Friday, March 2, 2012

Budak 5 bulan jatuh katil diselamatkan oleh kelambu khemah

Wa... Baru 5 bulan sudah jatuh katil. Haiya. Anak Mama ni memang aktif sangat. So inilah akibatnya.

Subuh hari jam menunjukkan jam 6.30 pagi, Incik Ammar da kejutkan Mama n Papa. Tendang-tendang perut Mama suruh bangun... Tangan pulak menggaru-garu muka Papa.

Hish... Teruk tau. Suka paksa orang bangun. Biasanya Incik Ammar ni tidur kat cot sendiri, tapi disebabkan dia batuk, so tidurlah dengan Mama Papa. Mama pun peluk dia bagi hangat. 

Bila Mama dah bangun, dia pun terus stop tendang-tendang. Saje je tau. Mama terus masuk toilet takut lewat plak nak solat dan mandi. Minta tolong Papa tengokkan Incik Ammar sebab risau la sejak dia dah pandai merangkak, guling2.
Nak tinggalkan Incik Ammar siap pesan dengan Papa supaya tengok2 kan Incik Ammar ni.

Lepas mandi, Papa masih ada teman Incik Ammar. Senang la hati sikit.

10 minit kemudian...

La... Budak kecik ni... Eh mana Papa dia, slumber je tinggalkan...


Terus cari kamera, nak snap pic moment penting... Langsung tak nangis, tu tak syak jadi apa-apa, walaupun risau. Incik Ammar plak boleh main-main walau pun jatuh. Harap tiada berlaku gegaran di otaknya. Tapi dari pengamatan, kepala memang x jejak lantai. Maksudnya dia tersangkut kat situ...

Aku ambil Incik Ammar, dan check sekiranya ada bengkak atau apa-apa di kepala. tapi takda kesan. Mengikut fakta sekiranya bayi terjatuh dan muntah-muntah segera bawa ke hospital, Itu tanda berlaku pendarahan dalam otak. 

Aku ulang balik sebab nak tengok cara dia jatuh, memang dia jatuh secara slow motion. 

Alhamdulillah, kelambu ini mampu menyelamatkannya.

Masa hantar dia pergi rumah Mak G, ada pesan sekiranya Incik Ammar ada muntah-muntah, terus call. Nak bawa dia pi hospital, sampai tengah hari takda call, so takda problem. Incik Ammar pun aktif je.

No comments:

Post a Comment