Friday, September 30, 2011

Luahan Hati Seorang Yang Bergelar Papa


Di pagi yang hening...

Selepas melahirkan permata hati yang comel, aku ditemani Mr Hubby yang banyak bagi sokongan sepanjang proses kelahiran. Sambil menunggu ketibaan bayi, kami menghabiskan masa dengan berbual mengenai peristiwa proses melahirkan.

Aku: U, u happy tak?


Dia: Tersenyum... Mestilah I happy. 

Aku: Ni hadiah terindah yang dapat I beri untuk U.

Dia: Terima kasih, Sayang.

Jemari kami bertaut...

Sesungguhnya, dalam perjalanan hidup kami, inilah hari yang cukup bermakna. Sungguh aneh perasaan yang ku alami. Macam tak percaya akhirnya aku menjadi PEMENANG DI MEDAN JIHAD. Dan jika aku mati, akulah PEJUANG SHAHID. 

Hubungan kami masih terlalu muda. Dalam sebuah perkahwinan, kami mengenal erti kasih sayang, saling berkongsi, memahami dan memerlukan. Dengan kelahiran seorang Putera, mengukuhkan lagi ikatan yang terjalin. 

Aku: U, kenapa masa U dekat sebelah I, U tak baca doa apa-apa atau selawat kat telinga I time I nak meneran tu?

Dia: I risau tengok U. I dah tak boleh nak fikir apa. I doa dalam hati je semoga U kuat nak lahirkan dan dipermudahkan semuanya. I tengok U makin lemah, I takut. Macam tak cukup tenaga. I tak nak kehilangan U.

Sebak dada aku... Cuba menyelami hati seorang lelaki yang baru bergelar Papa...

Aku: Apa perasaan U bila nampak Baby kita keluar?

Dia: I rasa macam tak percaya. Tapi I tau U mesti boleh. 

Tapi...

Aku: Nape U bagi masa nurse tu gunting? U senyap je, tak marah pun? Terkejut I. Tak da cakap apa-apa, terus gunting je.

Dia: I tengok U dah xleh nak neran lagi. I sampai terikut-ikut masa U meneran. Nak bagi U semangat. Nurse nak tolong mudahkan baby keluar takut lemas bila kepala tersangkut asyik keluar masuk. Takpe lah U janji U dengan baby kita selamat. I dah rasa bersyukur sangat.

Masih bertapak kekesalan di hati aku pasal kena gunting tu. 


Aku: U takut tak tengok baby tu keluar?


Dia: I rasa lebih semangat nak suruh U meneran bila da nampak kepala Baby tu nak keluar.


Mr Hubby memang tak diri di sisiku bila kaki aku dah terikat kemas pada besi dan tanganku memegang besi katil. Dia berdiri di hadapan ku untuk melihat bayi kami keluar. Dan memberikan semangat untukku meneruskan jihad.

Dia: U dah pass jadi seorang isteri kerana boleh melahirkan zuriat untuk I. Boleh la untuk no.2 pula...

Aku: Ish... ni sakit pun terasa lagi. Little B pun kecil lagi. Serik. Tunggu 3 tahun lagi la ye.

Wahhh, dapat penghargaan. Bangganya...

Aku: U sayang I tak?

Dia: Mestilah I sayang. I takda sape lagi selain U. Jangan tinggalkan I tau.

Mr Hubby ada cakap hanya wanita yang boleh menahan kesakitan untuk melahirkan anak. Ada kajian pernah dibuat, kesakitan itu diberi untuk lelaki merasai, lelaki tersebut mati kerana tidak dapat menahan kesakitan itu. Jadi sebagai wanita, kita haruslah berbangga.

Kami juga ada berbual mengenai cara nak mendidik anak. Sesungguhnya kami merasa sungguh bahagia. Terima Kasih Ya Allah.

4 comments: