Tuesday, January 31, 2012

Dunia dalam Genggamanku...

 Dalam bercuti CNY ni sempat juga meninjau2 bandar KL... Di samping menguruskan hal-hal yang sekian lama terbengkalai, antaranya:

KLMU
Ni kes memang hampir setahun belum setel, sijil degree masih belum di'sign oleh Datuk... konvo bulan 4 2011. Macam mana ni, nak minta keje pun susah terpaksa pakai transcript yang x rasmi. Nasib baik company boleh terima. 

Ada lagi satu kes yang buat aku merana la sebab status permohonan aku kat SPA telah di'KIV kerana kesilapan memasukkan CGPA pointer aku dari 3.0++ jadi 2.71 je... Nasib baik boleh dibetulkan. Hal ni terjadi bila aku buat survey online di MOHE. Tu pun sebab Puan Laila paksa buat, jika tidak x dapat sijil degree, dah isi pun tapi tak dapat juga. Haiya....

Kes ketiga mengenai kolej kesayangan ramai ni, adalah mengenai refund. Ni lagi la kes terbengkalai. Kalau xda orang yang buat, sure mereka senyap bagai tutup buku. cuba anda bayangkan jika sorang student refund hampir RM10K[bukan sikit ok, lepas nak buat downpayment rumah], jika 10 orang, 100 orang... tu yang start ada lagu...

DUNIA DALAM GENGGAMANKU... DUNIA DALAM GENGGAMAN KITA...

Final check refund aku kena tolak hampir RM4K... Oh, tidak!!! Sebab apa ya???
Mula la aku cam cacing kepanasan, sebab apa plak nak tolak, hish da la byk hutang dgn PTPTN. Rupanya kes aku duk hostel la. Memacam dia tolak. Aku datang just fotostat bukti je. Ni punca dari staff KLMU yang jaga hostel sebelum ni x update, aku keluar hostel. so sampai ke 2010 status aku duk hostel aktif. Apa punya olang...

SSM
Kalau nak ikutkan memang lum ada ongkos nak daftar perniagaan tapi bila check kalendar tahun ni, aku sememangnya tiada masa lagi nak ke SSM untuk daftarkan biz on9 aku. 

X lama rupanya nak mendaftar... Nak menjejaki Menara SSM je macam nak tercabut kaki aku. Ke sana ke mari aku naik tren je, malas nak drive masuk KL. Susah. Alhamdulillah setelah menunggu 20 minit, permohonanku berjaya. Tertubuhnya perniagaan atas nama

boleh klik untuk lihat page di FB. Buat sementara barang belum banyak lagi memandangkan baru nak mula. Insya Allah, jika ada suntikan modal, pastinya aku cuba buat yang terbaik untuk tambah ekonomi keluargaku.

PTPTN
Last appointment dengan PTPTN, nak tanya kenapa aku tak pernah dapat surat utk pembayaran pinjaman. Risau aku... Aku check baki last total pinjaman hampir RM70K. Boleh buat beli rumah lelong.

Sekarang dah jadi 2 akaun... Wa bankrap la macam ni. Akaun diploma n ijazah berbeza, so kos pentadbiran naik berlipat kali ganda. Untuk diploma sebulan RM35, untuk degree RM100. 

Kenapa kerajaan buat begini ya. Rugi sungguh aku tak mohon pinjaman MARA, sure pinjaman aku dapat pengurangan 80%. Sedih betul la.

Ada cara ke nak hantar surat pada PM.


MASJID INDIA


Ni part yang paling seronok bila pi KL. syurga beli belah... Dari tren hingga ke masjid India aku berjalan di kedai-kedai kecil yang menjual pelbagai jenis barangan.


Sempat beli shawl dari kain jenis jeans n shawl biasa untuk dipakai pergi kerja dan beriadah di hujung minggu. 




Murah sangat harga shawl ni, keduanya harga RM12. Sangat teruja tapi kena beringat, money management.

No comments:

Post a Comment