Thursday, February 23, 2012

Selanjutnya Aduan KPDNKK

Awal pagi semalam ada menerima panggilan telefon daripada Encik Sabri menyatakan perbincangannya bersama pihak photographer mencapai persetujuan apabila dia sanggup untuk membayar kembali separuh daripada duit yang telah dibayar. 

Alhamdulillah... Syukur pada Allah. 

Aku harus menghantar wakil untuk mengambil duit tersebut di Pejabat KPDNKK Daerah Segamat di Bandar Putra Segamat. Aku harap kes ni selesai dan akan ditutup. Terima kasih atas kerjasama ynag tak terhingga dari pihak pegawai penyiasat En Sabri dan KPDNKK kerana telah membantu aku dan Mr Hubby mendapatkan hak kami sebagai Pengguna.


Aku meminta tolong abang sulungku untuk mengambil duit ganti rugi. Duit ini akan aku gunakan untuk buat album perkahwinan kami yang telah lama terbengkalai. Setelah menerima duit itu aku haruslah membuat satu surat untuk menarik balik kes yang diadukan di KPDNKK.

Tak lupa juga ingin aku mengingatkan pada warga photographer di Segamat atau seluruh Malaysia, tolong jangan mengabaikan hak kami dan jalankan perkhidmatan yang anda tawarkan dengan amanah.

Buat Mr Halil sekeluarga, aku dan Mr hubby memohon ribuan kemaafan kerana kami tidak berniat untuk menyusahkan anda dan merosakkan pintu rezeki anda. Jadikanlah ini sebagai iktibar.

No comments:

Post a Comment