Saturday, September 17, 2011

Minggu ke-40 Kehamilan: Dah 10 bulan ke mengandung?

Ish... Tarikh jangkaan bersalin dah berlalu, tapi x bersalin lagi... Ikut tarikh first scan 16 September 2011. Dok menanti-nanti tapi x kunjung tiba.

Memandangkan ni bulan syawal dan masih ramai yang buat rumah terbuka, aku masih menerima undangan kenalan terdekat. Berjalan sana sini...

Paling boring bila orang tanya atau cakap, Eh, belum bersalin lagi? Adush malas nak jawap.

Hampir setiap hari, 3 atau 4 kali mak dari kampung call tanya, sihat ke? Dah ada tanda? Jadi cam tension nak menjawap. Emosi pun jadi tak menentu. Asyik rasa nak marah je. Yang menjadi mangsanya, Mr Hubby. Nasib baik la dia penyabar. Kdgkala bila termarah atau teringgi suara tanpa sengaja, dia diam je. Urusan masak memg aku dah x campur. Aku buat kerja2 yang lebih mencabar cam menyapu, mengelap lantai seluruh rumah, ,basuh - jemur - lipat pakaian. Nak menghilangkan tension, sampai Mr Hubby naik risau bila aku buat kerja tak berhenti. Turun naik tangga laju jer macam orang yang bukan sedang sarat mengandung.

Last skali bila nak kurgkan rasa tekanan yang amat hebat ini, aku dengar la MP3 surah-surah dari Al-Quran hinggalah terlelap. Mr Hubby langsung tak usik aku, takut aku lebih beremosi. Harap dia faham apa yang aku rasa. Huhu...

Cam menunggu buah durian yang belum tiba masa nak gugur.

Kalau nak kata aku kurang berjalan selama mengandung, uish... dah jauh aku berjalan... Sangat la jauh. Bukan aku jenis orang yang duk diam. Masa nak dekat raya lepas, hampir semua tempat aku pusing, dari Pasar Pudu hinggalah ke KLCC. Kadang itu, keluar pukul 7 pagi, pukul 10 malam baru sampai rumah.

Ya Allah, sabarkanlah aku, kuatkan imanku. Mungkin Tuhan nak berikan yang terbaik untuk kami, suami isteri. Kami akan menunggu kelahiran permata hati kami.

Gambar Jalan-jalan Cari Pasal...

Kolam Air Panas Sg Serai, Hulu Langat
SKMM Cyberjaya
Mines Shopping Mall
Restoran Hang Li Po, Senawang, N.9
Tugu Peringatan Taman Rekriasi Bukit Jalil


No comments:

Post a Comment