Monday, July 30, 2012

Diari Kehamilan II - Ramadhan 2012


Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk menikmati bulan penuh barakah ini. Hari ini hari ke sepuluh ramadhan. Jika tahu lalu, aku hanya bersahur dan berbuka dengan Mr Hubby, tapi tahun ini kami ditemani Incik Ammar. 

Meriah rumah kalau time berbuka. Sibuk nak makan, masa tu juga Incik Ammar sibuk nak Mama Papa layan dia. Kalau makan x suap mulut kecilnya itu, pasti jeritannya ke dengaran satu rumah. Geram dibuatnya. Tahun lepas Incik Ammar masih dalam perut Mama.

Tahun ini juga ditakdirkan aku mengandung anak kedua. Syukur pada-Mu Ya Allah yang memberikan kami rezeki. 

Keadaan kesihatan ku juga sudah membaik. Alhamdulillah aku mampu menjamah makanan walaupun masih belum berselera.

Bila bersahur, aku pastikan memakan kurma untuk tambahan tenaga.

Tetapi kebiasaannya bila di pejabat, aku mula pening, berkemungkinan kekurangan air. Bila petang menjelma, angin mula naik menambah lagi sakit kepalaku.

Ya Allah, berkatilah puasaku. Berikanlahku kekuatan menikmati bulan yang penih barakah ini. Berikanlah ku kesihatan yang berpanjangan. Amin...


No comments:

Post a Comment