Monday, May 7, 2012

Hujung Minggu - Rumah Nanny Bukit Puchong

Wesak Day... Yeay... Public Holiday...

Tapi Mr Hubby je cuti... Saya kena kerja macam biasa, half day. Pagi  ni bangun kelam kabut sebab terlambat bangun, Mak G pun awal2 da beritahu nak ambil Ammar sebelum 7.30 pagi sbb nak bawa Little pi kursus mandikan jenazah...

Rasa berat hati nak dia pergi. Nak suruh Mr Hubby jaga, tapi dia cakap nak pi mancing di lombong.

Macam mana ye...

U, boleh x jaga Little Ammar sementara i pergi kerja? Tanyaku kepada Mr Hubby.

Mr Hubby berdiam diri kerana hajatnya nak pi mancing mungkin x kesampaian. 

Sekadar hiasan
Boleh lah U, ni kan hujan... Pujukku lagi...

Tanpa persetujuan, aku terus call Mak G dan memberitahu x perlu bawa Mr Ammar pergi sebab Mr Hubby jaga. 

Dah la kelam kabut bangun dan mandikan Little Ammar. Kesian nak kejut dia masa tengah nyenyak tidur.

Menurut Mak G, dia pun lewat bangun... Sedap tidur kerana hujan sejak dari malam tadi.

Memandangkan boring duduk rumah, waktu petang aku ajak Mr Hubby berjalan ke rumah mak angkatnya. jika tiada projek, memang ini destinasi kami. Lama x menjenguk... 

Little Ammar punya la seronok, sampai leka bermain...

Lagak je macam budak besar... Padahal baru tujuh bulan... Suka lepas tangan bila berdiri...
Nanny bagi Doll yang pandai gelak dan bercakap... Tapi Little Ammar tengok je... 
Tenung je.. Agaknya pelik tengok Doll ni boleh ketawa, hentak2 kaki dan bercakap...
Kata orang, budak lelaki x boleh main doll dan tedd bear, takut jadi lembut... Semua bermula dari didikan Ibu Bapa...


No comments:

Post a Comment