Tuesday, January 31, 2012

Dunia dalam Genggamanku...

 Dalam bercuti CNY ni sempat juga meninjau2 bandar KL... Di samping menguruskan hal-hal yang sekian lama terbengkalai, antaranya:

KLMU
Ni kes memang hampir setahun belum setel, sijil degree masih belum di'sign oleh Datuk... konvo bulan 4 2011. Macam mana ni, nak minta keje pun susah terpaksa pakai transcript yang x rasmi. Nasib baik company boleh terima. 

Ada lagi satu kes yang buat aku merana la sebab status permohonan aku kat SPA telah di'KIV kerana kesilapan memasukkan CGPA pointer aku dari 3.0++ jadi 2.71 je... Nasib baik boleh dibetulkan. Hal ni terjadi bila aku buat survey online di MOHE. Tu pun sebab Puan Laila paksa buat, jika tidak x dapat sijil degree, dah isi pun tapi tak dapat juga. Haiya....

Kes ketiga mengenai kolej kesayangan ramai ni, adalah mengenai refund. Ni lagi la kes terbengkalai. Kalau xda orang yang buat, sure mereka senyap bagai tutup buku. cuba anda bayangkan jika sorang student refund hampir RM10K[bukan sikit ok, lepas nak buat downpayment rumah], jika 10 orang, 100 orang... tu yang start ada lagu...

DUNIA DALAM GENGGAMANKU... DUNIA DALAM GENGGAMAN KITA...

Final check refund aku kena tolak hampir RM4K... Oh, tidak!!! Sebab apa ya???
Mula la aku cam cacing kepanasan, sebab apa plak nak tolak, hish da la byk hutang dgn PTPTN. Rupanya kes aku duk hostel la. Memacam dia tolak. Aku datang just fotostat bukti je. Ni punca dari staff KLMU yang jaga hostel sebelum ni x update, aku keluar hostel. so sampai ke 2010 status aku duk hostel aktif. Apa punya olang...

SSM
Kalau nak ikutkan memang lum ada ongkos nak daftar perniagaan tapi bila check kalendar tahun ni, aku sememangnya tiada masa lagi nak ke SSM untuk daftarkan biz on9 aku. 

X lama rupanya nak mendaftar... Nak menjejaki Menara SSM je macam nak tercabut kaki aku. Ke sana ke mari aku naik tren je, malas nak drive masuk KL. Susah. Alhamdulillah setelah menunggu 20 minit, permohonanku berjaya. Tertubuhnya perniagaan atas nama

boleh klik untuk lihat page di FB. Buat sementara barang belum banyak lagi memandangkan baru nak mula. Insya Allah, jika ada suntikan modal, pastinya aku cuba buat yang terbaik untuk tambah ekonomi keluargaku.

PTPTN
Last appointment dengan PTPTN, nak tanya kenapa aku tak pernah dapat surat utk pembayaran pinjaman. Risau aku... Aku check baki last total pinjaman hampir RM70K. Boleh buat beli rumah lelong.

Sekarang dah jadi 2 akaun... Wa bankrap la macam ni. Akaun diploma n ijazah berbeza, so kos pentadbiran naik berlipat kali ganda. Untuk diploma sebulan RM35, untuk degree RM100. 

Kenapa kerajaan buat begini ya. Rugi sungguh aku tak mohon pinjaman MARA, sure pinjaman aku dapat pengurangan 80%. Sedih betul la.

Ada cara ke nak hantar surat pada PM.


MASJID INDIA


Ni part yang paling seronok bila pi KL. syurga beli belah... Dari tren hingga ke masjid India aku berjalan di kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai jenis barangan.


Sempat beli shawl dari kain jenis jeans n shawl biasa untuk dipakai pergi kerja dan beriadah di hujung minggu. 




Murah sangat harga shawl ni, keduanya harga RM12. Sangat teruja tapi kena beringat, money management.

CNY Punya Cerita... TQ Boss...

Punyer la seronok bila dapat cuti sempena Chinese New Year selama seminggu. Agenda utama yang bermain di minda sejak awal, NAK BALIK KAMPUNG...

Yeay... Happy...

Tapi...

Akhirnya cuti yang seminggu itu terbuang begitu sahaja dek kerana Mr Hubby yang tak jadi outstation ke JOHOR. Niat di hati nak tumpang la transport Mr Hubby. Jadi angan-angan je rupanya. Nak balik dengan Little Ammar, x diizinkan pula.

Kupendam sebuah duka...

Ceh... Tak pe la, nak xnak duk umah je la, tanam jagung tepi bibir. Ammar pun ku hantar ke Mak G dia. Nak berehat la xmau tensi2.

Naik keje, hari kedua, wa seronok, aku sampai awal... Sememangnya aku memang orang pertama da tercongok kat office sorang2. Memandangkan nak pi office 10 minit je dari rumah. Dalam pukul 9 pagi, boss masuk...

Wa muka ceria je... Sempat sapa aku lagi...

Morning...

Aku kaku... sebab dok layan FB sebenarnya. pandang dia sekilas n senyum. Dlm hati berdegup gak, ingat officemate yang masuk. Nasib baik x kantoi...

Dalam 10 minit, boss kuar dari bilik, berdiri depan meja aku...

Meza, ni angpau untuk U... Ni surat untuk allowances attendance dan agreement pelantikan sebagai admin exec. Wa seronok... Cam durian runtuh. 

Banyak juga boss buat transform untuk company, kalau dlu memang cam office yang kurang bertauliah la. Sekarang banyak yang boss develop utk improve company. Welldone...

Muka aku muka rezeki kot... sebab officemate cakap sebelum ni memang tiada allowances apa2 pun.

Alhamdulillah... Moga rezekiku kat company ni berpanjangan...

Pas lunch, kena panggil masuk bilik boss...

Cuak giler... Dia dapat tau ke aku buka FB, dia boleh skodeng ke aku buat apa cam kat PJK dlu, aku leh skodeng PC clients. 

Rupanya nak bagi aku hadiah lagi... Sebuah diary siap ada kotak... Seronoknya... Dia cakap dia kesian tengok aku kalau dia panggil nak discuss aku guna recycle A4 yang dilipat 4. Siap pesan, lepas ni tulis dalam diary ya. Jangan guna kertas, ti U terbuang, Terbaik.

Hahaha... Malu juga sebenarnya...

Sebab utama boss panggil aku nak tanya macam mana performance aku sepanjang hampir sebulan keje. Dpt catch up x keje2 sume n dia tanya pendapat aku macam mana dia nak buat tuk improve company management. Aku explain kat dia skop keje aku selama sebulan then apa masalah aku hadapi, kebanyakan yang aku terangkan, dia cakap tu bukan skop kerja aku, tu orang lain punya kerja.

I hired U budak U kerja dengan I untuk tolong I how to improve management system and bla bla bla... Lepas ni U just buat keje berdasarkan apa yang I minta senior ajar U n ikut skop kerja U saja. Ok??? [means kerja aku tak banyak la, aku pi buat kerja orang sebelum ni]


Sebelum keluar, aku ada cadangkan sistem terbaru yang menjimatkan masa dan tenaga. Sebab sistem yang dia guna sebelum ni byk buang masa kena buat kerja 2x n x efektif. Cadanganku diterima. Alhamdulillah. Seronok berbincang sampai x sedar nak dekat balik...

Ok Boss... Thanks Boss...

Wednesday, January 25, 2012

Yeay... Saya Seorang Pekerja...

Hampir setahun menyorok dalam kubu... Otak kurang berkembang... Idea semakin tumpul... Kurang berjumpa orang...

Akhirnya 9 Januari 2012 merubah segala kehidupanku...

Aku diterima bekerja di salah satu syarikat luar negara bercawangan di Malaysia sebagai eksekutif pentadbiran. Aku di'interview oleh bos berbangsa Cina yang sangat funny... Maksud aku boleh bawa bergurau... Muka dia cam Japanese sikit... 

Awal2 da buat lawak... Masa di'interview... aku tanya la pe jawatan dia dalam company ni... 

Dengan muka slumber dia bagitau dia GM, kerani am... Esok kalau aku start datang kerja, aku akan nampak dia cuci toilet n mop lantai... Aku sengih je... Memang xtau pe jawatan dia pun tapi mesti tinggi kot sebab dia yang interview aku. Masa nak balik dia bagi aku bisnes card dia, time tu x check lg. sampai la rumah, baru membelek-belek kad bos... Alkisah, rupanya dia Director kat company ni...

Alhamdulillah, permulaan yang baik... Bos yang amat disenangi... 

Hari pertama bekerja...

Datang awal tu, dalam pukul 8.10 dah tercangak kat office, semangat la konon... Sebelum pergi, Mr Hubby sempat bertanya, bersemangat ke takut hari ini...

Aku jawap mudah, aku x rasa takut... tapi rasa tenang je... Cuma perkara yang bermain-main kat kepala, pasal anak kesayanga aku... Yer la baru hari ini berpisah dengan dia... Sure akan rindu...

Sampai office ada seorang amoi yang cantik menyapa... Morning...

Morning, jawapku ringkas...

Dia bukakan pintu office aku, dan dia suruh aku duduk di kerusi yang kosong. Aku pun duduk je mana-mana tempat... Canggung juga rasanya...

Hari pertama bekerja, aku cuba elakkan membuat kesalahan... Aku berkenalan dengan rakan sekerja ku dari department yang sama, Mrs Kary yang amat comel... Aku suka gaya rambutnya... Membuatkan mukanya nampak cute... Rambut tuk Chinese New Year kot...

Dia ajar aku dari A-Z berkaitan invoice untuk hari pertamaku... memang seronok... Ni la kerja yang aku minat... X rasa tension pun... 


Staff semua berbangsa Chinese, hanya aku dan lorry driver je yang Malay.

Balik pukul 5.30 petang setiap hari. X sabar nak jemput Ammar. seharian di office, aku rasa cam nak nangis bila ingat kat dia... Tengah hari masa rehat pun sempat jenguk dia... Takut dia nangis atau x selesa...

Tapi pengasuh bagitau dia xda apa masalah. Nangis tu biasalah. Alhamdulillah, pengasuh Ammar pun lembut orangnya... Ada pengalaman hampir 5 tahun menjaga bayi dan kanak-kanak...

salah satu azam tahun 2012 telah tercapai...

Kisah Bidding Baju Baby di FB....

Wah, jangan ingat lelong jer ada buat bidding... di FB pun da mula bidding baju baby coz seller nak clearance stok... Starting price bukan lah RM1 macam lelong tapi mungkin start dari harga borong seller amik dari pemborong. so laku juga la jualan kan... Strategi niaga...

Aku ada minat kat satu set romper n seluar tapi tuk baby 24month [saiz baju ni yang aku x perasan]. Harga starting RM20, retail price RM36 menurut seller la... Baju ni brand Carter. tempoh bidding ni pada 19 Januari 2012 dari 4pm - 9pm 20 Januari 2012. So semua pembida da letak harga masing-masing. Lewat petang dalam pukul 6 aku ada bid, aku terus la letak harga RM20, sebelum ni pembida last letak harga RM18. Sebab suka sgt dgn baju ni...

Tapi nak bid ada term & condition, ok...

Terms & Conditions:

1. To bid, a bidder must be a fan of page. LIKE us to be eligible!

2. Starting price is stated in photo's description. Minimum bid is RM1.00, and must be in whole RM. 

3. All bidding must be done within the specific time frame given. Each item has its own bidding time frame. Any bidding after the bidding ends will be disqualified. 

4. Bidding price does not include postage charge. Postage charge will be borne by winning bidder. standard postage charge applies. If a bidder won more than 1 item, we will revise the invoice for combine shipping when the bidding session ends. If you have paid more than the total amount, balance will be returned.

5. Upon winning an item, we will verify that the winner is a fan of page  If we found that the winner isn't a fan, the winning is automatically voided and the highest bidder before will be selected as winner. 

6. No cancellation and withdrawal from purchase & payment once you have successfully won the item, or your name will be blacklisted from any future purchases at page X



7. Winners will be contacted via PM for payment instruction and delivery details. Payment for the bid item must be paid within 2 working days from the date instruction is received. 


Keesokannya, aku tengok aku PEMENANG bagi baju ni... Suka sangat la, tapi bila teliti balik rupanya baju ni terlalu besar tuk Ammar, xkan nak simpan lama nak tunggu dia 2 tahun... aiyoooo....

So pe lagi private message la dengan seller... 

Aku: salam sis, i tak jadi ambil la sbb x perasan baju ni tuk 24month, baby sy br 4 bulan. maaf sangat2...


Seller : Naper tak baca details sbelum biding? Sekarang ni orang dah tahu awak menang, tetiba sy inform orang sebelum awak tu yg dia pulak yg dapat sbb awak cancel. Kiranya klu dia nak cancel nanti pun bolehlah kan, sbb sy bagi awak cancel, naper dia tak boleh pulak, betul tak? Kalau macam tu SEMUA ORANG BOLEH CANCEL KAN?? Ada sebab kenapa peraturan tu diwujudkan, bukan sesuka hati je, supaya process dapat berjalan dengan lancar, takde salah paham, takde yg rasa sy pilih kasih apa ke.


[ surely aku tak baca pun T&C sbb aku tak tau dia letak kat mana. Sebab aku just tengok pic baju tu sahaja. tak tengok keseluruhan album. Kan x pasal kena tiow dengan orang. yang paling best actually aku tak LIKE pun page seller ni... Pas sibuk dia bising, aku mula la mencari T&C... Dalam salah satu term dia kalau bukan fans page dia, bidaan aku tak dikira dan automatically aku ni x layak pun... Yang aku pelik dalam term dia cakap, dia akan check pemenang sama ada dia fans x. Mean, dia x check pun...]


Aku : mmg saiz xda saiz kecik ke? 


Seller Yang ada pun size 18m ltinggal. Ni semua last kopek punya items, sy lelong sbb nak clearkan stock 


Aku : amik yang 18 month tu la, warna sama kan? bila blh pos. nape kejap je u tukar winner? ni mcm mana kes? i sanggup nk bank in? kata x boleh cancel td sis, so mcm mana ni?


[lama juga mesej aku terbiar lama, aku check kat gambar balik, tetiba nama aku dah ditukar dengan pembida sebelum aku... Cam bengang plak kan. bukan aku tak nak baju tu...aku cakap x jadi bukan betul nak cancel pun, seller pulak blh bagitahu ada size lain, cam bg peluang utk aku tanya boleh tukar x... tetibe seller balas msg aku dengan ayat yang menyakitkan hati gak la . Bukan ni 1st time aku bid barang. n aku tahu yang aku takkan dapat nyer baju yang sama tp size 18 month tu.. Otak aku fikir seller ni cecepat tukar orang takut barang dia tetibe x laku kot atau akan ada org bersuara. BUKAN AKU TAK NAK BARANG KO, hatiku berkata-kata]


Seller : Macam nilah sy ingat tak payah lah awak ambik size 18m tu. Message yg sy nak cuba sampaikan pada awak ialah, item yg sy letak untuk bidding tu size 24m, bukan size 18m. Awak menang lepas tu awak cancel, jadi orang lain pun tahu diaorang pun boleh cancel nanti. Klu sy tak bagi orang lain cancel, nanti ada yg complain sy tak adil. Bididng ni bukan boleh mintak sesuka hati size apa yg awak nak. Awak bid size 24m tu so by right awak kena ambik size yg tu. Dah awak taknak size tu, dah lah. Sy malas nak citer panjang lagi. Sy cuma reply awal2 tadi sbb nak ingatkan awak, esok2 kat orang lain jgn buat macam ni, susah seller.

Zassssssssss... Mula PANAS...


Aku balas : oklah camtu, pasni kena tambah t&c: no tukar saiz, sy xtahu. sis kena bagitahu la xleh tukar saiz. kena amik saiz 24mon juga, n jgn bagitahu customer ada saiz lain bila ada yg nak cancel... kalau saya x blh minta sesuka hati, jgn bagi customer peluang dan harapan dengan beritahu ada saiz lain. 

Upon winning an item, we will verify that the winner is a fan of page. If we found that the winner isn't a fan, the winning is automatically voided and the highest bidder before will be selected as winner. 

- saya blm jd FANS lagi page sis. so bid sy terbatal n x sah kan? 

6. No cancellation and withdrawal from purchase & payment once you have successfully won the item, or your name will be blacklisted from any future purchases at page

terpulg pada sis, nak blacklisted kan saya. sy mmg nak baju tu tp cam terkena plak bila jadi camni, satu kesalahfahaman. pls jangan bagi harapan untuk tukar saiz pada customer lain ye sis, kena terus terang bagitahu awak hanya dapat baju yang seperti awak bid. maaf banyak2 ye sis...



[ni mesej last aku buat seller yang TERBAIK...]

X lama lepas tu maybe malam kot... tetibe seller ni pm aku kat FB tuh....

Seller Cuba Salmeza bacak page ni, tengok apa ada customer to ckp. Sbb tu cancellation tak dibenarkan. Klu sy tukar size kat page tu letak size 18m dan awak sebagai pemanang sbb awak nak tukar size, customer tu akan tanya, kenapa mlm tadi size lain, hari ni size lain. 
* baca
Awak yg sesuka hati nak cancel, nak tukar size, sy yg kena jawab kat bidders lain. Sy tak letak terms tak boleh tukar size, sbb orang semua tahu, klu bidding, awak bidding barang apa yg tertera, mengikut size, warna & design, bukan bid size lain, mintak size lain. Orang tak buat macam tu


????????

Cam pelik... Salah aku ke??? Bukan dia yang men'cancel'kan secara automatik... Sebab apa orang suka jual/beli barang kat FB... Sebab ada budi bicara... Boleh bertanya dengan seller. 

Customer always RIGHT... Kena jaga hati customer walau FUSSY mana pun. Aku pun SERIOUS nak... Kalau tak, tak hingin aku nak bid tinggi harga...

Dalam marah2 sibuk gak meninjau pe customer lain tu cakap... Sekali lagi, kata-kata SELLER ni menyakitkan hati...

Bidder lain :  aik... Last nite rsenye dah closekn..? Then org lain yg dpt.. But y tdy org lain plak...?

Seller :  tu lah susahnya klu orang tak ikut peraturan...

Bidder lain : erm... If i tau mcm ni mlm tdi i add lg... Hurm...

Seller : Sorry lah ya Sy cuba sedaya upaya memastikan auction ni berjalan secara adil. Maka sy sediakan terma dan syarat. Tapi tulah kan, sikap sesetengah orang kita tak dapat nak control. Anyway, auction ni memang tutup pada waktunya, sy takde extend pun. Cuma yg menang tu disqualified, so last bidder sebelum tu yg akan dapat, dalam kes ni Pn. N

So guys, apa pendapat korang??? Aku just nak pesan tuk kawan - kawan, hati-hatilah, aku just nak share pengalaman. Siapa makan cili terasa la pedasnya...

Tuk seller tu : x kisah la nak blacklisted aku pun... tapi jagalah hati customer...

Aku bid kat lelong LAPTOP tuk Ammar dengan harga RM1, Seller memang terbaik n boleh bawa runding... aku buat payment lambat pun still boleh terima... Macam x percaya boleh menang bid dengan harga RM1... Agaknya seller n supplier berbangsa Chinese memang peniaga terbaik dalam Malaysia ni... boleh runding dan sungguh memahami... I like...


Saturday, January 7, 2012

Incik Ammar 3 bulan - Berseronok di Melaka dengan Agoda

Little Ammar
Da lama rasanya tak pi bercuti setelah bersalin. Memandangkan Little Ammar da 3 bulan, so Mr Hubby merancang menghabiskan cuti tahunan 2011 bercuti ke Melaka. Tapi kebiasaannya bila hujung tahun, sure mahal kos penginapan. Untuk menjimatkan kos, so try book online dengan AGODA, laman web www.agoda.com.

Bila hujung tahun sure peak season, so kami putuskan book Hotel Straits Meridian, bayaran RM150 utk 1 malam beserta sarapan pagi. Bilik apartment disediakan. Memang selesa tetapi perabot dalam bilik agak lama. 

Ruang tamu
Bilik tidur
Swimming Pool

JALAN-JALAN BANDAR MELAKA






Seronok bawa Ammar berjalan, dia da x penangis. Dia diam je tengok sekeliling.

Friday, January 6, 2012

Azam Tahun Baru

2012

Setiap kali masuk je tahun baru, mesti semangat pun kena baru... Azam harus ada... 

Bangun tidur, muka ceria je... Ye lah kan da tersemat apa yang nak dicapai tuk tahun ni... Antaranya:

1. Aku nak turunkan berat badan cam masa anak dara...
 Target 45kg... Skrg berat da overdos 55kg. Ye lah kan org baru pas bersalin, camtu la... Bek2 body slim, jd cam tong... Sedih & tension bila fikir. Nak cari baju n seluar amatlah susah... Dulu saiz XS now terpaksa pakai saiz L.

2. Berkerjalah kita...
Harus... kena ubah ekonomi keluarga... Walaupun sebelum ni aku x keje, tp ada wat bisnes sampingan. Ada la duit masyuk sikit2... Kena berdikari, anything happens di masa akn datang kita x tau. So kena sediakan payung sebelum hujan...

Semalam pi interview, alhamdulillah trus diterima untuk mula bekerja pada hari Isnin ni 9/1/12. Boss memg tolerate orangnya. Lebih byk minta opinion aku sebelum buat keputusan tuk salary n apa kerja yang akan aku buat. X memaksa. Semoga aku boleh berjaya.

3. Rumah
Ini pun salah satu yang amat penting dalam kehidupan... Tempat berteduh... Harga rumah makin mahal, thats y selalu kena survey. Cuba cari rumah yang selesa dgn harga yang berpatutan.

4. Impian Mr Hubby
Hubby punya impian tuk memiliki superbike. Bila lalu depan kedai Bikerz sure dia tengok je dari jauh. Hanya kata-kata yang menyedapkan hati keluar. Insya Allah, jika habis hutang kereta, ada rezeki kita beli 1 je, Hubby.


5. Pengasuh Little Ammar
Ini yang buat aku x tidur malam memikirkan siapa yang akan jaga Ammar. Risau hati... tapi syukur ke hadrat Ilahi, semalam mas acari-cari pengasuh, Mummy bagitau ada jiran dia tuk jaga Ammar. Memang da lebih dari 3 tahun jadi pengasuh. Kesian anak mama... Rasa x sampai hati nak tinggalkan dia... Tp nak buat macam mana. Ini yang aku mahukan. So hati, kuatlah ye.