Monday, April 30, 2012

Tenang di Tenang

Cuti hujung minggu lepas, aku, Mr hubby dan Ammar bersiap untuk ke selatan tanah air, Felda Tenang bagi menghadiri majlis perkahwinan sepupuku. Biarpun tak berapa nak rapat tapi sebagai tanda penghormatan, aku meluangkan masa cutiku untuk menziarah dan sekali gus bercuti jumpa keluargaku...

Jarang dapat berjumpa dan meluangkan masa bersama....

Perjalanan dari Selangor ke Johor mengambil masa 3 jam perjalanan. Seawal jam 6 pagi kami bersiap. Seperti kebiasaan memang Incik Ammar mengejutkan lenaku.

Jam 8 pagi kami bergerak melalui Lebuhraya Utara-Selatan. Sepanjang perjalanan Incik Ammar x boleh duduk diam. Aku meletaknya di bawah dashboard untuk keselesaannya bermain. Penat bermain dia tidur. 

No... No... No... No... Dont say anything... Ammar tutup mulut Mama sebab asyik cakap je...
Dah nak memanjat pokok...
Incik Ammar memerhati semut berjalan... Agaknya dia pelik tengok binatang kecik...
Sayang anak Mama ni... Muahhh....

Seronok bila dapat jumpa pakcik makcik yang datang dari jauh... Ammar pun berpeluang jumpa moyangnya, Atuk Jantan... Wah... Nama sungguh unik...

Start je moyangnya dukung, dia berenjut sampai keletihan orang tua tu dibuatnya...

No comments:

Post a Comment