Wednesday, January 25, 2012

Kisah Bidding Baju Baby di FB....

Wah, jangan ingat lelong jer ada buat bidding... di FB pun da mula bidding baju baby coz seller nak clearance stok... Starting price bukan lah RM1 macam lelong tapi mungkin start dari harga borong seller amik dari pemborong. so laku juga la jualan kan... Strategi niaga...

Aku ada minat kat satu set romper n seluar tapi tuk baby 24month [saiz baju ni yang aku x perasan]. Harga starting RM20, retail price RM36 menurut seller la... Baju ni brand Carter. tempoh bidding ni pada 19 Januari 2012 dari 4pm - 9pm 20 Januari 2012. So semua pembida da letak harga masing-masing. Lewat petang dalam pukul 6 aku ada bid, aku terus la letak harga RM20, sebelum ni pembida last letak harga RM18. Sebab suka sgt dgn baju ni...

Tapi nak bid ada term & condition, ok...

Terms & Conditions:

1. To bid, a bidder must be a fan of page. LIKE us to be eligible!

2. Starting price is stated in photo's description. Minimum bid is RM1.00, and must be in whole RM. 

3. All bidding must be done within the specific time frame given. Each item has its own bidding time frame. Any bidding after the bidding ends will be disqualified. 

4. Bidding price does not include postage charge. Postage charge will be borne by winning bidder. standard postage charge applies. If a bidder won more than 1 item, we will revise the invoice for combine shipping when the bidding session ends. If you have paid more than the total amount, balance will be returned.

5. Upon winning an item, we will verify that the winner is a fan of page  If we found that the winner isn't a fan, the winning is automatically voided and the highest bidder before will be selected as winner. 

6. No cancellation and withdrawal from purchase & payment once you have successfully won the item, or your name will be blacklisted from any future purchases at page X



7. Winners will be contacted via PM for payment instruction and delivery details. Payment for the bid item must be paid within 2 working days from the date instruction is received. 


Keesokannya, aku tengok aku PEMENANG bagi baju ni... Suka sangat la, tapi bila teliti balik rupanya baju ni terlalu besar tuk Ammar, xkan nak simpan lama nak tunggu dia 2 tahun... aiyoooo....

So pe lagi private message la dengan seller... 

Aku: salam sis, i tak jadi ambil la sbb x perasan baju ni tuk 24month, baby sy br 4 bulan. maaf sangat2...


Seller : Naper tak baca details sbelum biding? Sekarang ni orang dah tahu awak menang, tetiba sy inform orang sebelum awak tu yg dia pulak yg dapat sbb awak cancel. Kiranya klu dia nak cancel nanti pun bolehlah kan, sbb sy bagi awak cancel, naper dia tak boleh pulak, betul tak? Kalau macam tu SEMUA ORANG BOLEH CANCEL KAN?? Ada sebab kenapa peraturan tu diwujudkan, bukan sesuka hati je, supaya process dapat berjalan dengan lancar, takde salah paham, takde yg rasa sy pilih kasih apa ke.


[ surely aku tak baca pun T&C sbb aku tak tau dia letak kat mana. Sebab aku just tengok pic baju tu sahaja. tak tengok keseluruhan album. Kan x pasal kena tiow dengan orang. yang paling best actually aku tak LIKE pun page seller ni... Pas sibuk dia bising, aku mula la mencari T&C... Dalam salah satu term dia kalau bukan fans page dia, bidaan aku tak dikira dan automatically aku ni x layak pun... Yang aku pelik dalam term dia cakap, dia akan check pemenang sama ada dia fans x. Mean, dia x check pun...]


Aku : mmg saiz xda saiz kecik ke? 


Seller Yang ada pun size 18m ltinggal. Ni semua last kopek punya items, sy lelong sbb nak clearkan stock 


Aku : amik yang 18 month tu la, warna sama kan? bila blh pos. nape kejap je u tukar winner? ni mcm mana kes? i sanggup nk bank in? kata x boleh cancel td sis, so mcm mana ni?


[lama juga mesej aku terbiar lama, aku check kat gambar balik, tetiba nama aku dah ditukar dengan pembida sebelum aku... Cam bengang plak kan. bukan aku tak nak baju tu...aku cakap x jadi bukan betul nak cancel pun, seller pulak blh bagitahu ada size lain, cam bg peluang utk aku tanya boleh tukar x... tetibe seller balas msg aku dengan ayat yang menyakitkan hati gak la . Bukan ni 1st time aku bid barang. n aku tahu yang aku takkan dapat nyer baju yang sama tp size 18 month tu.. Otak aku fikir seller ni cecepat tukar orang takut barang dia tetibe x laku kot atau akan ada org bersuara. BUKAN AKU TAK NAK BARANG KO, hatiku berkata-kata]


Seller : Macam nilah sy ingat tak payah lah awak ambik size 18m tu. Message yg sy nak cuba sampaikan pada awak ialah, item yg sy letak untuk bidding tu size 24m, bukan size 18m. Awak menang lepas tu awak cancel, jadi orang lain pun tahu diaorang pun boleh cancel nanti. Klu sy tak bagi orang lain cancel, nanti ada yg complain sy tak adil. Bididng ni bukan boleh mintak sesuka hati size apa yg awak nak. Awak bid size 24m tu so by right awak kena ambik size yg tu. Dah awak taknak size tu, dah lah. Sy malas nak citer panjang lagi. Sy cuma reply awal2 tadi sbb nak ingatkan awak, esok2 kat orang lain jgn buat macam ni, susah seller.

Zassssssssss... Mula PANAS...


Aku balas : oklah camtu, pasni kena tambah t&c: no tukar saiz, sy xtahu. sis kena bagitahu la xleh tukar saiz. kena amik saiz 24mon juga, n jgn bagitahu customer ada saiz lain bila ada yg nak cancel... kalau saya x blh minta sesuka hati, jgn bagi customer peluang dan harapan dengan beritahu ada saiz lain. 

Upon winning an item, we will verify that the winner is a fan of page. If we found that the winner isn't a fan, the winning is automatically voided and the highest bidder before will be selected as winner. 

- saya blm jd FANS lagi page sis. so bid sy terbatal n x sah kan? 

6. No cancellation and withdrawal from purchase & payment once you have successfully won the item, or your name will be blacklisted from any future purchases at page

terpulg pada sis, nak blacklisted kan saya. sy mmg nak baju tu tp cam terkena plak bila jadi camni, satu kesalahfahaman. pls jangan bagi harapan untuk tukar saiz pada customer lain ye sis, kena terus terang bagitahu awak hanya dapat baju yang seperti awak bid. maaf banyak2 ye sis...



[ni mesej last aku buat seller yang TERBAIK...]

X lama lepas tu maybe malam kot... tetibe seller ni pm aku kat FB tuh....

Seller Cuba Salmeza bacak page ni, tengok apa ada customer to ckp. Sbb tu cancellation tak dibenarkan. Klu sy tukar size kat page tu letak size 18m dan awak sebagai pemanang sbb awak nak tukar size, customer tu akan tanya, kenapa mlm tadi size lain, hari ni size lain. 
* baca
Awak yg sesuka hati nak cancel, nak tukar size, sy yg kena jawab kat bidders lain. Sy tak letak terms tak boleh tukar size, sbb orang semua tahu, klu bidding, awak bidding barang apa yg tertera, mengikut size, warna & design, bukan bid size lain, mintak size lain. Orang tak buat macam tu


????????

Cam pelik... Salah aku ke??? Bukan dia yang men'cancel'kan secara automatik... Sebab apa orang suka jual/beli barang kat FB... Sebab ada budi bicara... Boleh bertanya dengan seller. 

Customer always RIGHT... Kena jaga hati customer walau FUSSY mana pun. Aku pun SERIOUS nak... Kalau tak, tak hingin aku nak bid tinggi harga...

Dalam marah2 sibuk gak meninjau pe customer lain tu cakap... Sekali lagi, kata-kata SELLER ni menyakitkan hati...

Bidder lain :  aik... Last nite rsenye dah closekn..? Then org lain yg dpt.. But y tdy org lain plak...?

Seller :  tu lah susahnya klu orang tak ikut peraturan...

Bidder lain : erm... If i tau mcm ni mlm tdi i add lg... Hurm...

Seller : Sorry lah ya Sy cuba sedaya upaya memastikan auction ni berjalan secara adil. Maka sy sediakan terma dan syarat. Tapi tulah kan, sikap sesetengah orang kita tak dapat nak control. Anyway, auction ni memang tutup pada waktunya, sy takde extend pun. Cuma yg menang tu disqualified, so last bidder sebelum tu yg akan dapat, dalam kes ni Pn. N

So guys, apa pendapat korang??? Aku just nak pesan tuk kawan - kawan, hati-hatilah, aku just nak share pengalaman. Siapa makan cili terasa la pedasnya...

Tuk seller tu : x kisah la nak blacklisted aku pun... tapi jagalah hati customer...

Aku bid kat lelong LAPTOP tuk Ammar dengan harga RM1, Seller memang terbaik n boleh bawa runding... aku buat payment lambat pun still boleh terima... Macam x percaya boleh menang bid dengan harga RM1... Agaknya seller n supplier berbangsa Chinese memang peniaga terbaik dalam Malaysia ni... boleh runding dan sungguh memahami... I like...


No comments:

Post a Comment