Monday, December 31, 2012

Diari Kehamilan II : Tanda-tanda Kelahiran


Arghhhhhh... tidur malamku tak lena... akibat tanda-tanda pra-kelahiran yang muncul... Bila kat office, mataku jadi cam mata penyu... kecik je... dan terpaksa disengkang dengan batang mancis...



1. Kontraksi Rahim
- Kontraksi adalah rasa tegang pada perut, kadang-kadang bakal ibu akan berasa sakit di tengah perut sehingga ari-ari. Kontraksi akan berlaku semakin kuat dan dalam sela masa teratur. Sila lihat jam anda berapa selang masa berlakunya kontraksi. Jika dalam sela masa 5 minit dan mengeras dalam 20 ke 45 saat. Sila ke klinik dengan segera.

2. Sakit Belakang
- Rasa sakit belakang di bahagian bawah dengan kerap.

3. Pecah ketuban
- Keluar air jernih dari rahim, semasa kelahiran pertama keluar bunyi pop baru keluar air ketuban. Ada banyak air keluar bercampur dengan darah.

4. Lendir pekat bercampur darah
- Lendir ini merupakan pluk yang melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Sekarang pluk telah mula keluar dan bayi bersedia untuk bergerak ke bawah. Tapi bila dah ada rasa sakit (kontraksi kuat dan kerap) baru ke klinik :).

5. Serviks terbuka
- hanya doktor yang boleh cek bukaan serviks, bila dah mencapai 10cm baru proses bersalin akan dimulakan.

6. Kerap terkentut
- Sesetengah wanita akan kerap terkentut :)

7. Perut rasa memulas seperti nak buang air besar
- Disebabkan bayi telah mula bergerak ke bawah, ia turut memberi tekanan kepada saluran untuk buang air besar. Sesetengah wanita akan rasa ingin ke tandas dengan kerap sebab rasa nak buang air besar. Berhati-hati...

8. Kerap terkencing
- Akan kerap terkencing sebab bayi sudah mula bergerak ke bawah.

9. Perut kelihatan membuncit bahagian bawah, bahagian atas terasa ringan atau kosong.
- Menandakan bayi dah mula turun ke bawah. Jika anda rasa kontraksi yang kuat dan kerap, berjumpa doktor dengan segera :).

10. Berat badan berkurangan
- Berat badan akan berkurangan sedikit apabila masa bersalin hampir tiba.



sumber: Pa &Ma

Penutup Tirai 2012

Alhamdulillah, aku diberikan nikmat untuk bernafas dan merasa bahagia.

Hari ni penghujung 2012.

Tahun ni sesungguhnya penuh dengan kenangan manis 99%, pahit maybe 1% sahaja.

Antara yang termanis:

Preggy Lagi
Pada pertengahan April aku dapat tau aku preggy anak kedua. X merancang pun, terima sahaja rezeki kurniaan Tuhan ini...

Dapat kerja
Lepas je habis pantang, aku dipanggil masuk kerja di company supply barang2 aircond.

Temuduga kerajaan
First time dalam hidup pi temuduga government, walaupun hanya baru temuduga, tapi perasan tu lain macam la...

Bercuti...
Biarpun dalam kekangan kerja, masa dan kewangan, haruslah juga pi bercuti...

April 2012 - Melaka
November 2012 - Cameron Highlands
Mengimbas kembali azam di awal tahun 2012...

1. Nak turunkan berat badan -----> sgt berjaya... 58kg - 47kg
2. Nak kerja -----> yeay, walaupun sbg admin officer
3. Nak beli rumah -----> on Nov '12 settle urusan rumah
4. Nak beli motorbike -----> x berjaya, in shaa Allah ye hubby
5. Nak cari pengasuh terbaik untuk Incik Ammar... -----> sgt2 berjaya mencari



Ni lah mak Ammar, orangnya sangat lembut, penyayang dan baik hati. Aku dan Mr Hubby dah anggap keluarganya cam keluarga sendiri.


Untuk azam tahun 2013 ni... Apa ye belum terfikir... Mungkin malam nanti baru dapat ilham.

Saturday, December 29, 2012

Duit Tanpa Benang Emas - Sama Tapi Tak Serupa



Semalam duk belek-belek purse yang dah berserabut dengan duit bercampur pelbagai kertas dan resit... Huh penin...

Dalam gulungan duit terjumpa plak duit RM10 tapi tanpa benang emas... Duit ni baru jer aku ambil dari atm semalam... Pelik pelik...

Duit tak siap agaknya... Kata hubby ni duit betul bukan palsu tapi kenapa la x ada benang emas...

Simpan je la mana tahu suatu hari nanti ada orang cari n nak bagi aku RM1 Juta... Kayo mokcik...

Friday, December 28, 2012

Pavlova Oh Pavlova... Penangan Ngidam...

Masa pavlova dok tengah hot di pasaran, aku wat dek je... cam x amik pusing...

Bila da reda, barulah sibuk mencari... Cari punya cari, rupanya jiran belakang rumah ada niaga buat cake home made. So apa lagi... Try la call kan... Minta pavlova yang kecik je. Harga dapat pun murah dalam RM30 gitu...




Ni pavlova pertama yang ku order... wow... memang sedap dan terbaik dari ladang.... So creamy...



Ni pula pavlova kedua, minggu kedua selepas order yang pertama...

Makan sorang je babe... Hehe...

Ada gak pelawa Mr Hubby, tapi potongkan dia satu je...

Dan hari ni ingat nak order lagi la... Jika anda nak order gak boleh ke website Akak ni Cempaka Cake House [klik link]

Tips Memilih Stroller dan Buggy

Tips memilih stroller/buggy/jogger:


1. Bagi bayi 0-12 bulan, haruslah beli yang mempunyai span yang tebal supaya bayi anda selesa.

2. Bagi bayi 12 bulan-3 tahun, boleh la beli jenis cam yang kat gambar, lebih mudah, ringan dan senang dibawa, juga dilipat.

Harga RM110 termasuk pos ke semenanjung
RM130 termasuk pos ke semenanjung


Kalau nak diikutkan aku suka brand Sweet Cheery SCR5 atau SCR6, tetapi bila fikir, stroller ni hanya pakai buat sementara, so aku simpan je la yang lama dan akan beli yang simple utk Incik Ammar, sure bila dia nampak adik dia naik stroller, dia pun nak juga.

Thursday, December 27, 2012

DIARI KEHAMILAN II : Senarai Keperluan Bayi Little AR Jr

Da nak masuk 37 minggu, cam cepat je masa berlalu...

Persiapan keperluan Little AR Jr. pula telah complete...


Hadiah pemberian on of supplier perniagaanku... Memang baik hati betul...


Barang mandian dari Baby Kiko... Dah jatuh cinta dengan produk baby kiko. Bermula sejak menggunakan wet tissue nye... Memang wangi tanpa bau kimia.




Bassinet... senang nak bawa baby bila pi umah pengasuh nanti.


Borong... borong... Expo maternity di mid valley...


Autumn Breast pump... tapi yang single je...

 

Coller bag dari Autumz...



Gugu swaddle - bedung moden... yang warna turqoise tu dapat hadiah dari Pertandingan Mama Preggy... Dapat saguhati je...

Love purple ni amik dari stok jualan...





Baju baby...

Romper - 4 helai
Sleepsuit - 3 helai
Stokin - 5 pasang
Tshirt & Pant - 6 pasang
Barut - 7 helai


Stand untuk mandikan baby dan juga boleh diletak bassinet...


Wet tissue, bath support, cotton bud, kapas untuk bersihkan pusat baby...


Towel mandi dan sapu tangan kecik...

So pinky... was-was nak beli brg gegurl sebenarnya tapi beli je la... kalau boboy pun boleh pakai gak...


Ok dah packing n masuk booth keter, agak2 da sampai seru, terus je drive pi hospital...

Cuti Merry Christmas Ho Ho Ho... Belukar... Ikea...

Lapang otak bila dapat cuti ni kan. Lega rasa bila x mengadap kerja-kerja office yang membebankan... Rasa cam dah bosan nak masuk office...

Cuti christmas... Please hubby jom berjalan, I xmau duduk rumah...

U nak pi mana, katanya...

I nak pi IKEA...

Jom la siap2.... Hari cuti pun kami bangun awal kol 6 pagi... Incik Ammar pun camtu. Dia da terbiasa. Cam setting jam pula...

Sebelum ke Ikea, kami gi breakfast dlu di Kedai Mak Cik. Mencari nasi lemak memandangkan malam sebelumnya x makan. 

Selesai tu, singgah di kawasan belukar di taman tempat kami tinggal... Main snap2 pic...


Besarnya perut mak yong kan... tapi still boleh naik motor lagi. Cuma hubby complain berat... hehe... nak wat camne...


Santeknya kan butterfly ni... 

Actually pi sini nak snap pic belukar tapi keadaan x mengizinkan, susur jalan ke belukar lecak akibat hujan lebat... Huwa huwa... maybe next time dpt shoot kat sini bila badan da selim melim...

Tanjung Piai ~ Penghujung Benua Asia

Beberapa bulan yang lepas, jalan2 di Johor... Memang da lama x menjejak kaki ke Johor. Last tahun 2010 x silap.

Destinasi kami adalah Daerah Pontian. Apa yang menarik di Pontian???

Tanjung Piai...

Aku teringin yang amat nak pi sini. Nak tengok la apa yang menarik hingga disebut-sebut merata dunia. Dan mungkin kerana kaya dengan sejarah. Sejak dari sekolah aku memang meminati meta pelajaran Sejarah. Untungnya Incik Ammar, kecik2 da sampai sini, siap dapat sijil gitu kerna pernah menjejakkan kaki ke punghujung dunia Asia...













13 Perkara yang Perlu Dijaga oleh Wanita

13 Perkara yang perlu dijaga oleh wanita ...

1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dan semacam hantu loceng – Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan – (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng…sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah ….

3. Wewangian – Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong. (Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.)

4. Dada – Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka. (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.)

5. Gigi – Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya – (Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani) Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

6. Muka dan leher – Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Pakaian yang nipis (jarang) – Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja (Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.)

8. Tangan – Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya. (Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.)

9. Mata – Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya. (Petikan dari Surah An Nur Ayat 31)
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram. (Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.)

10. Mulut (suara) – Janganlah perempuan-perem puan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perka taan yang baik (Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.) Sabda SAW Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, yaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi. (Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.)

11. Kemaluan – Dan katakanlah kepada perempuan-perem puan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka.
(Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.)
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya. (Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.) Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah. (Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.)

12. Pakaian – Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebiha n terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.
(Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu D , An Nasaii dan Ibn Majah.)
Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu , anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali . Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang. Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perem puan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/ membuka bahagian-bahagi an tertentu.

13. Rambut – Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perem puan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya. (Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.)

Riwayat Imran bin Hushain ra.:
Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Sesungguhnya penghuni syurga yang paling sedikit adalah kaum wanita. (Shahih Muslim No.4921)

Friday, December 21, 2012

Customer ComelKu bersama Gugu Swaddle






Diari Kehamilan II : Minggu 35 ~ Moody, tips hilangkan stress


Xda semangat la hari ni... Kena marah dengan boss...

1. Datang lewat 10 minit, boleh plak pagi ni tersaing datang dengan dia. Memang keluar keter je da x sedap hati. Sure kena...

2. Pasal dokumen company yang selalu bermasalah, ni punca bila harga lain-lain, PO lain, sebut harga pun lain. Orang yang last kena bambu sure aku sebab aku yang isu DO. Sedey...

3. Boss da mula sebut pasal aku pergi check up masuk lambat ke office. Nak buat macam mana aku preggy. Kalau aku x preggy pernah plak la masuk lewat atau tak datang. x pernah. Aku lebih suka kerja dari duk umah...

Pepun, inilah dugaan... sabar banyak2...

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah:

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas.

Thursday, December 20, 2012

Vacation Club

Baru-baru ni dapat calling dari Resort Palace of the Golden Horses, seorang pegawai bernama Yasmin menjemput kami datang ke resort untuk mengambil voucherpercutian selama 2 hari 1 malam dan free naik cruise mengelilingi kawasan tasik.

Lepas balik kerja, aku n Mr Hubby rushing ke resort berkenaan sebelum pukul 7.30 malam. Sesampai di sana, memang rasa seronok la macam dapat pi honeymoon, yer la kan kalau ikutkan 10.12.2012 lepas cukup rumahtangga yang dibina berusia 2 tahun.

Suasana yang hening dengan pemandangan yang cantik, apa lagi, kami pun sibuk la memotret kenangan...









Al kisahnya, kalau nak dapatkan free voucher kena join vacation club di resort terbabit dan bukannya Free. Selain itu, kena plak dengar talk dari marketer selama 1 Jam. Hmm hampeh...