Monday, April 30, 2012

Tenang di Tenang

Cuti hujung minggu lepas, aku, Mr hubby dan Ammar bersiap untuk ke selatan tanah air, Felda Tenang bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupuku. Biarpun tak berapa nak rapat tapi sebagai tanda penghormatan, aku meluangkan masa cutiku untuk menziarah dan sekali gus bercuti jumpa keluargaku...

Jarang dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama....

Perjalanan dari Selangor ke Johor mengambil masa 3 jam perjalanan. Seawal jam 6 pagi kami bersiap. Seperti kebiasaan memang Incik Ammar mengejutkan lenaku.

Jam 8 pagi kami bergerak melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sepanjang perjalanan Incik Ammar x boleh duduk diam. Aku meletaknya di bawah dashboard untuk keselesaannya bermain. Penat bermain dia tidur. 

No... No... No... No... Dont say anything... Ammar tutup mulut Mama sebab asyik cakap je...
Dah nak memanjat pokok...
Incik Ammar memerhati semut berjalan... Agaknya dia pelik tengok binatang kecik...
Sayang anak Mama ni... Muahhh....

Seronok bila dapat jumpa pakcik makcik yang datang dari jauh... Ammar pun berpeluang jumpa moyangnya, Atuk Jantan... Wah... Nama sungguh unik...

Start je moyangnya dukung, dia berenjut sampai keletihan orang tua tu dibuatnya...

Friday, April 27, 2012

Incik Ammar 6 bulan : Si Botak Cin

Buat kali kelima ku botakkan Incik Ammar...

Jika dulu masa botakkan, mudah je, sekarang...

Puas kena kepit... Meraung-raung. Cam nak kena rotan je...

 Jerawat jatuh cinta... Hish jangan noty2 tau. Ammar kecik lagi... Ini kesan kena gigit nyamuk aedes masa main kat padang depan rumah...

Dalam proses mengetam rambut Ammar yang dah panjat. Mama rimas tengok rambut dia panjat lebih satu inci...


Mama, Ammar ngantuk la... Cepat lah Mama. Masa ni baru pukul 6 pagi, dia bangun, so terus la mandikan dia dengan air sejuk pastu botakkan kepala dia sempena hari ni Khamis, elok potong rambut. Buang penyakit, pesan Nanny.


Start meragam sebab bunyi mesin yang makin kuat dan dah tak tahan nak tidur... Mata da berat. Hehe... Kesian anak mama...


Fesyen rambut baru... Ada garis2 sbb Papa x berapa reti guna mesin, masuk kali kedua potong rambut Ammar gunakan mesin. Ala2 negro gitu...


Akhirnya... Tertidur masa Mama nak hantar rumah Mak G. Dah x larat sangat dah...




Saturday, April 21, 2012

My Humpty Dumty & Betty Bob

Cartoon caracter for my son n my daugter... Humpty Dumty & Betty Bob... So cute...

Baby Betty Bob Mama
Baby Humpty Dumty Mama
19 & 22 September 2011

Mama dikurniakan 2 orang cahaya mata, seorang lelaki dan seorang perempuan yang sangat comel...

Anugerah Allah ini, kami namakan Muhammad Ammar Raziq dan Az'Khalish Nasuha.

Dilahirkan hanya selang dua hari...

Membesar bersama biarpun seorang di Selangor dan seorang di Utara Tanah Air...

Kahwin bersama, naik pelamin bersama, mengandung bersama dan melahirkan anak bersama. Niat kami yang indah dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Syukur, Alhamdulillah...





Friday, April 20, 2012

Arjuna Jr. sudah 7 bulan...

Hi all... 19.4.2012... Incik Ammar sudah 7 bulan... Alhamdulillah. Anak Mama sudah besar, cerdik dan aktif... Ya Allah kekalkanlah dia bersama kami, Izinkanlah kami mendidiknya dengan baik menjadi insan yang berguna. Akan kami rawati amanahmu ini dengan penuh tanggungjawab. Daddy n Mama sayang sangat kat Ammar.

Frankly, aku perlukan stamina yang kuat dan super power untuk jaga Incik Ammar. Dia bukan jenis budak yang suka duduk diam.

Sekejap je berada di depan mata kita, x lama lesap. Bila dicari, di ceruk dapur. Entah apa layang dia dok suka sangat ke dapur tu. Agaknya nak ikut jejak langkah Mr Daddy kot, pandai masak.

Kalau bercerita pasal bangun pagi, Incik Ammar ini x perlu dikejut. Dia akan bangun sendiri, memang x pernah lewat bangun lebih pukul 7 pagi kecuali malam tu dia meragam ajak main. Macam malam tadi punyer kes. Nak tidur sangat la susah. Mr Daddy xda pergi outstation ke Bumi Kenyalang. Pukul 12 masih memanjat atas badan Mama yang dah x larat ngantuk mau tidur. 

Jam 3 pagi, enjin dia dah start. Mula operasi memanjat lagi ajak main, tepuk2 pipi Mama, korek2 mata Mama suruh buka. Bertuah betul anak Mama ni.  

Aku pegang lembut pipi dia, usap... 

Ammar, Ammar x sayang Mama ye???

Matanya x lepas pandang mataku... Diam seketika...

Matanya dikelip...

Aku dapat rasai bahawa anak kecilku ini sangat memahami dan menyayangiku....

Ku kucup dahinya lembut...

Ya Allah, kuatkanlah iman dan kesabaranku...

Jom lihat aksi Incik Ammar ni...

Merangkak sambil membawa bakul susu... Sangkut kat leher lagi...  Apa la anak mama sorang ni...
Aksi slumber je dia duk atas kotak... tangan tu x pegang apa2... Duk bersantai situ...
Stunt nak lompat dari kotak... Ini budak aar... X takut langsung...
Nak memanjat tangga dari tepi...
Cabaran mendaki tangga... Akan ku sahut...
Bersedia... 1 2 3... Ceh... Semangat... X padan kecik...
Akhirnya... Di sini aku... (Mama x larat nak melayan...) so masukkan je dia di  cot. lagi selamat daripada Ammar buat aksi stunt lagi.
Peace... Muka rindu kat Daddy... Tidur selimut dgn kain solat Daddy...
Dengki dengan kelambu Mama... Tarik2... Sampai berlubang jadinya...

Jadikan anakku anak yang soleh, beriman, taat kepada perintah Allah, patuh kepada kedua ibu bapa, baik hati, baik akhlak, cerdik akal... Amin...

Friday, April 13, 2012

Tips Mendidik Anak supaya Mendengar Kata


AMALAN SUPAYA ANAK TIDAK DEGIL

1. Semasa anak, isteri @ suami kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya (subconscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke ubun-ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhammad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda, kalau boleh janganlah diputuskan zikir didalam hati dan bercakaplah dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya nasihatinya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah anda berjaya dengan kaedah ini dengan pertolongan Allah SWT.


Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "saya didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang belum dilahirkan sudah dididik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah dididik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi.


*Mengikut logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Sunday, April 1, 2012

Happy Birthday To Me...

01 April 2012... Yeay... Tambah lagi sethun umurku... Terima kasih Ya Allah memberiku kesempatan menikmati nikmat dunia dan merasai kebahagiaan yang melimpah ruah... Memberiku umur yang panjang, keluarga yang baru aku bina, dan kemurahan rezeki. Alhamdulillah...

Tengah malam, Mr Hubby mengucapkan Selamat hari lahir sebelum melelakan mata....

Subuh hari, Incik Ammar mengejutkan Mama dengan suaranya yang nyaring kerana kelaparan... Arghhhh... Ngantuknya... Hari ini perlu jalan jauh. 

Nak sarapan apa la pagi ni ek???

Rupanya telah terhidang makan di atas meja berhampiran kolam...


Yeay... ada spagetti bolognese, cake, neslo panas...

Sangat menceriakan hidupku...

Sedang melepak di ruang tamu, Mr Hubby bertanya...

U, dah dapat hadiah???

Aku seakan pelik dengan pertanyaannya...

Mana ada? Siapa la yang sudi nak bagi...

Cuba U tengok sebelah bantal yang U tidur.... Ujar suamiku...

Tak ada...

Tengok dulu...

Aku terus berlari naik ke tingkat atas...

Mencari-cari...

Akhirnya...

Terjumpa satu kotak...

Bila ku cuba, ada seutas rantai kaki emas putih...

Cantik rekaannya...

Jam 11.30am kami bertolak dari puchong ke Melaka...

Destinasi utama kami, Hotel Seri Malaysia Ayer Keroh...