Wednesday, February 22, 2012

Perkembangan Bayi : Ammar 5 Bulan

Alhamdulillah, syukur, Ammar dah 5 bulan... Pagi tadi pi check up bulanan untuk suntikan dos 3 serangkai DTaP , Hib dan IPV. Aku pun x sure nama panjang suntikan ini.

Jika sebelum ni setiap kali temu janji aku ditemani Mr hubby, tapi untuk kali ini aku hanya pi berdua dengan Ammar. risau juga sekiranya x dapat nak handle. 

Dari rumah, jam menunjukkan pukul 7.30 pagi, memang kelam kabut. Ammar ku letakkan di car seat, dia senyap je main rattle. So aku pun jadi x panik nak drive memasuki kawasan perkampungan orang asli di Pulau Meranti. Sampai je klinik, orang dah ramai beratur di luar. Alamak sure lambat punya. Dengan pantas keluarkan stroller dari bonet, dan letakkan Ammar, beg diaper n warmer beg. Laju je jalan n ikut beratur. Bahagian depan sume wanita hamil. So ada la peluang tuk dapat cepat perkhidmatan sebab bahagian kanak-kanak hanya Ammar sorang. 

Time tu dah jam 8 pagi, kena pulak beratur kat dalam... so Ammar aku letak di satu corner yang boleh nampak sementara aku amik no. Harap2 xda apa yang berlaku masa ku tinggalkan Ammar. Memang anak Mama ni baik, senyap je. X nangis lagi walau kena tinggal, da pandai berdikari.

Melayan perasaan

Tidur la kejap

9.40 pagi...

Muhammad Ammar Raziq... baru nama dipanggil...

Hampir 2 jam menunggu gak... Ammar sempat main - tidur - main balik - kena cubit pipi dia dgn sorang girl umur dalam 1 tahun. Napa la suke cubit-cubit. Nasib baik Ammar tak menangis walaupun dia cubit cam mengerunkan juga...

Bila kena check... Berat dan panjang diambil, 6.6kg n 61cm... X naik pun panjangnya... So graf mendatar. Pastu kena masuk bilik untuk check fizikal - kawalan kepala (boleh mengangkat kepala bila ditarik tangan ketika baring), meniarap dan telentang, genggam objek, pergerakkan mata bila objek digerakkan, dan tindak balas pada bunyi di persekitaran. 

Semua ujian Little Ammar lepas... Anak Mama bijak... Yeay... Nurse pun cakap tak takut nak pegang sebab badan da keras. 

Sebelum keluar untuk suntikan, nurse ada bagi nasihat supaya:

1. Jaga kebersihan bayi dan ibu
~ Lap bahagian mulut bayi dengan kain basah yang bersih sebelum tidur. Memang wajib ye para ibu...
~ Ibu harus basuh tangan selepas menukar lampin bayi

2. Pemakanan
~ Masih belum boleh beri makanan pepejal

3. Keselamatan dan pencegahan kecederaan
~ Perlu awasi setiap masa - sbb bayi da pandai meniarap dan menelentang, risau bila dia menelentang kat atas simen. kepala akan bergegar.

~ TIDAK DIBENARKAN menggunakan BABY WALKER ye - sbb boleh memberi kecederaan dalaman dan luaran yang teruk kerana pinggang bayi belum kuat dan risiko jatuh lebih tinggi.
~ Jangan beri main alat permainan yang kecil - blh menyebabkan tercekik.

Selepas sesi bual bicara, aku ke bilik suntikan... Sekali lagi diselubungi rasa risau, takut Ammar menendang masa disuntik...

Satu keajaiban berlaku...

Ammar tenang dan santai je. Muka pun bersahaja bila aku start selak bodysuit dia, n nurse pegang kaki, aku pula tekan bahagian tangan.

Bila jarum menusuk...

Ammar langsung tak nangis seperti bulan-bulan yang lepas...

Alhamdulillah... Syukur...

No comments:

Post a Comment