Tuesday, May 22, 2012

Bila rasa nak marah je....

Bila rasa nak marah je...
Kadangkala bersebab, contohnya waktu pagi semestinya waktu yg sibuk untuk siapkan diri sendiri dan anak, si Dia sibuk mengadap laptop main game tembak-tembak (projek black out). Minta tolong sikit cuci tangan anak yang main pencuci lantai langsung tak bergerak...

Bila rasa nak marah je...
Bila kita cakap lapar waktu malam, Si dia buat dek je, kadangkala kita sampai tetidur sampai ke pagi. Langsung cam tak ada perasan. Aku ni menyusahkan ke?

Bila rasa nak marah je...
Minta tolong ajar sesuatu, tapi tak take note, minta kita ulang banyak kali. Ingat ko bayar gaji aku ke? Nak minta aku ulang banyak kali. Memang pantang aku ulang menda mudah banyak kali.

Bila rasa nak marah je...
Bila kita tengah layan mood dgn sopan pandu kereta orang pangkah time kat trafik lite. Memang minta maki. Membahayakan pemandu lain yan berhemah. Boleh mengundang kemalangan. Nak je jerit... Ko amik lesen terbang ke?

Bila rasa nak marah je...
Bila ada orang suka sangat mengadu tak kira lah dengan siapa pun. Small matter. Tak pasal kena tempias.

Bila rasa nak marah je...
Bagi alasan yang x logik pada orang atasan padahal tepat pukul 6 dia yang susun kerusi bawah meja dulu. Pastu cakap kita ni macam suruh dia buat kerja pulak. Tak tolong angkat phone. Oh sorry ok, orang call selalu cari ko...


Hish apasal la, nak marah je kejenya... Penangan apakah ini... Hormone change.... Silap sikit, mulut ni cam laser je nak berapi... Sure panas telinga orang yang buat silap. Kalau x mulut ni pot pet pot pet, pasti ada je bunyi hentakan yang kurang menyenangkan.

Amit-amit jabang bayi ojo kaget... Aiyark... Apa tuh....????

Supaya anak yang ku kandung ni x ikut perangai aku mahupun orang sekeliling yang suka buat aku sakit hati.

Sekian...

Monday, May 21, 2012

Incik Ammar 8 bulan : Insiden.. Bila Incik Ammar jatuh dalam troli...

Tiada ungkapan just terkilan je dan sedih... Sepanjang dalam penjagaan aku, dia happy je... Tapi bila Mr Hubby plak tolak x sampai beberapa minit, Incik Ammar jatuh...

Memang rasa nak marah je... Aku terus amik Ammar. Saat aku ambil, dia dah nangis kuat. Bila aku tengok, ada darah di tepi matanya mengalir. Huhu... Macam2 perasan ada... Sememangnya aku amat pantang jika ternampak walau segaris luka di badannya.

Muka Mr Hubby cam nampak bersalah... berdiri jauh dan diam tengok dari jauh. Aku tau menda tu mungkin x sengaja, nak jadi kata orang. Mesti ada terdetik rasa akan jatuh. Hai entahlah...

Incik Ammar da x nangis...

Aku cari sudut yang boleh aku duduk, ku capai botol susu, dan bagi Incik Ammar minum air. Sambil tu aku tiup sapu tangan hingga panas dan tuam di tempat lebam secepat mungkin. 

Harap x mencederakan saraf matanya. Ya Allah, lindungilah permata hatiku ini dari sebarang keburukan dan kecelakaan. Kesian anak Mama...

Terus xda mood nak shopping... Balik je rumah...








Mark your calendar! 1-1-2013

Here's when you can expect several key pregnancy milestones to happen. (All dates are best guesses, since every woman's pregnancy is different.)



April 10, 2012 (2 weeks pregnant)


Your baby's conceived



Doctors start counting pregnancy from the first day of your last period, so at conception you're considered 2 weeks along

April 24, 2012 (4 weeks pregnant)


Positive pregnancy test



This week or next, you should be able to see a positive result on a home pregnancy test.

June 5, 2012 (10 weeks pregnant)


Your baby's heart beats



At your next prenatal visit, you'll be able to hear your baby's heartbeat for the first time.

July 3, 2012 (14 weeks pregnant)


Announce your pregnancy



If you decided to wait until the riskiest period was over, it's nowsafe to announce your pregnancy.

July 10, 2012 (15 weeks pregnant)


Your baby sees light



Your baby can see light now (through eyelids that are still fused shut) and may move if you shine a flashlight at your belly.

July 17, 2012 (16 weeks pregnant)


Having a boy or girl?



At your mid-pregnancy ultrasound (typically in the next four weeks), you may be able to find out your baby's sex.

July 31, 2012 (18 weeks pregnant)


Feel your baby kick



If you haven't already felt your baby kick, you probably will in the next four weeks.

August 7, 2012 (19 weeks pregnant)


Your baby hears sounds



Your baby should be able to hear your voice now, so don't hesitate to talk, sing, or read aloud.

October 2, 2012 (27 weeks pregnant)


Your baby can breathe



Your baby's lungs are still immature but could function (with a lot of medical help) if your baby were born now.

November 6, 2012 (32 weeks pregnant)


Your baby has fingernails and toenails



They're awfully tiny, but your baby has bona fide fingernails and toenails by now.

December 11, 2012 (37 weeks pregnant)


Your baby is full-term



Your baby is ready for life outside the womb but will probably stay in there for a bit longer, gaining weight.

January 1, 2013 (40 weeks pregnant)


Your baby's due



Few women actually deliver on their due date. You're more likely to go into labor within a week or two before or after.

MINGGU 1 - 8 KEHAMILAN : Bila badan lesu...

hampir sebulan lebih ni badan lesu je... bila bangun pagi, alhamdulillah masih bertenaga. Tiada msalah untuk pergi dan balik kerja. Tapi bila sampai rumah pada lewat petang, selesai mandi dan bersolat pastinya aku terus masuk tidur, Terlalu lelah dan lesu badanku.

Maaf Mr Hubby kerana tak dapat teman tengok tv, layan bola lewat pagi...

Maaf Incik Ammar, Mama selalu marah bila Ammar kacau Mama tidur inginkan perhatian dari Mama.

Ada kalanya bila makan, tengok lauk sedap, selesai makan, mesti akan keluar balik. Hingga satu ketika di office, sempat makan 3 suap sahaja. 

Suhu badan naik mendadak bila tidur malam. Bak kata Mr Hubby, macam bara api... Huhu...

Kalau ikutkan tarikh period, dah hampir 2 bulan x period.

Last 4 days, br try UPT sekali lagi...

X sampai 5 minit, result positif... Alhamdulillah...

So kalau ikut tarikh hari pertama last period 27 March 2012, so sekarang hampir 8 minggu.


Biarpun ini bakal anak yang kedua, kami suami isteri sangat teruja. First time tunjuk UPT double line pada mr Hubby, dia tersenyum... Senyuman yang sangat bermakna buatku...

Saturday, May 19, 2012

Special Day for U...

Happy birthday to, U...
Happy birthday to, U...
Happy birthday to................... U...
Happy birthday to, U...

16-Mei-2012

Seawal pagi aku ucapkan buat Mr Hubby...

Semoga U sihat walafiat, jadi Papa & suami yang baik, penyayang dan menjadi pembimbing kami. Amin.

2 minggu sebelum, dah belikan hadiah. Cukuplah mengembiranya.


Ni je mampu... Kalau tahun lepas buat treasure hunter untuk hubby cari hadiah birthday, tahun ni belanja makan di restoran Arab je area Puchong Utama...

Restoran D'Arab Cafe
Dah pandai buat muka noty bila amik pic...
Happy Birthday, Yayang...
Muka noty lagi...
Termenung...
Suka pandang orang....
Lamb Karsab...
Nyum... Nyum... Sedap... Harga pun sedap... RM19.00 satu pinggan...

Arab Royal
 Wa... nampak menarik... Tapi OK LAH... Hehe... Harga RM17.00.

Best2... dapat la melepaskan ngidam aku nak makan nasi beriani.


Dan x lupa juga ada hadiah yang amat teristimewa utk Mr Hubby...


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Tuesday, May 15, 2012

Sad story - bronkitis di kalangan bayi

Jam 8 pagi, Sabtu 12 April 2012, aku bercuti. Mengikut perancangan nak bawa Ammar ke Klinik Kesihatan berdekatan untuk meminta surat rujukan ke Hospital Serdang.

Belum pukul 8 pagi, aku telah bergerak berdua hanya dengan Ammar. Alhamdulillah, Ammar tak merengek.

Mengikut pengiraanku Ammar hampir 3 minggu batuk, dan 2 - 3 hari ni pernafasan dia mula berbunyi dan agak deras nafasnya. Seakan sesak. Sebagai Ibu, terus terang aku x sampai hati.

Biarpun keadaannya merosot tapi dia tetap aktif seperti biasa. Selalu pesan pada Ammar supaya dia kurangkan bermain, minta dia baring sahaja. Tapi nama pun budak lasak, memang meraung bila kita baringkan atau peluk dia kuat2 tak bagi dia banyak bergerak.

Ini first time aku bersama Ammar ke KK Bukit Puchong Batu 14. Aku xtau apa 1st step yang perlu dilakukan. So terpaksa berdiri tengok orang yang baru datang buat apa. Bila di kaunter pendaftaran memang x ramai orang, selesai mendaftar, aku ke kaunter saringan. Sangat ramai orang yang menunggu. Hampir ke jam 8.45am, baru dipanggil. Di kaunter saringan Nurse hanya bertanya mengenai berat Ammar. Kemudian perlu menunggu untuk masuk ke bilik rawatan.

Nasib baik Ammar x merengek, diam je memerhati gelagat budak-budak bermain dan berlari ke sini sana. Memang gaya pemerhati terbaik. Aku dirikan Ammar di kerusi kosong yang ada. 

Terdengar suara berborak rancak... Tiba-tiba...

Tak comel pun baby ni, Anak sedara XXX (tak ku kenal) lagi comel, mata biru, kulit putih. Mata dia macam pakai contact lens dan bla bla bla... Beriya-iya dia bercerita dengan ibunya.

Aku hanya mendiamkan diri dan mendengar sahaja. Ada juga tersisip rasa di hati dan sempatlah hati meluahkan...

"Tengok je la anak kau nanti comel ke tak, sampai baik sangat mulut mengata"

Bila nombor dia dipanggil, aku memerhati dia dari atas ke bawah.

*********************************************
 Sempat juga Ammar melelapkan mata. Mungkin dia boring tengok dan dengar gelagat orang.

Tak lama kemudian, nombor Ammar dipanggil.

*********************************************
MASUK KE BILIK RAWATAN
*********************************************
Ye Puan, ada apa-apa masalah?

Anak saya dah hampir 3 minggu batuk berkahak, dan 2-3 hari ini nafas dia mula berbunyi kuat dan kadangkala seakan sesak nafas

Ada ke orang di rumah yang sakit?

Sekarang memang tak ada, tapi di tempat pengasuh ada kanak-kanak lain yang kadangkala sakit. Boleh tak saya dapatkan surat rujukan untuk ke Hospital Serdang? Kerana saya risau ada jangkitan kuman di paru-parunya.

Boleh. Saya akan sediakan surat nanti Puan boleh terus ke sana Bahagian Kecemasan. Lepas ini Puan terus ke bilik 9 untuk ambil nebuliser.

Aku memang kalau boleh xnak Ammar sedut gas lagi.

Tak lama kemudian aku dipanggil oleh pegawai kesihatan lelaki, Puan nak terus ke Hospital Serdang ke? Saya boleh terus hantar naik Ambulans. 

Eh tak apa, saya boleh pergi sendiri. Sebab saya tertinggal susu Anak, kena balik rumah kejap ambil barang dan saya baru ke Hospital.

Puan berdua ke atau ada suami?

Kami hanya berdua.

Boleh drive ke? Tapi ambil barang terus ke Hospital ye.

Insya Allah boleh.

Kesiannya. Berdua je...
(katanya perlahan tapi telingaku masih dapat menangkap butir bicaranya)

Sayu hatiku...

*********************************************
Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi.

Aku bergegas ke tempat parkir kereta. Meletakkan Ammar di car seat nya dan bergerak balik rumah untuk mengambil bakul penyusuannya.

Baju dan peralatan aku telah packing awal pagi takut kena admit.

*********************************************
DUGAAN SEPANJANG PERJALANAN
*********************************************
Dari rumah Ammar dah mula merengek. Mungkin x cukup tidur atau keadaan yang panas.

Ya Allah lindungilah kami di sepanjang perjalanan dan jauhi lah kami dari sebarang mala petaka.

Incik Ammar terus-menerus menangis sehingga tiada suara. Tanpa berfikir, aku ambilnya di car seat dan dudukkannya di pangkuan. Memandu sambil memangkunya.

Ya Allah, aku beristigfar.

Aku mulai panik, takut dan sama-sama ikut menangis. 

Sampai di bawah flyover aku berhenti, memberikannya susu... 

Ammar diam seketika...

Bila habis menyusu dan aku kembalikannya ke car seat dia mula menangis, sampai biru muka, dengan nafas tersekat. Pelbagai cara aku gunakan untuk dia diam. Aku teruskan memandu...

Allahu Akhbar, Jangan ambil dia dariku...



Aku beristigfar... 

Ya Allah Ya Allah...

Ku panggil namanya dengan esakan...

Ammar... Ammar... Ammar...

Ammar dengar suara Mama...

Ammar, Mama sayang Ammar...

Ammar kena kuat...

Jangan tinggal Mama...

Perjalanan dari Tol Puchong ke Hospital Serdang ku rasa amat jauh...

Ya Allah, bantulah aku Ya Allah... Aku tak mahu kehilangannya...

Aku pegang tangannya lembut, ku usap-usap... Dia hanya diam dengan mata tak lepas memandang aku dengan wajah yang sayu kerana kesukaran bernafas.

*********************************************
KECEMASAN HOSPITAL SERDANG
*********************************************


Sampai je hospital ,aku terus parking di bahagian depan kawasan kecemasan. Hingga lupa nak tutup enjin dan pintu kereta, terus ke ambil Ammar di kerusi penumpang, ku peluk erat dan bawa dia masuk ke dalam.


Tak lama kemudian aku minta bantuan guard yang ada di sini memarkir kereta ku di tempat yg sesuai sementara menunggu Mr Hubby sampai.


Muka da masa mencuka. Memang sebel dgn Mr Hubby.


Selang 20 minit selepas pemeriksaan Ammar di bilik saringan, Mr Hubby baru menampakan muka.


Kenapa muka U macam tu, katanya..


Aku diam je...


Banyakkan istigfar, pesannya lagi...


Ah, U x rasa apa yang I rasa tadi, kata hatiku...


*********************************************
DI BILIK RAWATAN HOSPITAL SERDANG
*********************************************


Doktor: Anak kenapa ya, Encik...


Hubby : Da hampir 3 minggu batuk berkahak, nafas dia berbunyi.


Kemudian doktor mengambil stetoskop dan meletakkannya di dada Ammar.




Doktor: Sila baringkan anak Encik, saya nak ambil sampel darah...


Lama menunggu, Incik Ammar siap berguling-guling sampai ada seorang doktor tegur...


Macam tak sakit je...katanya...


Dia memang macam ni, sakit pun aktif je... sahut Mr Hubby...


Hampir 20 minit menunggu....


Encik, sila bawa anak Encik untuk X-ray


Keadaan peparu bronkitis
Selesai X-ray, kami kembali ke bilik rawatan, sesi mengambil sampel darah Ammar untuk diuji.




Darah diambil dari bahagian belakang tapak tangan, dari urat yg timbul selepas pergelangan tangan diikat dengan getah. Sebelum tu Incik Ammar dibedung dengan selimut hospital yang berat, sebab dia x reti diam. so takut jarum patah.


Muka mama da cuak sebab tak sampai hati.


Bila mata jarum masuk, darah mula menitis, kerana nurse yang bertugas hanya menggunakan mata jarum, bukan siap syringe.


Hampir 5 titik darah mengalir laju memenuhi bekas sampel. Pesakit lain yang ada x sampai hati nak tengok. dia ngeri...


Katanya, Kalau anak saya dah menjerit...


Tapi, 


Ammar anak mama dan papa diam je, relax, langsung x nangis, tapi nampak dia menahan sakit...


Pandai anak Mama.


Keputusan daripada sampel darah dan X-ray, terdapat sedikit jangkitan kuman tapi belum kritikal. Alhamdulillah. Setelah mengambil ubat, Kami bergerak pulang. Syukur, Ammar x buat hal sepanjang perjalanan pulang.


*********************************************
JOM LAYAN PIC AMMAR
*********************************************
waktu pagi masa ke KK Batu 14, Puchong


Ada titik air mata


Sedih je.. baru pas keluar dari bilik X-ray
Tangan sakit pas kena cucuk...
Cian anak Mama...
Lobi Hospital Serdang 
Tatih... Tatih...
Ada ATM... memudahkan pelanggan...
Gagah... 
Main Tom Talking Cat

Friday, May 11, 2012

Bahana Air Masak kepada Bayi




Walaupun dah berkali2 di igtkan jgn beri bayi bawah 6 bulan minum air masak, namun masih ada ibu bapa yg masih amalkan beri air masak pd bayi mereka. Antara sbb desakan orang tua, nak kasi kuning si anak cepat baik, bilas tekak anak lepas minum susu, supaya anak senang buang air etc.

Kajian ini khas untuk bayi yang menyusu susu ibu sepenuhnya & yang menyusu formula.

Semoga info2 ini dapat menyedarkan ibu bapa kenapa pemberian air masak tidak digalakkan kepada bayi berumur 6 bulan ke bawah.

Merencatkan Tumbesaran
Perut bayi sangat kecil. Apabila perut bayi telah dipenuhi air, bayi akan merasa kenyang dan kurang berminat untuk menyusu susu ibu. Akibatnya segala khasiat susu ibu tidak dapat diberikan secara optima kepada bayi. Ini boleh menjejaskan pertumbuhan dan kesihatannya kerana air tidak mengandungi sebarang khasiat. Di samping itu, kajian mendapati pemberian air glukos pada minggu pertama kelahiran dikaitkan dengan kehilangan berat badan yang banyak lalu merencatkan tumbesaran.

Merencatkan Akal
Memberi air kepada bayi di awal kelahiran didapati meningkatkan tahap bilirubin di dalam darah. Menurut pakar Laktasi dari Kanada, Anne Kirkham, pemberian air akan memburukkan lagi keadaan bayi yang dierang jaundis (sakit kuning) sehingga menyebabkan ‘kernicterus’ iaitu Terencat Akal’. Bayi juga akan menjadi bertambah mengantuk dan lesu tidak bermaya.

Mengancam Nyawa
Air boleh membawa kuman. Ini menyebabkan bayi terdedah kepada cirit birit jika kebersihan tidak dititikberatkan. Pencemaran boleh berlaku di pelbagai peringkat, seperti air diperolehi dari sumber yang tidak selamat ataupun bekas air dan puting yang tidak bersih. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai jangkitan.

Mengakibatkan Sawan Tarik
Air sangat berbahaya jika diberikan kepada bayi terutamanya yang berumur di bawah 5 minggu. Terlalu banyak minum air akan mencairkan garam di dalam darah bayi. Ini akan mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung atau sawan tarik. Sindrom ini dipanggil ‘Oral Water intoxication’.

Sebenarnya susu ibu sudah mencukupi untuk bayi tanpa perlu ditambah air atau cecair lain kerana susu ibu mengandungi 88% air. Kolostrum yang terhasil di awal penyusuan dapat membantu membersihkan perut bayi dan mengelakkan sembelit. Tiada air tambahan diperlukan untuk proses tersebut. Oleh itu..beri bayi anda susu ibu sekerapnya

Incik Ammar 7 Bulan : Mengenal Alif Ba Ta...

Aku mula perkenalkan Ammar dengan huruf hijaiyah seawal umurnya 4 bulan. Ilmu yang ku terima daripada salah satu group di FB, Islamic Parenting Network yang banyak memberi pendedahan mengenai penjaran Ilmu Al-Quran kepada bayi seawal 3 bulan.

Ya Allah, terbuka pintu hatiku nak mengajar Incik Ammar.

Setiap pagi masa hantar, aku akan buka surah yasin, surah-surah lazim, doa penerang hati, doa murah rezeki dan selawat Nabi. Dan respon dari Incik Ammar memang positif. Aku pun ikut baca, dan setiap kali itu juga, mata dia x lepas dari pandang muka aku.

Bila ada masa terluang di rumah, aku terapkan dia dengan bacaan Huruf Hijaiyah secara berlagu. Incik Ammar akan merangkak laju untuk ke tepi dinding di mana aku lekatkan wall paper huruf hijaiyah dan berdiri di situ sehingga habis aku ulang2 bacaannya hingga 3 - 5 kali.

Sperti mana aku bernyanyi macam itu juga mulutnya terjerit-jerit dalam bahasanya.

Melihat dan menepuk-nepuk gembira ke dinding setiap kali Mama atau Papa menyanyikan lagu huruf Hijaiyah. 


Cuba mengimbangi badan...

"Anda terlalu bangga dengan kecantikan anda"


Seiring dengan namanya, Shama yang bermaksud ‘lilin’, wanita malang ini telah disimbah asid sehingga wajahnya berparut dengan 15 peratus badanya terbakar bagaikan sebatang lilin oleh suaminya sendiri hanya kerana tidak berpuas hati ketika bertengkar.
Kini, ibu muda kepada empat cahaya mata itu tersenarai sebagai mangsa simbahan asid di kalangan wanita Pakistan dan menjadi mangsa kepada kecantikannya sendiri.
“Saya dan suami saya sering bertengkar di rumah. Pada hari itu sebelum tidur suami saya berkata,’anda terlalu bangga dengan kecantikan anda'. Kemudian, di tengah malam, tiba-tiba dia menyimbah asid ke badan saya dan melarikan diri," katanya ketika ditemui wartawan di hospital.
Lebih parah lagi kata Shama, suaminya turut membawa telefon bimbitnya ketika melarikan diri supaya wanita malang itu tidak dapat membuat panggilan bagi mendapatkan bantuan.
Sedangkan, empat bulan lalu, wanita malang yang mempunyai raut wajah yang jelita itu sedang menikmati kehidupan yang gembira ketika sambutan hari lahir anaknya tetapi kini semuanya tersimpan dalam lipatan sejarah sehingga menyebabkan keyakinan dirinya terlupus.
“Apa yang berlaku benar-benar melukakan hati saya,” katanya dipetik BBC baru-baru ini.
“Saya berasa sakit pada apa yang saya, dan apa yang saya telah menjadi," katanya, dengan air mata pemburuan arnab pipi Scorched beliau.
“Semua warna telah pergi dari hidup saya. Saya rasa seperti saya mayat hidup, malah lebih teruk daripada mayat yang hidup. Saya kini seolah-olah tidak mempunyai hak untuk hidup," katanya sambil mengesat air mata.
Laporan BBC menyebut, menurut sukarelawan di Pakistan,  kes-kes serangan asid bertambah di kebanyakan kawasan, walaupun tindakan undang-undang sukar diperkenalkan pada tahun lepas.
Sementara itu, satu dokumentari yang memenangi anugerah Oscar telah meletakkan jenayah itu di bawah perhatian dengan memfokuskan lebih 150 wanita mangsa simbahan asid yang dilaporkan setiap tahun.
Jenayah ini biasanya dilakukan oleh suami mangsa sendiri tetapi sehingga kini masih tiada undang-undang yang dapat memberikan wanita Pakistan keadilan.
Sementara itu, di Karachi, seorang bekas penari, Fakhra Younis turut mengalami nasib sama dengan Shama akhirnya memilih untuk mengakhiri nyawanya.
Fakhra dikatakantelah ‘mati’ dua kali. Kali pertama ketika dia disimbah asid dan kali kedua ketika dia membunuh diri di Itali bulan lalu.
Sebelum membunuh diri, gadis malang itu terpaksa menjalani hampir 40 kali pembedahan bagi mengembalikan kecantikan wajahnya namun, masih tetap gagal.
Aktivis berkata, Fakhra telah putus harapan untuk mendapatkan keadilan dan bekas suaminya yang berasal dari keluarga politik telah dibebaskan dari dituduh membuat serangan itu.
Dalam pada itu, kematian Fakhra telah menjadi tajuk utama di sini, tetapi menurut aktivis, sebaliknya mangsa sering dipulaukan.
“Hanya kira-kira 10 peratus kes seperti ini sampai ke mahkamah.
“Walaupun dalam kes-kes berprofil tinggi seperti Fakhra, terdapat pendakwaan yang dikemukakan lemah. Ada ketika, mangsa tidak dapat pun membuat laporan polis," kata Zohra Yusuf, Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan.
Namun, menurut seorang bekas ahli parlimen, Marvi Memon, pesalah terpaksa berhadapan dengan kesukaran apabila undang-undang baru yang diluluskan tahun lepas menetapkan hukuman penjara 14 tahun atau hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.
Tetapikatanya, masih ramai penyerang masih bebas walaupun undang-undang baru itu telah dikuatkuasakan.
“Malah jika dia (penyerang) ditangkap, mereka akan merasuah polis dan mereka akan melarikan diri.
Golongan mereka berpendapat, ini adalah cara paling mudah untuk menghukum seorang wanita. Anda hanya boleh membuang asid dan memusnahkan seluruh hidupnya dalam satu saat," katanya.
Dalam pada itu, Marvi berkata, kurangnya kesungguhan ahli politik untuk melaksanakan undang-undang adalah penyebab kepada semua masalah ini.
“Saya mahu hukuman berat dijatuhkan kepada beliau supaya hukuman itu dapat memberi pengajaran kepada semua orang agar berfikir panjang sebelum melakukan sebarang jenayah.
"Amat sukar untuk mendapatkan kerjasama antara pihak polis dengan wanita kerana mereka turut tertekan untuk berbuat demikian," katanya.
Kerajaan mengakui perlu lebih banyak lagi cara dalam membantu mangsa asid dan perlaksanaan undang-undang adalah satu cabaran besar.
“Kelulusan” undang-undang adalah langkah pertama, kata Shahnaz Wazir Ali, seorang penasihat kerajaan.
Namun beliau mempersoalkan mengapa kes ini tidak mendapat keadilan dengan cepat? Inilah sebahagian yang kita perlu buat, kita perlu lebih peka dengan polis, mahkamah dan masyarakat.

* Diterjemah dari laporan BBC