Saturday, September 17, 2011

Penyebab Lambat Bersalin & Tips Mempercepat Bersalin

Apa yang menyebabkan proses kelahiran menjadi lambat? 

Kerana pelbagai sebab. Individu banyak berbeza dan ianya sangat natural jika seorang wanita mengalami proses kelahiran yang cepat dan seorang lagi, lambat. Adakala proses kelahiran berjalan lambat sebab ibu itu terasa amat tegang. Perasaan takut boleh membuat hormon kelahiran kacau-bilau. 
Proses bersalin mungkin lambat kerana:
  • posisi bayi anda;
  • kontraksi tidak berapa kuat;
  • pelvis ibu bukan mempunyai bentuk atau saiz yang sesuai.
Satu per empat wanita dilahirkan dengan bentuk pelvis yang lebih mirip pelvis lelaki (pelvis android), yang menyebabkan bayi lebih cenderung mengambil posisi belakang-ke-belakang. Kombinasi ini boleh melambatkan dan menyusahkan proses kelahiran. 

Lazimnya, proses kelahiran mungkin lambat dengan tiada apa-apa sebab. 

Ingatlah, ianya mengambil masa lebih lama bagi serviks (leher rahim) untuk membuka bagi lima sentimeter pertama daripada lima sentimeter kedua. Ini disebabkan, apabila kontraksi menjadi lebih kuat, ianya membukakan serviks dengan lebih cepat. 

Bolehkah saya mempercepatkan proses kelahiran dengan sendiri? 

Jika doktor bertanya samada anda mahu kelahiran dipercepatkan, ambillah sedikit masa dan bertanyalah beberapa soalan. Selagi bayi anda selamat sempurna dan serviks anda membuka, walaupun dengan perlahan, anda mungkin merasakan adalah baik untuk membiarkan keadaan begitu saja. Anda mungkin berpuas-hati dengan cara lembut kelahiran itu bergerak, serentak dengan badan anda dan bayi anda. 

Atau, anda sudah merasa letih sehingga merasakan amat terdesak untuk melahirkan secepat mungkin. 

Untuk mempercepatkan kelahiran, terlebih dahulu cubalah teknik-teknik natural: 

• Jika anda berbaring di katil dalam bili bersalin, bangun. Pergerakan mungkin menguatkan kontraksi dan menolong anda menanganinya. 

• Berjalanlah ke tandas - pundi kencing yang penuh boleh melambatkan proses kelahiran anda kerana ia menghalang penurunan kepala bayi anda. 

• Mandi air suam atau masuk ke dalam kolam bersalin (birthing pool) - ini mungkin mengurangkan keperluan mengambil ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran anda. 

• Cuba terapi alternatif. Ada bukti menunjukkan akupunktur atau hipnosis semasa proses kelahiran mengurangkan keperluan untuk augmentasi. 

Langkah-langkah mudah berikut mungkin cukup untuk anda mempergiatkan perjalanan kelahiran anda: 

• Cuba teknik-teknik pernafasan atau relaks jika anda teramat cemas. 

• Minta teman bersalin untuk urut belakang anda dengan tegas, atau kaki anda jika anda sedang duduk atas kerusi. 

• Jika anda ingin mengelakkan daripada disentuh, cuba dengar muzik yang menenangkan. 

• Makan dan minum mengikut keperluan (ambil snek seperti roti bakar) dan minum air atau minuman isotonik supaya anda tidak ternyahhidrat. Walau bagaimanapun, kebanyakan hospital tidak menggalakkan ini dan hanya membenarkan beberapa teguk air tawar sebab mereka tidak mahu perut anda menjadi penuh sekiranya anda akan memerlukan surgeri untuk (kelahiran caesarean). Berbincanglah dengan doktor semasa satu daripada janji temu antenatal anda. 

• Tukar posisi anda - ada kemungkinan anda tidak akan mahu berjalan-jalan tetapi bidan jururawat anda boleh menolong anda mencari posisi yang lebih selesa. 

• Hayunkan punggung dan membongkoklah ke depan semasa kontraksi untuk membantu rahim anda menolak bayi dengan kuat ke atas serviks. 

• Minta jururawat atau bidan menerangkan apa yang sedang berlaku. Jika anda merasa terlibat dan dalam keadaan relaks ini akan membuat proses kelahiran itu lebih mudah dikendalikan dan sakit juga lebih senang ditahan. 

Patutkah ketuban air saya dipecahkan? 

Doktor anda mungkin mencadang supaya dipecahkan ketuban air untuk mempercepatkan proses kelahiran. Untuk melakukan ini, dia akan membantu anda baring atas katil dan kemudian menanggalkan bahagian hujung katil supaya punggung anda terletak di penghujungnya. Dia mungkin meminta anda meletakkan kaki dalam sanggurdi, atau anda hanya diminta membukakan kangkang luas. 

Doktor anda akan menggunakan alat plastik yang panjang dengan cangkuk (semacam cangkuk crochet) dan membuat potongan kecil di membran. Ramai wanita mengatakan prosedur ini tidak selesa tapi tidaklah sakit, walaupun mereka gembira apabila dapat bangun semula selepas ianya selesai. 

Doktor akan memeriksa denyutan jantung bayi anda dengan rapi menggunakan Sonicaid atau trompet telinga untuk memastikan pemecahan ketuban air tidak mengakibatkan bayi menjadi cemas. Memecahkan ketuban pada permulaan proses kelahiran tidak ada sebarang kesan ke atas jangka masa proses kelahiran. Tetapi, jika fasa aktif proses dilambatkan, memecahkan ketuban boleh memajukannya semula dan memendekkan tempoh sebanyak satu jam. 

Anda akan dapati bahawa kontraksi menjadi semakin kuat setelah kesemua air ketuban memecah. Bersedialah untuk berusaha giat dengan pernafasan dansenaman untuk relaks, atau minta doktor ubat melegakan sakit jika anda memerlukan bantuan lebih. 

No comments:

Post a Comment