Thursday, August 2, 2012

Apa punya bini la...

Huwa malunya... Bermula alahan teruk yang aku alami sejak berbadan dua ini, semua kerja rumah di ambil alih oleh Mr Hubby. Dari memasak, membasuh pakaian, mengemas rumah, menyapu, mengemop lantai sehinggalah menjaga dan memandikan Incik Ammar.

Kadangkala terbit perasaan malu bila melihat semua kerja dilakunya tanpa merungut dan bersungut. Ikhlas sungguh hatimu, wahai Mr Hubby. 

Alangkah bertuahnya aku sebagai wanita. Bukan aku mengelak untuk melakukannya, tapi aku tak berdaya melawan fitrahmu ini setiap kali hamil kena menghadapi muntah2 yang teruk. Badan yang berisi tinggal tulang je. Lemak sume hilang. Jika dulu berat 58kg, kini hanya 46kg dan turun setiap kali check up bulanan.

Sepanjang 13 hari ramadhan ini, masakan sahur dan berbuka memang disediakan oleh Mr Hubby keseluruhannya. Aku hanya menolong apa yang patut seperti memotong sayur, bawang dan melayan Incik Ammar. 

Hari ini sedih betul. Mr Hubby ditugaskan bekerja ke Pontian, Johor. Tinggallah aku dengan Incik Ammar yang amat lasak.

Sebelum keluar menghantar Incik Ammar, aku salam Mr Hubby. Sempat juga beliau berpesan dengan Incik Ammar.

Ammar, Jaga mama baik-baik tau. Jangan noty-noty. Sambil dikucup pipi kecil itu dan dahi... Huhu... Sambil menaip ini, bergenang air mata.

Tabahkanlah hatiku, suami pergi mencari rezeki. 

Buka hari ini terpaksa menjejakkan kaki ke bazar dengan juadah yang kurang menyelerakan. Seperti semalam biarpun hanya bihun goreng tapi mampu memikat seleraku. Terkocoh-kocoh Mr Hubby memasak memandangkan sampai rumah pukul 7 malam. Tinggal beberapa minit masuk waktu berbuka, hidangan tersedia di atas meja.

Terima kasih, Mr Hubby. Aku bertuah memilikimu...


Catatanku, 
Madam Cili Bulat

No comments:

Post a Comment