Saturday, December 24, 2011

Suka Duka Bisnes Online

Seronok bila dapat jadi bos, tanpa perlu keluar rumah saban hari dan dalam masa yang sama tidak risau untuk menghantar baby Ammar untuk dijaga oleh pengasuh. Baru mencuba bisnes online selama sebulan, pengalaman yang amat manis dan ada juga pahit terpaksa ditelan.

Yang manisnya apabila, ada customer yang bertanya mengenai produk yang kita jual, dan melayani setiap ragam mereka. Memang ada yang prihatin, terlalu prihatin dan ada juga yang begitu menyenangkan. Aku sememangnya suka melayan orang dan tidak kisah dengan customer yang ada kalanya fussy. Aku hanya menganggap mereka ini tidak suka sekiranya tertipu dan ingin beli sesuatu dengan teliti dan kualiti yg setanding harga...

Yang x best juga ada...

Memg buat aku tak lena tidur dengan perasaan yang berbaur... Geram, nak marah n benci sgt...

Why???

Meh la aku citer sikit pengalaman aku... Moga jadi iktibar...

Ada la seorang hamba Allah ini, dia bertanyakan tentang 1 produk ni... 


KRONOLOGI KISAH MENYAKITKAN HATI

Bermula pada tarikh yang cantik di petang yang hening jam 5.23pm 12/12/2011... aku menerima sepucuk SMS daripada Madam X(nama ku beri)...

Mdm X: Salam... Dear mommy bag bear... U ada w/sale tak?

Ada sis...

Mdm X: Bape dear?u katmane ye? Sy kt KL.

Aku pun bagitau la aku duk puchong dan aku juga terangkan harga untuk borong beg termasuk harga pos dgn detail.

Mdm X: Ready stock ye? Sy nak 5 in 1.. Br blk dr putra height, klu tidak bleh singgah ;) weekend bleh ambik. Nama sy shima. Seme warna ada?

Seperti biasa aku akan bagitau stok terkini yang ada. Buat masa ni warna merah n purple sold out. Stok akan sampai mungkin awal Januari. 

Mdm X: Purple ngan red mmg xde... Alamak...


Stok akan tiba awal Januari. Nanti inform sy warna yg awk nak.


Mdm X: Ok noted... Nnt sy bgth nak warna apa ye... [mesej terakhir jam 5.35pm 12/12/11]


15/12/11 Jam 11.27am


Mdm X: Dear... Red bag bear. Mmg tak restock?


Akan restock awal Januari. sekali lagi aku bagitahu info yang sama...


17/12/11 Jam 3.24pm


Mdm X: Dear... Bag merah 3 pcs mmg xdpt ye?


Aku cuba menerangkan stock beg merah n purple kena tunggu awal Januari. Sememangnya 2 warna ni terlalu tinggi demand.


Mdm X: Ok xpelah... Sy nak 1 merah, 2 purple, 1 pink, 1 brown, 1 light blue. Bleh jumpa esok?


Aku terangkan la kat sis ni, beg yang aku jual not ready stock kat umah. Aku memang tak simpan stok. Jika ada order utk w/sale baru aku ambil dari supplier sebab aku tak suka nak simpan stok. kadangkala ia merugikan jika tidak terjual. Aku bagitau juga pada dia, beg 4in1 ada stock jika dia berminat.


Mdm X: Adus... ready hujung bulan... Atau awal bulan jan? Xnak yg 4 in 1.Ramai sgt dah jual...


Mdm X: Xpe. Sy ty customer blk... bleh?


Aku dah mula pelik dgn sis ni... 


Mdm X: Bleh tak sy ambik 3 dulu esok... Tp sy bg depo tuk yg lain... Bleh?


Aku pun tanya la kat sis ni, "Nama sape ye sis?" Padahal dah tau nama dia sebelum ni nama dia SHIMA.


Mdm X: Sy ros, dr Rawang...


Dah bertukar nama  plak sis ni... Sy boleh pos terus pada sis lepas beg sampai pada i. Kos pos pun tak mahal.


Mdm X: Bkn masalah mahal atau tak? Sy nk urgent... customerdah byr.xpe sy ambik kat puchong.


Aku tak da masalah pun sis ni nak COD, tapi aku cam tak yakin. aku dah terangkan prosedur, jika nak dia kena bgtau dlu warna n berapa set dia nak, lepas tu bank in pada aku [aku tak tipu olang lor]. walaupun dia nak COD, tapi kena bagi aku masa ambil beg pada supplier. sebab AKU TAK SIMPAN STOK. org nak baru aku amik, n org tu pulak kena bank in pada aku full payment. 


Dia pun tak percaya dgn aku, sama gak aku... If aku dah amik sekali dia senyap je x datang amik, habislah modal aku. Kan naya... Ni hari ketiga aku melayan sis ni, kdgkala terpaksa sms menda yg sama untuk dia faham.


9.36pm hari yang sama...


Mdm X: Bleh order purple n merah tak?


Boleh sis, tapi stok awal Januari. Kalau nak merah, ada 1 set. Set merah sebenarnya ada pada member aku kat Johor nun jauh di sana, jadi kalau la Mdm X ni nak, aku kena beli dengan harg amahal berbanding harga borong. tapi takde respon dari Mdm X ni...


18/12/11 11.17am


Mdm X: Stok kat awk ada tak pink n brown... Sy ambik 2 pcs dulu bleh?


Stok pada sy takda sis, kalau u nak dalam hari Selasa atau Rabu. 


Mdm X: Ok.. Sy ambik hari Khamis ye. Tq


Ok sis. Noted.


Mdm X: Sy ambik 3 pcs... Merah skali sy nak...


Aku minta sorry dgn dia, n bagitau aku dah jual, sebab customer member aku tu nk beli... Takkan aku nk halang plak demi Mdm X yang selalu bertukar keputusan. Aku sms dia semalam mengenai beg merah tapi tiada RESPON...


Mdm X: La... U msg i... Ty i nak tak? Pastu u jual ;)


Aku cam da xleh nak sabar plak hari ini... So laser la mulut aku ni... bertambah plak dengan takde mood, sebab datang bulan...


Aku reply...
I dah jual la, tak kan i nak tunggu u. ada customer da tanya. U pun cam jap nak pastu senyap je. So i jual.
[sebab aku tanya dia semalam, tp xda respon, ada pulak org tanya, so aku bgtau la kawan aku tu untuk jual, 1st come, 1 serve, yang Mdm X ni dari masa tu cam nak pastu senyap. Sesabar aku ni, leh hilang sabar].


Mdm X: Kurang ajarnya ckp??? Mcm nie ker u berniaga? Fine... Cancel seme. I cr org lain. Melayu sm melayu pun mcm nie. U ckp belit2... Sape nak caya. Sekejap kata rabu lps restock... Skjp kata xde stock. Muka je cantik, hati cam...


Terkedu seketika...


Aku reply... Thanks sebab hina i. Tolong jangan beli dengan i. I tak minta u percaya pada i. I dah layan u dengan baik. Ni bukan 1st time kita sms, dah berapa lama? I niaga nak tolong org tak kisah melayu, india atau cina. I bg harga borong pada agen bawah i. Awl2 aku dah terangkan aku akan restock jika ada order n org yg order tu dah bank in duit. Tp Mdm ni byk je menanya tp bank in x nak nyer. Aku takkan amik stok yang banyak kalau bukan aku yang nak jual. Wholesale n retail 2 akaun berbeza. Aku baru nk belajar niaga... br sebulan menapak...


Hati aku mmg sakit... X pasal2 kena hina kan... FOC... Aku bagitau pada Mr Hubby... Dia kata jangan layan org macam ni... Sebelum2 ni org order xda masalah pun. X payah pening2 kepala...

1 comment: