Thursday, August 30, 2012

Azam 2012 seakan tercapai...

Kembali ke senarai Azam 2012:


ü Aku nak turunkan berat badan cam masa anak dara...
 Target 45kg... Skrg berat da overdos 55kg. Ye lah kan org baru pas bersalin, camtu la... Bek2 body slim, jd cam tong... Sedih & tension bila fikir. Nak cari baju n seluar amatlah susah... Dulu saiz XS now terpaksa pakai saiz L.

Alhamdulillah akhirnya tercapai azam turunkan berat badan. Now berat tinggal 48kg je disebabkan alahan muntah 2 bulan lepas. So nampak la slim raya ni... Perut je nampak muncit. Hehe... Sebab anak Mama dah membesar dalam perut ni...


ü Berkerjalah kita...
Harus... kena ubah ekonomi keluarga... Walaupun sebelum ni aku x keje, tp ada wat bisnes sampingan. Ada la duit masyuk sikit2... Kena berdikari, anything happens di masa akn datang kita x tau. So kena sediakan payung sebelum hujan...

Semalam pi interview, alhamdulillah trus diterima untuk mula bekerja pada hari Isnin ni 9/1/12. Boss memg tolerate orangnya. Lebih byk minta opinion aku sebelum buat keputusan tuk salary n apa kerja yang akan aku buat. X memaksa. Semoga aku boleh berjaya.

Alhamdulillah akhirnya tercapai azam untuk bekerja. Hampir 8 bulan bekerja. Berbagai cabaran datang yang sangat menguji dan kadangkala buat aku lemas.

ü Rumah
Ini pun salah satu yang amat penting dalam kehidupan... Tempat berteduh... Harga rumah makin mahal, thats y selalu kena survey. Cuba cari rumah yang selesa dgn harga yang berpatutan.

Alhamdulillah akhirnya tercapai azam untuk ada rumah sendiri. Biarpun kecil tapi cukuplah untuk kami anak beranak berteduh di masa akan datang. Kami beli apartment je, ground floor, 3 bilik 2 bilik air siap renovate: ada tambahan kabinet dapur dan plaster siling, Harga RM113K. Rumah kami atas nama Mr Hubby memandangkan beliau tak nak aku menanggung sebarang hutang.


ü Pengasuh Little Ammar
Ini yang buat aku x tidur malam memikirkan siapa yang akan jaga Ammar. Risau hati... tapi syukur ke hadrat Ilahi, semalam mas acari-cari pengasuh, Mummy bagitau ada jiran dia tuk jaga Ammar. Memang da lebih dari 3 tahun jadi pengasuh. Kesian anak mama... Rasa x sampai hati nak tinggalkan dia... Tp nak buat macam mana. Ini yang aku mahukan. So hati, kuatlah ye.

Alhamdulillah, pengasuh Incik Ammar adalah yang terbaik. Menjaga dan mendidik Incik Ammar dengan penuh dedikasi. Incik Ammar juga tiada masalah sepanjang dijaga beliau. Sangat tabik dengan cara beliau mengasuh anakku dengan lembut dan penyayang. Aku pun dah anggap beliau macam keluarga sendiri.


Ø Impian Mr Hubby
Hubby punya impian tuk memiliki superbike. Bila lalu depan kedai Bikerz sure dia tengok je dari jauh. Hanya kata-kata yang menyedapkan hati keluar. Insya Allah, jika habis hutang kereta, ada rezeki kita beli 1 je, Hubby.

Masih belum tercapai lagi impian Mr Hubby, Insya Allah, lagi 2 tahun, hutang kereta habis. Jika tiada aral, tercapailah hajat Mr Hubby

sekadar hiasan : kawasaki ZX6R



Rencah Kehidupan : Kezaliman dalam diam... Skop Kerja Admin...

apa skop keje sorg admin ek? nape mcm skop keje aku ni over plak:

1. isu invois company
2. renew lesen company
3. buat sijil utk bangunan dpt kelulusan BOMBA
4. filing dokumen
5. jaga akaun company 
6. buat report jualan bulanan 
7. buat report penghutang
8. isu d.o n invois company lain

9. pergi beli barang office
10. khidmat pelanggan
11. call customer minta hutang
12. setel masalah company pasal attendance system/cctv/keyphone
13. Update sistem kedatangan pekerja
14. cari quotation kurier servis utk buka akaun



Pukul 6.00 petang setiap hari adalah masa yang sangat2 aku tunggu. Tak habis-habis nak buat kerja amal yang tak mendatangkan kelebihan pada aku.

Argghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Sume politik company...



Bertahan buat sementara waktu memandangkan aku tengah pregnant... Kalau x, da lama aku cabuttttttttttttt...





Tuesday, August 28, 2012

Tips Murah Rezeki



Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya. Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat. Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu. (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,al-Asybahani dan al-Hakim) Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11 . Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad- Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7). Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya `Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim). Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3) Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at- Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)

Thursday, August 16, 2012

Rencah Kehidupan : Rancang Perjalanan Balik Kampung Anda

Sana sini sibuk bercerita risau kesesakan trafik kerana orang yang tinggal di bandar akan pulang berhari raya di kampung. Aku merancang untuk balik hari Jumaat lepas habis kerja. Persiapan hampir 70%, baju2 da siap iron mlm tadi, tinggal packing je dlm beg, paling banyak baju Incik Ammar, over excited nak beraya...



So, sebelum nak memulakan perjalanan, saya nak kongsi sikit tips: 

Sebelum perjalanan
  1. Pastikan anda merancang dahulu perjalanan anda seperti bilakah tarikh dan pukul berapa anda akan bertolak. Hal ini penting bagi mengelakkan anda tidak tergesa-gesa serta dapat menghindari dari terlibat dalam kesesakan jalanraya.
  2. Bawalah kereta ke pusat servis yang bertauliah dan servislah kereta ada. Periksa komponen enjin seperti enjin, bateri, tali kipas, air radiator, lampu depan, isyarat, lampu brek, lampu kecemasan, tekanan angin tayar serta tayar simpanan, brek tangan serta pengilap cermin.
  3. Pastikan anda rehat dan tidur dengan secukupnya. Elakkan memandu selepas anda pulang dari tempat kerja. Jika anda keletihan, hal ini boleh mengganggu konsentrasi anda ketika memandu.
  4. Elakkan minum minuman keras atau mengambil ubat yang boleh member kesan mengantuk seperti ubat batuk atau selesema kerana ia boleh mengganggu tumpuan anda.
  5. Elakkan daripada perasaan marah sebelum memulakan perjalanan. Kemarahan boleh membuatkan anda stres, hilang pertimbangan dan tidak menghiraukan peraturan lalu lintas. Hal ini boleh membahayakan nyawa anda serta orang lain.
  6. Sebelum memulakan perjalanan, pastikan anda mengisi tangki minyak dengan sepenuhnya bagi mengelakkan kenderaan kehabisan petrol di tengah-tengah jalan raya.
  7. Mengisi borang balik kampung di balai polis terdekat untuk memaklumkan ketiadaan anda di rumah, jadi pihak polis boleh membuat rondaan.
Semasa perjalanan
  1. Pastikan anda dan setiap penumpang memakai tali pinggang keledar kerana ia boleh menyelamatkan nyawa. Jika anda membawa bayi kecil, jangan mendukung bayi sama ada di bahagian tempat duduk hadapan mahupun belakang. Pastikan tempat duduk keselamatan khas digunakan.
  2. Jika anda berasa mengantuk atau keletihan, ambillah masa untuk berhenti di kawasan rehat yang disediakan. Pastikan anda membuang air semasa berhenti dan berjalan bagi meregangkan otot anda.
  3. Jangan meninggalkan barang-barang berharga di dalam kereta semasa anda berada di kawasan rehat. Pastikan pintu kereta dikunci bagi mengelakkan sebarang kecurian.
  4. Jika memandu ketika hujan lebat, perlahankan kelajuan kenderaan dan pasang lampu hadapan. Elakkan daripada memandu laju kerana keadaan jalan raya yang licin boleh mengakibatkan kecelakaan.
  5. Jarakkan kenderaan anda serta elakkan dari mengekori kereta hadapan terlalu rapat. Hal ini dapat mengelakkan dari kemalangan berlaku.
  6. Amalkan pemanduan berhemah. Gunakan cermin pandang belakang dan sisi untuk memastikan keadaan selamat. Beri isyarat sebelum menukar lorong atau memoton. Jangan menghalang kenderaan lain, kerana ia boleh menyebabkan pengguna lain hilang sabar.
  7. Anda juga boleh melayari laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia [klik], untuk mengetahui status terkini trafik di lebuhraya yang anda lalui.


Tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak kecil

  1. Jika anda mempunyai anak kecil maupun anak yang lebih besar, jangan sekali-kali meninggalkan mereka di dalam kereta tanpa pengawasan. 
  2. Jika anda menyusukan anak anda dan tidak selesa melakukannya di tempat umum, anda boleh menyusukan anak di dalam kereta. 
  3. Kemudahan menukar lampin memang jarang dijumpai (jika ada pun, ia mungkin tidak bersih sebagaimana yang anda mahukan), jadi anda juga harus menukar lampin di dalam kereta. 
  4. Hentian rehat yang besar mungkin mempunyai restoran makanan segera yang menyediakan menu kanak-kanak, tetapi kedai-kedai makan tempatan tidak akan menyediakannya. Elok juga jika anda membawa snek dan makanan anda sendiri. 

Jika berlaku kecemasan 

Programkan nombor-nombor bantuan kecemasan ke dalam telefon bimbit anda dan bawa pengecas telefon kereta anda. 

• Perkhidmatan kerosakan kecemasan Persatuan Automobil Malaysia: 03-21610808. 

• Plusronda: 1800-88-0000. (Telefon kecemasan 24 jam Plus Expressway Berhad terdapat di setiap 2km di lebuh raya). 

Rencah Kehidupan : Meredah TAKDIR

Kita seringkali menyalahkan takdir jika apa yang kita mahukan tidak dapat kita miliki. Tapi tak semua yang kita miliki akan menjadi milik kita. Mungkin Tuhan telah menetapkan sesuatu yang terbaik untuk kita. Itulah takdir.

Meninggalkan atau ditinggalkan adalah lumrah dalam kehidupan manusia kerna takdir atau qada' dan qadar adalah ketentuan Allah SWT ke atas makhluknya pada azali. Kehidupan ini sesungguhnya amat rumit jika kita hanya bergantung kepada arus yang mampu membadai kita sekiranya kita tidak pandai mengemudi.

Ketika Allah berkehendak menjadikan sesuatu kebaikan pada seseorang atau menolak keburukan daripadanya, maka Allah Ta'ala mendatangkan atau mengilhamkan pelbagai asbab seperti doa dan usaha ke atas seseorang yang sememangnya sudah ada di dalam ketetapan Allah pada azaliNya. 


Allah Ta'ala bersifat dengan sifat Maha Mengetahui, yakni mengetahui zahir dan batin, mengetahui segala sesuatu dari awal hingga akhir kesudahan alam maya ini. Menurut hadis Nabi saw yang sahih, jodoh seseorang telah ditetapkan sejak azali lagi.

Biarpun telah bertahun menyulam kasih bersama, sekiranya telah ditakdirkan di kalam Allah, jodohnya adalah dengan insan lain, pastinya akan terbuka jalan-jalan yang menemukan seseorang dengan jodohnya yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Sesungguhnya jika seseorang itu berdoa bertahun-tahun supaya hubungan yang terbina bertahan untuk selamanya sekalipun, pasti akan ada aral yang memisahkan. Itu namanya Takdir Allah.

Aku manusia yang tak pernah melawan arus, dalam kehidupan, aku hanya mengikut alunan ombak yang datang. Kerna aku percaya Tuhan akan memberikan yang terbaik untukku sebagai hamba-Nya. 

Firman Allah Ta’ala : 

إِنَّ اللَّهَ بَـلِغُ أَمْرِهِ قَدْ جَعَلَ اللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍ قَدْراً

Maksudnya: 'Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.' -  At-Talaq 65: 3

Jenis-jenis Takdir :

1. Boleh diubah - mu'allaq
Seperti nasib kehidupan sesorang. Dari malas menjadi rajin, miskin menjadi kaya juga sebaliknya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”  -  Ar-Ra’d:11

2. Tidak boleh berubah dan diubah - mubram
Seperti  mati, jodoh, pertemuan dan zuriat yang telah ditetapkan

Firman Allah SWT dalam Surah ar-Ra’d: 39 yang maksudnya; 

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Dia juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNya, dan (ingatlah) pada sisiNya ada “Ibu Segala suratan”.

Apabila berbicara mengenai perasaan, sememangnya ia berkait dengan takdir sesuatu kehidupan di dunia. Ia tidak dipaksa dan dipinta kehadirannya seperti perasaan ingin menyayangi dan mengasihi seseorang. Iman adalah dinding yang kukuh untuk kita berdepan dan merungkai masalah-masalah yang datang. Apa yang berlaku yang akhirnya kita akan berbalik kepada hukum hakam Allah SWT. Redhalah.

Dari Abdullah ibn Umar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:'Bahawa setiap sesuatu telah ditulis dengan Qadar (takdir) sehingga kebodohan dan kelemahan atau kecerdikan dan kepandaian seseorang'. (HR Muslim) 

Wahai teman, teruskanlah perjalanan hidup ini dengan jalan yang telah dipilih yang diciptakan untukmu oleh Penciptamu. Jangan menoleh ke belakang lagi. Sesungguhnya aku manusia yang hanya mampu meredah takdir hidup yang penuh liku ini dengan iman yang harus diperkukuh. Destinasi cintaku di sini.



MadamCili Bulat

Wednesday, August 15, 2012

Diari Kehamilan II : Risiko Diabetes Ketika Hamil ~ Result MGTT

15/8/2012

Check up bulanan... Temujanji pukul 11am, tapi kul 10am da tercongok... Xmau tunggu lelama memandangkan kat klinik pun x ramai orang.

X lama menunggu aku dipanggil utk check HB, sekali cucuk, bisa terasa dan darah keluar. Alamak.... batal x pose aku yer....???  Banyak juga darah keluar. Tapi bukan aku sengaja, nurse tu yang buat. 

Masa check up perut, nurse minta aku banyakkan makan dan minum air, berat badan naik ckit tapi yang merisaukan aku, keputusan MGTT da keluar.

Keputusan Ujian Darah

Ujian Darah Pertama - 4.6
Ujian Darah Kedua - 7.3

Menurut nurse, masih dalam lingkungan selamat, normal diabetes adalah dari 4.5 gdl - 7.8gdl. Hampir je kan. So kena banyak berikan perhatian pada pemakanan. Kena kurangkan makanan manis. Huhu... kerana aku berisiko Mengidap diabetes.

Diabetes gestational

Diabetes bagi wanita hamil boleh didiagnos dengan dua pemeriksaan iaitu kandungan gula dalam darah setelah berpuasa dan kandungan gula dalam darah (diambil dua jam selepas makan).

Had gula dalam darah setelah berpuasa adalah 100mg/dl dan had gula dalam darah setelah 2 jam makan adalah 140mg/dl. Lebih daripada had itu, wanita hamil dikategorikan sebagai diabetes.

Gejala diabetes sewaktu hamil ini adalah kerap kencing (polyuria), banyak minum (polydipsia), banyak makan (polyfagia) dan berat badan turun dengan mendadak. Terdapat juga gejala lain yang timbul seperti kerap mengalami bisul, gatal-gatal di kulit dan kemaluan, keputihan, cepat penat, sering mengantuk dan kebas. Jika gejala ini terdapat pada anda, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Tips bagi mengawal penyakit diabetes bagi ibu hamil

Kekalkan diet
 Kurangkan pengambilan gula sederhana yang biasa terdapat pada minuman dan makanan manis. Ambil makanan seimbang sesuai keperluan wanita hamil.

Khidmat kaunseling
Dapatkan khidmat kaunseling dari pakar nutrisi kerana kekurangan kalori dikuatiri berisiko hipoglikemia (kadar gula dalam darah turun mendadak).

Pantau sendiri
 Pantau hipoglikemi dan jangan sampai paras gula dalam darah turun mendadak. Ambil makanan seimbang dan bersesuaian. Kandungan gula dalam darah boleh diukur secara berkala dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Anda boleh membeli alat pengukur paras gula dalam darah di farmasi berdekatan.

Suntikan insulin
 Ambil suntikan insulin kerana sepanjang kehamilan, wanita hamil tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang merangsang penghasilan insulin melainkan dengan suntikan insulin.

Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu.

MadamCili Bulat

Tuesday, August 14, 2012

Kenapa Cili Bulat...???


Kenapa cili bulat...??? 

Mesti kekawan tertanya2 kenapa nama samaran aku Madam Cili Bulat. Aku pun tak tahu nape aku suka sangat dengan nama lada ni, cam fanatik plak n pantang nampak bila pi supermarket. Sure aku akan pegang n belek-belek sampai aku rasa puas. [kekadang aku cium-cium gak..]

Macam ada aroma bau yang bagi aku inspirasi...

Meh nak share sikit info pasal Cili Bulat ni...

Biografi Cili Bulat
  • Selain dikenali dengan cili bulat, atau nama lainnya cili benggala atau nama saintifiknya Capsicum annum L
  • Boleh digunakan sebagai sayuran, salad
  • Bentuknya unik. [ni yang buat aku terpikat sebab aku suka sesuatu yang unik]
  • Berasal daripada kawasan Mexico, Amerika Selatan 
  • Warnanya yang ceria menyemarakkan rasa begitu juga dengan khasiatnya . 
  • Kaya dengan vitamin C.  Kandungan vitamin C adalah 190% lebih daripada apa yang diperlukan badan setiap hari.
  • Ia membantu mempertingkatkan keupayaan imunisasi tubuh di samping mempertingkatkan kadar metabolisme. 
  • Manis dan rangup, kegemaran kanak-kanak.

Aku mengenali Cili Bulat daripada spagetti bolognese, masakan air tangan Mr Hubby yang amat enak. Hinggakan rakan ofis pun memuji keenakannya dan teringin nak makan. Insya Allah, jika ada rezeki lebih, kami buat open house kecil-kecilan dan jemput rakan-rakan ye...

Hidangan breakfast masa birthdayku 2012

MadamCili Bulat.