Friday, May 4, 2012

Rawatan Khas di Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Chan

Baru-baru ni Little Ammar kena demam dan batuk yang berulang. Memang risau sangat. Sebab ia berjangkit dari budak-budak lain dari rumah pengasuh. X sampai hati bila dia batuk x berhenti sampai terkeluar lidah panjang.

Sebelum bawa pi klinik, kena call dulu untuk daftar kan nama, jika x buat macam tu mmg kena tunggu hampir satu jam, baru nama akan didaftarkan. belum lagi nak kena menunggu sebelum masuk untuk rawatan. Penat menunggu sahaja.

Klinik memang setiap masa fully dgn manusia. Klinik pilihan kami untuk Little Ammar, Klinik Pakar Kanak-kanak Dr Chan yang terletak di Bandar Puteri Puchong, Selangor. Sebelum ni pergi klinik biasa, tetapi dapat ubat yang kurang sesuai dengan bayi berumur di bawah 1 tahun.

Peta 

Hinggakan pernah pergi dapatkan rawatan, Doktor berikan ubat batuk orang dewasa yang telah dicampurkan air. Huhhhh.... 

Sejak Ammar kena sakit, memang terus bawa ke Klinik Pakar khas untuk Kanak-kanak. Tapi cas nye agak boleh tahan untuk golongan berpendapatan rendah seperti Kami ni. 

Tapi fikir yang terbaik untuk little Ammar. 

Memang ubat dari Klinik ini sangat baik. Dalam masa 1 malam makan, demam hilang, batuk dan kahak berkurangan.

Ubat-ubatan Little Ammar
Inilah semangkuk ubat Incik Ammar. Ada lima jenis. Ubat Demam, Kahak, Selsema, Batuk dan Antibiotik. Tapi yang peliknya ubat antibiotik yang dapat berbentuk serbuk dan perlu dimasukkan air masak dan digoncang supaya tiada yang berketul.

Situasi ketika di kaunter ubat dan pembayaran:

Dengan konfiden aku keluarkan dari purse duit sebanyak RM60 kerana biasanya memang rawatan yang dikenakan dengan bayaran sebegitu tanpa bertanya dengan penjaga kaunter.

Puan, RM85...

Sorry, kataku... Tak berapa dengar...

RM85...

Ooo, ok... Terus ku beri signal kepada Mr Hubby untuk meminta tambahan duit. 

Hehe... Malu je kan...

Janji anak Mama cepat sihat dan kuat...

Tapi Incik Ammar ni walaupun demam atau sakit tapi tetap aktif. 

No comments:

Post a Comment