalin dah berlalu, tapi x bersalin lagi... Ikut tarikh first scan 16 September 2011. Dok menanti-nanti tapi x kunjung tiba.

Memandangkan ni bulan syawal dan masih ramai yang buat rumah terbuka, aku masih menerima undangan kenalan terdekat. Berjalan sana sini...

Paling boring bila orang tanya atau cakap, Eh, belum bersalin lagi? Adush malas nak jawap.

Friday, September 16, 2011

Minggu ke-39 Kehamilan - Tarikh Jangkaan Kelahiran

 Tarikh jangkaan bersalin - Mengapa tidak tepat?


Berdasarkan tarikh jangka bersalin, hanya 5 sahaja menepati masa. Selebihnya tersasar dari jangkaan. Mengapa hal ini berlaku?  Sesungguhnya tidak ramai ibu yang dapat melahirkan bayi mereka tepat pada tarikh jangkaan yang ditetapkan oleh doktor. Dianggarkan 1/3 kelahiran berlaku seminggu sebelum atau seminggu selepas tarikh jangkaan. Biarpun begitu, tarikh jangkaan bersalin tetap penting! Ini bagi membantu doktor mengetahui tarikh jangka bersalin agar dia dapat mengenal pasti risiko yang mungkin berlaku.  

Sunday, September 11, 2011

Minggu ke-38 Kehamilan - Bayi Kecil

Terpaksa memenuhi temujanji di KKIA dan Hospital Serdang untuk kes rujukan kekurangan air ketuban pada minggu lepas. Pemeriksaan di KKIA hanya mengingatkan perlu banyak rehat dan sekiranya ada tanda-tanda untuk melahirkan harus secepatnya ke hospital dan melaporkan kelahiran di KKIA. Ujian air kencing semua OK. Berat badan makin naik dari minggu lepas sebanyak 2kg, al-maklumlah dah habis bulan berpuasa dan tibanya musim perayaan. Jadi banyak undangan rumah terbuka yang aku pergi.

Temujanji di Hospital Serdang