Tuesday, February 21, 2012

ADUAN KPDNKK

Akhirnya setelah 1 tahun 2 bulan, aku dah tak dapat nak tahan kesabaran... Minggu lepas 8 Febuari 2012, aku buat aduan di KPDNKK mengenai kes Penipuan Perkhidmatan Photografi Perkahwinan. Banyak masa telahku berikan untuk berunding dan mencari jalan penyelesaian tapi tiada respon yang positif diterima.

Aduan Pertama
Mengikut prosedur yang disarankan sebelum nak buat aduan ke KPDNKK, pada 28 Julai 2011, aku buat aduan di NCCC (Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional). Segala maklumat mengenai penipuan aku coretkan di ruang laman sesawang E aduan. Tetapi pihak NCCC hanya menelefon sekali sahaja untuk mengesahkan aduan aku, kemudian sepi...

Lama menunggu tiada berita kunjung tiba...
Aduan Kedua
Susulan dari aduan di NCCC, aku teruskan pejuangan aku dan sekali lagi aku buat aduan terus ke website KPDNKK - E Aduan . Da x sanggup menunggu. Anak pun da lahir, 1 album kahwin pun takda. Coretan yang ku adu sama dengan yang ku taip di website NCCC. Tapi bukanlah sembrono je ye... Aku baca dulu terma dan syarat serta contoh2 aduan yang telah dibuat. Bila dah betul2 yakin, barulah aku isi segala ruang kosong yang terdapat dalam borang online tu. Anda boleh semak aduan yang dibuat dan segalan info terbaru sama ada kes sedang disiasat di KPDNKK daerah kes berlaku dan pegawai mana yang buat siasatan.

Dalam kes aku ni, 2 hari lepas aku buat aduan, aku menerima panggilan telefon daripada KPDNKK Daerah Segamat, dan pegawai yang terlibat bernama En. Sabri Aziz. Dia yg akan membantu aku dan pihak suami untuk berunding dengan photografi sama ada untuk mendapatkan ganti rugi atau meneruskan perkhidmatan dan menambah duit untuk mendapatkan album.

Aku harap sangat En Sabri dapat membantu untuk selesaikan masalah ini dengan adil. 



Ni dah geram tahap dewa. Tu yang nekad je buat aduan sebab aku di pihak yang BENAR dan aku ada HAK sebagai PENGGUNA dalam negara MALAYSIA. Di sini aku nak share sikit info berdasarkan pengalaman sebagai tips buat teman-teman khususnya warga SEGAMAT:

TIPS MEMILIH JURUGAMBAR 

1. Haruslah mengenali latar belakang photographer secara details; NAMA SEBENAR, IC NO, ALAMAT TEMPAT KEDIAMAN, ALAMAT TEMPAT KERJA (kalau setakat tahu laman sosial facebook mereka, jangan mudah percaya).

2. Masa discussion jangan hanya mendengar janji-janji manis dan kata mesra, tapi selidik dan buat perbandingan dari segi pakej dan harga yang photografi lain. 

3. Jangan terus booking pada pertemuan kali pertama dan bayar deposit lebih daripada RM200 ke atas kalau anda merasa ragu-ragu.

4. Sebaiknya buat satu perjanjian bertulis hitam putih yang menyatakan mengenai bila anda akan mendapat album atau sebagainya daripada mereka selewatnya.

Contohnya kalau 3 bulan selepas majlis perkahwinan berjalan, catatkan dalam perjanjian mengenai tempoh. Dan seharusnya bawalah seorang yang anda percayai untuk menjadi saksi, seperti bapa atau abang. Dan perjanjian itu haruslah disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Kerana sekiranya berlaku seperti kes saya, anda ada dokumen penting yang boleh dijadikan bukti sekiranya kes anda tidak boleh diselesaikan secara baik dan perlukan perkhidmatan Mahkamah setalah membuat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna.

Berhati-hati ye...


No comments:

Post a Comment