Sunday, September 11, 2011

Minggu ke-38 Kehamilan - Bayi Kecil

Terpaksa memenuhi temujanji di KKIA dan Hospital Serdang untuk kes rujukan kekurangan air ketuban pada minggu lepas. Pemeriksaan di KKIA hanya mengingatkan perlu banyak rehat dan sekiranya ada tanda-tanda untuk melahirkan harus secepatnya ke hospital dan melaporkan kelahiran di KKIA. Ujian air kencing semua OK. Berat badan makin naik dari minggu lepas sebanyak 2kg, al-maklumlah dah habis bulan berpuasa dan tibanya musim perayaan. Jadi banyak undangan rumah terbuka yang aku pergi.

Temujanji di Hospital Serdang

Seawal 6.45 pagi dah gerak ke hospital bersama Mr Hubby, x berani nak drive jejauh. Memandangkan temujanji sebelum ini pergi seorang dan baby mengeras sepanjang masa nak sampai ke KKIA. Takut nak ambil risiko terjadi apa-apa yang tak diingini.

Dapat no.25, Ok lah tu... Lagipun dah ada temujanji. So harap x la lama menunggu giliran. Sampai je kena daftar di bahagian kaunter di bahagian Klinik pakar. Kemudian, kena daftar di Klinik Obstetrik dan Ginekologi... Terlalu banyak prosedur la... Untuk first time rawatan ini, dapat FREE charge. But, after dis, kena pembayaran RM5.

Selesai di bahagian pendaftaran...

Menunggu giliran di Klinik O&G, dapat no. giliran 9. Alhamdulillah... makin cepat...Dalam pukul 8.15 pagi, dah dipanggil untuk ujian air kencing dan berat badan. Berat badan naik lagi OK. Huhu... 600g menjadikan 59.1kg.

10 minit berlalu...

No giliran dipanggil untuk sesi ultrasound... Baby, mama nak tengok baby ni... Pe baby sedang buat ye???

Yeay, nampak baby mama sedang tidur. Lenanya. Sampai x bergerak pun time Doc tekan2 dgn alat ultrasound tu. Doc kata baby mama ni kecik je. berat baru 2.6kg. Nasib baik tetap ada peningkatan dari minggu ke minggu. Walaupun hanya 0.050gram je.

Kalau ikutkan saiz tubuh semua, baby baru 36 minggu. Takpe lah baby. Ti cepat besar bila dah lahir ya.

No comments:

Post a Comment