Friday, November 18, 2011

Kulit Sensitif Bayi : Ruam Bernanah ~> Little Ammar

Pasti... Tak mudah untuk menangani bila bayi mula meragam... Hanya kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Aku selalu mohon pada Allah supaya kesabaranku tetap tegar. Dugaan perlu dihadapi untuk membesarkan insan kecil kurniaan Allah ni.

Ruam Septik
Pada 2 minggu kelahiran, Ammar dijangkiti ruam septik atau lebih dikenali ruam yang bernanah disebabkan jangkitan kuman. Kulit Ammar ni amatlah sensitif. Mungkin berpunca dari susu formula yang diminum atau pakaian yang dibasuh menggunakan pencuci khas baju bayi. 

Kesian bila Ammar berpeluh dan ruam yang telah pecah membuatkannya merasa pedih. Tak boleh tidur dibuatnya, merengek saban hari. Kekadang cam terikut nangis gak, x sampai hati.

Macam-macam cara dah guna untuk kurangkan ruam bernanah ni. Jumpa doktor, dia bagi cream sapu dan ubat antibiotik, x kurang. Jalan terakhir, ikut petua orang lama juga, katanya suruh guna tepung ubi sebagai ganti bedak dan mandi letakkan tepung jagung dalam air mandian.


Sebelum ikut petua tu, aku pecahkan biji-biji nanah yang ada menggunakan jarum yang bersih. Tujuan aku pecahkan bijitu sebab nak memudahkan proses mengeringkan ruam. Cuak dan takut sememangnya ada dalam diri saat jarum nak kena kat badan baby. Sapa x ngeri, aku cabar... Dengan keadaan baby yang x leh diam n meraung setiap kali mata jarum bagai menyucuk kulitnya yang lembut.


Ibu mana yang sanggup, tapi terpaksa. Demi kebaikan si kecil ini yang menderita bila mata nanah yang pecah terkena peluh. Dengan keadaan yang x selesa, dia akan merengek.


Alhamdulillah... 


Amat mujarab... jangan mudah menganggap mudah petua orang-orang lama.


Now kulitnya da halus dan ada juga ruam tapi ruam biasa bila berpeluh...




Rasa bersyukur sangat... Dan Little Ammar da kurang merengek... dan yg nampak ketara... makin tembam... tapi nangis tetap x kurang bila kemahuan x ditepati... maintain...

3 comments:

  1. yg gambar 1st tu amar ke. kesiannye die..

    ReplyDelete
  2. a'ah mizah. ammar yang kena... cian dia...

    ReplyDelete
  3. Salam, Alhamdulillah..nice sharing..

    ReplyDelete