Thursday, September 29, 2011

KRONOLOGI SAAT KELAHIRAN - TANGISAN SI KECIL

Dalam perjalanan aku disorong ke Dewan Bersalin, bila My Little B mengeras in my tummy, aku teran je, bertambah lencun la kain. Air ketuban keluar melimpah ruah. Aku berserah je. Pe nak jadi, jadi lah. Aku dah tak tahan nak menanggung. Dalam fikiran, bercampur baur rasanya. Mungkin inilah masanya yang aku tunggu selama ini. 


Mulut dah terkumat kamit baca Doa Nabi Ayub. Terasa belum sempat nak mohon ampun kat mak ayah dan orang-orang yang pernah aku sakiti secara sengaja atau tidak. Maafkanku semua. Kesempatan yang ada, aku mohon ampun hanya dalam hati. Mana tahu andaikata aku tidak berkesempatan untuk merasai kenikmatan hidup.


Tarikh dan hari telah bertukar... 19.9.2011, Hari Isnin, 21 Syawal 1432H. 

1.15 am - Dari wad di tingkat 5. Aku tutup je mata menahan sakit.


1.25 am - Sampai di Dewan bersalin, aku terus dimasukkan ke bilik khas. Mungkin ini bilik tuk bersalin. Setelah berpindah katil, kain yang basah dibuka. Keadaan bilik yang sejuk menyebabkan aku menggigil. Doc dan nurse yang bertanggungjawab menyediakan segala peralatan. Aku diamkan diri sahaja. 


Sekali lagi bukaan rahim di'check. Aku hanya dengar nurse cakap, bukaan dah 10cm. So kelam kabut lah mereka buat kerja menyiapkan segala peralatan. Aku dah cakap, aku dah sakit sangat, x caya. Huhu... Nasib baik sempat juga sampai di Dewan Bersalin.


Nurse tanya padaku, Suami Puan ada di sini tak?


Ada kat luar, jawabku pendek.


Tak lama lepas tu Mr Hubby masuk berpakaian yang disediakan oleh pihak HS. Lega sikit bila nampak muka Mr Hubby.


Nurse dan Doc yang bertugas telah bersedia untuk menyambut kelahiran My Little B. Aku diajar cara-cara untuk meneran. 


Tarik nafas dalam gunakan hidung, tahan nafas selama mungkin, bila bayi mengeras dan rasa cam nak buang air besar, teran sekuat mungkin gunakan tenaga yang ada... Dan hembus nafas... Fuhhh...


Kerja keras yang bukan sedikit tenaga yang diperlukan...


Ya Allah tak pernah aku rasa selemah ini. Aku kumpul tenaga sekuat mungkin... Berilah aku kekuatan Ya Allah. Permudah dan percepatkanlah proses kelahiran ini Ya Allah.


Mr Hubby memegang jemariku... Memberikan semangat dan kekuatannya.


Dari sudut pandang mataku, Mr Hubby juga sepertiku. Dalam ketakutan kerna ini  pengalaman pertamaku. Bila nurse tidak dapat kerjasama yang baik dariku, mereka mengikat kakiku di palang besi, tanganku disuruh memegang besi di sisi.


Mr Hubby memandangku dengan kebimbangan dan kerisauan bila aku bagai tak cukup tenaga untuk melahirkan zuriat kami. 


Nurse memanggil Mr Hubby dan menyuruhnya melihat kepala bayi kami yang hampir keluar di permukaan. Mereka menyuruh Mr Hubby memberi semangat padaku dan menyuruhku meneran sekuat tenaga yang ada. Aku hampir kehabisan tenaga. 


U, kuatkan semangat u, push... push... Kepala baby dah nampak, hanya itu yang ku dengar dari Mr Hubby.


Tiba-tiba, dalam sedar... 


Aku menjerit... Auwwwwwwwwwwwwww... sakitttttttttttttttttttttt...............


Kulitku dipotong dengan gunting yang amat tajam ku rasa... menghiris... Ya Allah, pedihnya... Kata nurse, itu untuk membantu dan memudahkanku serta mengelak dari bayiku kelemasan... masalahnya, ianya dilakukan tanpa minta persetujuan dariku ataupun Mr Hubby. Aku tahu mereka nak buat kerja dengan cepat. Huhu... Kecewa sungguh aku. Aku dah sebaik mungkin tak angkat punggung kerna taknak koyak banyak. Tapi akhirnya koyak juga...


1.44 am - setelah berhempas pulas, akhirnya si kecil yang selama ini ku bawa ke mana-mana dapat dilahirkan secara normal. My Little B terus diangkat dan diletakkan di atas perutku. Aku hanya diam terkaku melihat keindahan ciptaan Tuhan buat kami. Bayi lelaki seberat 2.55kg... Ku lihat wajahnya, comel... Alhamdulillah, terima kasih Allah, sempurna sungguh ciptaan-Mu. Tidak terucap dengan kata-kata... Tangisannya kedengaran di ruangan itu...


Ku renung ke dalam mata Mr Hubby, cahaya kegembiraan terpancar. Aku senyum... Spontan, ubun-ubunku dikucup... Terima kasih, Sayang.


Mulut bayiku dimasukkan tiub untuk menyedut air ketuban. Menurut nurse, bayiku tertelan air ketuban sedikit. 


My Little B

Semasa bayiku masih berada di atas perut, Mr Hubby mengazankan dan mengiqamatkan. Sebelum itu, Mr Hubby mentahnikkan bayi kami dengan kurma yang dibawa. Dalam keletihan, aku masih mampu mengukir senyuman. Perasaan semacam ku rasa... Indah... Dan bagai tak percaya aku akan menghadapi situasi seperti ini. 


Tidak lama selepas itu, bayiku diambil untuk dimandikan. Mr Hubby juga diminta keluar kerana koyakkan tadi harus dijahit. Aku meminta nurse untuk membaca Bismillah dan sepanjang proses menjahit, aku berselawat dan membaca Doa Nabi Ayub. 


Sesungguhnya, pengalaman pertama ini tidak mungkin aku lupakan. Terima kasih Tuhan atas anugerah yang amat berharga ini. Kami akan menjaga dan mencorakkan hidupnya dengan sempurna, Insya Allah. Buat Mr Hubby, ini hadiah terindah dapat ku berikan untukMu dan ikatan yang terjalin antara kita.

4 comments:

  1. meza..takutnyee bace.mst sakit2 sgt kan.sbb tu lah sy mgkn msh blm diberi kesempatan utk melaluinya. sy blm kuat tuk mghadapinya..

    apepun,tahniah meza.ur baby sgt2 comel.. :)

    ReplyDelete
  2. sakit tapi berbaloi bila melihat anugerah Tuhan. Jangan takut... Lalui kehidupan dan gelombang hidup tanpa menongkah arus.

    Thanks Mizah...

    ReplyDelete
  3. anugerah yg xtrhingga..hanya org2 yg brtuah dpt rasainya..

    ReplyDelete
  4. Jika kita ikhlas dalam menerima segala perkara x kira buruk dan baik dari Tuhan, pasti Dia akan menjanjikan yang terbaik tuk kita.

    Tak semua perkahwinan berlandaskan cinta. Cinta itu akan lahir sendiri. Dan dari Cinta yang ikhlas, pastinya akn ada anugerah yang menanti.

    Alhamdulillah...

    ReplyDelete