Saturday, December 24, 2011

Madam X???

22/12/11 dalam jam kurang lebih 5 petang...

Aku menerima panggilan telefon daripada nombor yang tak dikenali. Tertera nombor telefon 03xxxxxxxx. Tanpa menduga sesiapa aku terus la angkat. Suara wanita di hujung sana.

Assalamualaikum...

Waalaikummusalam, jawapku.

Sis ada jual beg 5in1, saya ada tengok iklan yang beg warna merah, biru gelap, purple n etc... warna merah dan purple ada tak?
Buat masa ni tak da stok merah dan purple, mungkin awal Januari baru stok sampai.

Berapa harga dan MOQ?

Aku pun terangkan harga borong dan minima order. Sis nak order warna apa ye?

I nak order 2 coklat, 1 pink, 1 biru dan 1 dark blue. Boleh bagi akaun nombor. Nanti i bank in pada u n i amik di Puchong

Sis boleh bagi phone no. nanti i SMS. Nama siapa ye?

Nama i Shima... Hari Selasa malam i jumpa u amik beg ya.

 [tersirap darah ke muka dan aku terdiam seketika] dan dia berikan no phone tetapi berbeza nombor dengan Mdm X...]

Sampai Mr Hubby yang dari awal perbualan hanya merenung dan mendengar setiap perbualan aku, menegur...

Ok sis... Nanti i mesej no akaun i...

Selang beberapa minit... Tanpa merasa curiga dan menepati kata-kataku... Aku sms akaun maybank ke nombor yang diberikan. 

2 kali juga aku sms Ms Shima ni, bertanyakan warna biru yang mana 1 dia nak...

Tapi sepertinya tiada respon...

Last mesej aku:
Awak kena inform awal ye cik Shima untuk tempahan dan payment. Sekiranya lewat, mungkin cik tak boleh dapat barang pada hari selasa 27/12/11. Esok saya kena order beg pada pembekal dan Isnin atau Selasa akan sampai pada saya. 

Sampai ke hari ini senyap je...

Hati aku cam menyatakan Mdm X dan wanita ini orang yang sama, yang menghina aku beberapa hari lepas... Kalaulah ikutan hati geram aku, aku nak publish je phone no dia supaya tiada orang yang terkena cam aku. Tapi aku ni jenis tak sampai hati. Org buat jahat pun, aku wat baik je...

No comments:

Post a Comment