Thursday, June 14, 2012

Segamat sebagai Pekan Koboi?


SEGAMAT: Seorang peniaga bahan binaan mati ditembak dari jarak dekat ketika mengisi minyak kenderaannya di sebuah stesen minyak dekat Jalan Genuang di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.45 pagi, Lim Ching Hoon, 63, mati di tempat kejadian akibat pendarahan teruk susulan terkena enam das tembakan masing-masing pada dada, lengan, paha, betis, pipi dan kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Hanafi Daud, berkata ketika kejadian, mangsa dari Taman Mega Segamat di sini yang memandu sendirian singgah mengisi minyak kereta Mercedes Benz miliknya di stesen terbabit kerana mahu ke Kuala Lumpur atas urusan perniagaan.
“Dua suspek bertopi keledar penuh menutupi muka yang menunggang motosikal berwarna gelap membuat pusingan U di lampu isyarat Jalan Genuang dan menghampiri mangsa sebelum pemboncengnya melepaskan tembakan.

“Mangsa yang mengusahakan perniagaan bahan binaan di Jalan Muar-Segamat kemudian terjatuh sebelum suspek melepaskan beberapa das tembakan lagi.

“Suspek dipercayai menggunakan pistol automatik berdasarkan enam kelongsong peluru yang ditemui di tempat kejadian sebelum melarikan diri bersama rakannya yang menunggu dengan motosikal,” katanya di sini, semalam.

Hanafi berkata, polis masih menjalankan siasatan motif serangan, selain meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di stesen berkenaan. 
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta menghubungi pihaknya menerusi talian 07-931 2222 bagi membantu siasatan.

“Pemilik premis di sekitar pusat bandar Segamat diminta menyemak kedudukan CCTV masing-masing agar sentiasa berfungsi serta meletakkannya di lokasi strategik supaya dapat membantu siasatan jika berlaku kejadian jenayah," katanya.

Pemilik stesen terbabit, Pang Ting Hoh, 60, berkata ketika kejadian, tiga pekerjanya sedang bertugas di stesen terbabit.

“Mangsa adalah pelanggan stesen ini sejak beberapa tahun lalu dan biasanya memenuhkan tangki kenderaannya antara RM120 hingga RM150 sekali isian,” katanya yang terkejut dengan kejadian itu.

Pekerja stesen minyak terbabit, Faiz Sukimi, 24, berkata ketika kejadian hanya kereta milik mangsa singgah di situ untuk mengisi minyak.

“Sejurus terdengar bunyi tembakan, saya sangkakan tayar kereta meletup, tetapi sebenarnya tembakan pistol yang dilepaskan pembonceng motosikal ke arah pelanggan yang sedang mengisi minyak,” katanya.

Info menarik mengenai janin di dalam perut...


1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel


Wednesday, June 13, 2012

Diari Kehamilan II ~ Minggu Ke-11 Dugaan Terbaik Untukku...

Ya Allah, hanya padamu, hamba-Mu ini berserah...

11 Jun 2012 - keadaanku semakin tidak stabil, alahan mengandung sungguh kritikal yang perlu ku tanggung. Kekurangan makanan dan minuman membuatkan badankan kehilangan air dan darah yang banyak. Berat badanku kian menyusut, dari 56kg kini hanya 48kg, hampir 8kg dalam masa x sampai 2 minggu.

2 minggu terakhir aku memang x larat untuk menanggung lagi, kesian sungguh pada anak kecilku yang terabai. Maafkan Mama, Ammar. Segala kerja rumah aku letakkan di bahu Mr Hubby keseluruhannya. Dari memasak, membasuh, menjaga Ammar dan segalanya.

Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa-jasamu, my Hubby.

Jam menunujukkan 8.30 malam, aku meminta Mr hubby menghantarku ke hospital Serdang. Sesampai di sana, aku terus dipanggil ke kaunter saringan. Darah ku diambil 2 botol. Keadaan darahku merah kehitaman. Sampel air kencing juga diambil. 

Tak lama kemudian, nurse terus membawaku ke wad kecemasan. 3 botol air habis dimasukkan ke urat sarafku. Kulitku sungguh kering bersisik. 

Habis 3 botol, angsung tak ada kurang.

Ubat moxolon untuk tahan muntah, ubat ranitidine untuk gastrik dan ubat yang memualkan bau serta rasanya antibiotik cephalexin untuk mengawal kencing kotor. macam kencing kucing baunya. dah la aku amat alah dengan bau sebegitu. Nak xnak terpaksa makan. Kerana kadar air yang sangat rendah dalam badan menjadikan air kumuhan yang terhasil sangat kotor dan berminyak.

moxolon, ranitidine, cephalexin dan acid folic
Merana rasanya. Balik je dari wad, Mr Hubby bersiap untuk ke LCCT kerana ditugaskan ke luar kawasan, Sarawak selama 7 hari bermula 12 Jun 2012.

Ya Allah, macam mana aku nak jaga Ammar dalam keadaan diri yang x semenggah ni.

Alhamdulillan, mak datang sehari sebelum Mr Hubby berangkat. Ammar dijaga oleh ibuku. Ya Allah, ambillah kembali apa yg kau berikan padaku. Sesungguhnya aku tak berdaya.