Tuesday, August 14, 2012

10 bulan Incik Ammar : Alergi Kulit Bintik Merah

Ya Allah, risaunya aku sejak 2 3 hari ini, sejak balik dari GM Klang, Incik Ammar kena demam. Suhu badan tinggi, bila check beberapa kali, tekanan sampai 38.5. Mungkin keadaan yang panas sejuk yang menyebabkan dia terkena demam. 

Bila demam dah kebah, naik pula ruam atau bintik gatal merah-merah di badan dan muka. Apa puncanya pun aku kurang tahu. Atau dia alergi macam aku daripada makanan. Tapi baru-baru ini masa aku pi bazar, tetiba kulit bawah dagu aku gatal merenyam dan keluar bintik-binik juga. Bila dah baik, kesan dari bintik-bintik, kulit bawah dagu aku jadi kasar. Sama macam situasi yang Ammar hadapi sekarang di pipinya hingga mengelupas.

Bangun pagi tadi juga macam tu, naik gatal-gatal di sekitar pipi dan matanya bengkak. Kawasan putih dalam mata juga merah akibat digosok dengan jarinya.

Dari pembacaanku dari sumber di internet, aku dapat kenalpasti beberapa perkara dan penyebab.

Punca alergi pada kulit bayi :

Sebelum ini aku perkenalkan Ammar pada bubur nasi kosong tanpa dicampur pelbagai jenis sayuran. Kulit tiada masalah. Kemudian aku pelbagai bubur nasi dengan meletakkan ayam, ikan dan sayuran. Setelah temujanji Ammar 10 bulan di klinik berhampiran, jururawat mengesyorkan untuk memberikannya nasi lembik untuk proses mengajarnya mengunyah. jad daripada bubur nasi beralih kepada nasi lembik dan sup sayur. Dan bermula dari situ, bintik-bintik merah timbul. Daripada pemerhatian aku Ammar tak alergi pada beras kerana sebelum ini tiada masalah timbul bila dia makan bubur nasi.

Adakah air yang menjadi masalah? Tapi sebelum memandikan pun dah ada bintik merah. Keadaan rumah juga aku pastikan bersih dari debu dan habuk. Mungkin juga aku perlu memisahkan tempat tidurku dengannya dan memastikan tempat tidurnya bersih dan terhindar dari serangga seperti nyamuk dan semut.

Cara mengatasi :

1. Kerap memandikan bayi anda.
2. Gunakan krim bayi yang sesuai mengikut nasihat doktor
3. Menjaga kebersihan kediaman, pakaian dan barang permainan.

Banyak perkara perlu diperhatikan dengan prihatin dalam penjagaan bayi di bawah umur 1 tahun. Kulit mereka sememangnya alergi. Sekiranya masih ada tanda-tanda yang merunsingkan ini, segeralah membawa bayi anda ke doktor pakar.

Madam Cili Bulat

No comments:

Post a Comment