Thursday, September 29, 2011

KRONOLOGI SAAT KELAHIRAN

Aku nak share la sedikit sinopsis saat menunggu kelahiran My Little B bermula dari tanda-tanda nak bersalin hinggalah dpt melihat muka sang permata hatiku dan Mr Hubby. Pastinya ia menjadi moment yang terindah dalam sejarah hidup kami.

18 September 2011
2.30 am -> 6.00am - Aku mula rasa tanda-tanda sakit nak bersalin. Tidurku tertanggu dek kerana My Little B yang kerap mengeras selang 1 jam. Memang terasa amatlah sakit. Bila bangun aku ke toilet, check di panty, ada lendir berwarna coklat. Aku dah mula cuak. Mr Hubby cepat2 suruh aku mandi utk sejukkan badan dan mengurangkan rasa sakit.

7.00 am - Bergerak ke HS. Singgah di Shell, beli roti dan susu untuk tambah tenaga.

7.20 am - Sampai di Dewan bersalin HS, terus masuk dan check tekanan darah, 110/70. Nurse yang bertugas suruh buat ujian air kencing, kena ingat nombor kat botol. Aku ambil botol no. 6. Pastu terus cari katil kosong untuk baring. 

8.15 am - Mesin CTG dipasang untuk mendapatkan kadar kelajuan jantung bayi. Graf tak berapa cantik kerana Little B suka tidur. Jadi nurse banyak kali menggoncang perutku supaya si Bayi kecilku bangun.

9.00 am -> 9.30 am - check bukaan cm pada rahim menggunakan spekulum... sungguh syahdu betul, tapi sebelum Doc Nadia nak seluk tu, sempat ingatkan Doc untuk baca Bismillah. Kurang rasa sakit... Bukaan baru 2cm. Uih lama lagi nih... Hehe... 

10.30 am - Buat ujian ultrasound untuk check kandungan air ketuban, semakin berkurang, kalau minggu lepas 7.5gmol, check jalan sekali lagi dengan Doc Faizah, jalan buka 2cm. Doc ni tak sempat baca Bismillah, sakittttt oooo...

11.30 am - Admitted di Wad 5E, katil P04, belah hujung skali, sebelah tingkap. Dapat melihat pemandangan yang lawa. 

Memandangkan hari ini hari Ahad, so waktu melawat dipanjangkan dari pukul 12.00pm - 7.00pm. So Mr Hubby menemankan aku. Aku lebih banyak berjalan daripada duduk atau baring je di katil. My little B makin kerap mengeras, rasanya tak terkata, sakit sangat. Aku gunakan cara pernafasan yang betul untuk mengurangkan rasa sakit. Bernafas gunakan hidung dan hembus melalui mulut.


Ketika duduk di Taman, aku sempat memohon maaf dan minta dihalalkan makan dan minum daripada Mr Hubby andaikata aku tewas dalam perjuangan melahirkan anak kami. Mr Hubby memelukku dari sisi. 


I tahu U kuat, U pasti boleh. U jangan tinggalkan I. Kalau U takda macam mana I nak teruskan hidup.


Sebak rasa di dada... 

7.30 pm - Mr Hubby bergerak balik rumah untuk mandi dan makan. Kesian Mr Hubby kepenatan. 

9.00 pm -> 12.30 pm - Mr Hubby datang balik ke Hospital kerana keadaan aku yang semakin sakit. Ya Allah, Hanya Tuhan je yang tahu... Sampai bila nak menahan ni. Terasa macam nak buang air besar pun ada. Rasa nak meneran je. Aku pun asyik la call Mr Hubby yang menunggu di hadapan kaunter Dewan Bersalin. Mr Hubby pesan suruh selawat banyak-banyak, ingat Tuhan. 

Aku minta Mr Hubby beritahu Nurse di Dewan Bersalin mengenai keadaanku. Kerna aku tak dapat sebarang respon dari nurse di Wad bila aku beritahu aku dah sakit sangat. Katanya Dewan Bersalin masih penuh, aku harus menunggu turn dan bukaanku harus melewati 6cm ke atas baru di hantar ke bawah. Mr Hubby semakin bimbang dan mulai bising di kaunter.

12.35 pm - Setelah tak tahan, aku meneran sekuat hati, air ketubanku pecah buat pertama kalinya. Lencun kain pink yang aku pakai. Bila panggil Nurse, dia boleh tanya ni air kencing atau air ketuban??? Aku mana la tau. Yang aku tahu air tu kuar 2 kali bila aku meneran. banyak plak.bau tak macam air kencing pun.

Nurse menyeluk untuk check jalan, katanya masih 4cm. Nurse mula bercerita dgn kawan2nya mengenai suami patient katil P04 dah bising di bawah. My hubby la tu. Datang nurse yang lebih berpengalaman, sekali lagi aku diseluk... bukaan rahim telah 6cm... bukan 4cm. Katil untuk membawaku ke bawah tiba... Aku dibawa ke Dewan bersalin...

Bersambung....

2 comments:

  1. wah..semangat bace..sekali ade sambungan la plak..cpt2 smbg tau

    ReplyDelete