Wednesday, February 15, 2012

Bayi 3 bulan ada simptom Asma


Apa perasaan anda bila melihat bayi anda sukar bernafas disebabkan batuk dan selsema? Pastinya ada riak risau terpancar di muka.

Cerita ini berdasarkan pengalaman saya membesarkan putera kecil kesayangan saya.

Pernafasan anak saya bunyi berdehit-dehit. Adakah dia menghidap asma? 

Anda mungkin bimbang apabila mendengar bayi anda bunyi berdehit, tetapi kemungkinannya itu bukan asma. Kebanyakan bayi dan anak kecil berdehit apabila menghidap infeksi trakus respiratori atas atau selesema. 



Asma, di sebaliknya, adalah keradangan tiub respiratori kecil (bronkiol) paru-paru. Jika bunyi berdehit itu berlaku dengan kerap tanpa kehadiran selesema, tanyalah pendapat doktor anda. 

Bagi bayi, saluran udara adalah tersangat kecil dan ini boleh menyebabkan bunyi berdehit yang sebenarnya bukan asma. Bunyi berdehit sememangnya sering berlaku semasa masa usia awal bayi, dan selagi dehitan itu tidak berlanjutan selepas usia tiga tahun, kebanyakan doktor berpendapat bahawa anda seharusnya tidak usah bimbang. 

Doktor hanya boleh membuat diagnosis asma dengan yakin apabila mereka dapat melihat satu pola simptom bagi satu jangka masa yang agak panjang. 


Start je nurse di klinik menekup hidung Ammar dengan alat, dia menangis kuat. Saya pun rasa macam nak menangis x sampai hati. 

Apa yang menyebabkan asma? 

Asma bagi kebanyakan kanak-kanak dan dewasa adalah reaksi terhadap pemicu tertentu - selalunya asap tembakau, bulu haiwan kesayangan, spora kulat, kutu habuk, atau debunga (walaupun infeksi respiratori dan bersenaman dalam udara sejuk boleh juga mencetuskan serangan). 



Sama seperti jenis-jenis alergi lain, pemicunya merangsangkan antibodi IgE untuk mengeluarkan histamina dan lain-lain bahan pengantara kimia. Kimia-kimia yang dikeluarkan oleh antibodi mengembungkan lapisan paru-paru dan mengetatkan otot-otot saluran udara, dan ianya juga mula mengeluarkan mukus. 


Apakah faktor-faktor risiko asma? 

Bayi yang tinggal dengan ibu atau bapa yang merokok lebih berkemungkinan berdehit-dehit jika dibandingkan dengan bayi yang tinggal dalam rumah yang tidak mengandungi asap rokok. 



Genetik juga memainkan peranan. Kanak-kanak yang mempunyai ibubapa yang menghidap asma lazim mewarisi kecenderungan untuk mendapat asma, dan penyakit itu akan berkembang dengan lebih cepat bagi kanak-kanak ini daripada kanak-kanak yang tidak mempunyai asma dalam keluarga. 

No comments:

Post a Comment