Tuesday, October 11, 2011

Jiwa Keibuan...

Alhamdulillah telah selamat aku melahirkan zuriat secara normal...

Perasaan pertama setelah melahirkan, sifat keibuan itu muncul dengan sendiri apabila Nurse meletakkan bayi di atas perutku. Aku rasa sangat kasih pada insan kecil ini. Perasaan aneh... Rasa macam tak percaya ada insan yang berkembang selama ini dari rahimku dari perkongsian benih kami suami isteri. 

Air mataku seakan ingin jatuh bila Mr Hubby mengazankan dan mengiqamatkan si kecil ini. Sayu jiwaku. Terima kasih Ya Allah kerana mengizinkan aku menikmati kebahagiaan ini.

Siap dibersihkan dan dimandikan, bayiku yang lengkap berpakaian bersih diberikan kepadaku. Sekali lagi hatiku disapa sayu tika Nurse menyuruhku memberikan air susu buat si Kecil. Dalam kepayahan kerana tiada pengalaman, Si Kecil dapat juga merasai nikmat susu Ibu.

No comments:

Post a Comment