Friday, August 10, 2012

Diari Kehamilan II - 16 Week : MGTT oh MGTT

MGTT oh MGTT...

Bila hamil, inilah masa yang paling aku tak cukup gemar. Hish... Kena minum air gula yang secawan besar. Hadoi...

Apa MGTT ni?

Ujian MGTT adalah untuk mengenalpasti samada anda mengidap penyakit kencing manis semasa hamil.Kebiasaannya ujian ini dilakukan pada wanita yang berisiko tinggi.Ia boleh dilakukan walaupun pada trimester pertama.

Prosedur Am:



1.    Anda perlu berpuasa sekurang-kurangnya 10 jam sebelum darah diambil. Hanya air kosong dibenarkan minum sepanjang tempoh tersebut. 

     
       Contoh : Darah akan diambil pada hari Rabu pagi,maka anda perlu berpuasa pada malam hari Selasa bermula  pukul 10 malam sehinggalah berjumpa dengan doktor pada keesokan hari.

2.     Datang ke Klinik untuk mengambil darah dan selepas itu anda akan dibekalkan dengan air glukosa.

3.     Anda perlu menunggu selama dua jam berikutnya  untuk mengambil darah semula.  . Hanya air kosong dibenarkan minum sepanjang tempoh tersebut.

4.    Selepas darah diambil, barulah anda dibenarkan makan seperti biasa.

Pagi 31 Julai 2012, aku sampai agak lewat juga ke Klinik Desa Pulau Meranti. Hampir Jam 8 pagi. Keadaan hujan jadi aku rasa macam tak ramai orang. Rupanya bila sampai parking penuh. Huwa... Mesti lambat balik. Sedey...

Penyebab aku kena buat ujian MGTT ini kerana mak aku ada kencing manis, so daripada sejarah keluarga yang aku, aku berpotensi ada kencing manis tika hamil. [minta dijauhkan]...

Duduk hampir 1 jam, baru aku disuruh minum air gula 300ml yang amat pekat. Dari rumah ada bawa limau nipis yang aku ingin perah ke dalam cawan, tapi nurse berdiri je depan aku sepanjang aku minum. Untuk memastikan aku mium sehingga habis. Alamak x menjadi trick aku. [kurang asam]... Da la minum depan kaunter yang sememangnya ramai orang dan x boleh mengelat.

Hukhuk...

Nak tak nak kena minum juga sampai habis. Tapi ada suku lagi, bila nurse pi tempat lain, aku cecepat ke sinki yang buang selebihnya. Mungkin nurse pun x perasan. Hehe...

Keputusan x boleh terus dapat hari yang sama, kerana ujian darah diambil perlu dibawa ke Klink Dengkil.

Pening kepala aku...

Sementara nak tunggu 2 jam kemudian utk ambil darah sekali lagi, aku tidur kat bilik penyusuan. Rasa cam nak pitam.

Lepas selesai segala prosedur aku kembali ke office sebab aku betul-betul lupa nak minta surat MC. Nasib badan.

So secara rasminya hari ini aku tak puasa... 

No comments:

Post a Comment