Thursday, October 20, 2011

Bella Calamidades ~ Syiokkk


Adat orang berpantang x boleh nak renyah, so duduk la depan TV layan telenovela mexico yang fofuler wat masa ni di TV3, Bella Calamidades. Aku minat dengan lagu tema untuk citer ini, tajuknya  No Me Dejes, nyanyian Paola Vargas dan David Castro.

SEGMEN : JOM TAMBAH FOLLOWER LAGI

 JOM + FOLLOWER BLOG ANDA.

MERIAHKAN BLOG ANDA...

JUST KLIK BANNER INI!!!


Tarikh tutup join segmen ni ialah pada 31hb Oktober 2011

My Little B ~ 1 Month

Pejam celik, kejap je masa berlalu, My Little B da masuk hari ke-32 hari, alhamdulillah... Yeay... Today ada appointment dgn Klinik Desa untuk suntikan Hepatitis Dos 2...
Ammar wake up, honey

Friday, October 14, 2011

Baby AmmaR RaziQ in Da HousE

Ehem... ehem... macam ni la bila dah ada cahaya mata, kadangkala sampai lupa akan diri sendiri. Nak buat sesuatu pun ada masanya menjadi lewat. Kerana nak dok mengadap muka Baby Ammar yang cute ni yang selalu berubah-ubah.

1st Day

Tuesday, October 11, 2011

Jiwa Keibuan...

Alhamdulillah telah selamat aku melahirkan zuriat secara normal...

Perasaan pertama setelah melahirkan, sifat keibuan itu muncul dengan sendiri apabila Nurse meletakkan bayi di atas perutku. Aku rasa sangat kasih pada insan kecil ini. Perasaan aneh... Rasa macam tak percaya ada insan yang berkembang selama ini dari rahimku dari perkongsian benih kami suami isteri. 

Air mataku seakan ingin jatuh bila Mr Hubby mengazankan dan mengiqamatkan si kecil ini. Sayu jiwaku. Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku menikmati kebahagiaan ini.

Siap dibersihkan dan dimandikan, bayiku yang lengkap berpakaian bersih diberikan kepadaku. Sekali lagi hatiku disapa sayu tika Nurse menyuruhku memberikan air susu buat si Kecil. Dalam kepayahan kerana tiada pengalaman, Si Kecil dapat juga merasai nikmat susu Ibu.