Wednesday, August 15, 2012

Diari Kehamilan II : Risiko Diabetes Ketika Hamil ~ Result MGTT

15/8/2012

Check up bulanan... Temujanji pukul 11am, tapi kul 10am da tercongok... Xmau tunggu lelama memandangkan kat klinik pun x ramai orang.

X lama menunggu aku dipanggil utk check HB, sekali cucuk, bisa terasa dan darah keluar. Alamak.... batal x pose aku yer....???  Banyak juga darah keluar. Tapi bukan aku sengaja, nurse tu yang buat. 

Masa check up perut, nurse minta aku banyakkan makan dan minum air, berat badan naik ckit tapi yang merisaukan aku, keputusan MGTT da keluar.

Keputusan Ujian Darah

Ujian Darah Pertama - 4.6
Ujian Darah Kedua - 7.3

Menurut nurse, masih dalam lingkungan selamat, normal diabetes adalah dari 4.5 gdl - 7.8gdl. Hampir je kan. So kena banyak berikan perhatian pada pemakanan. Kena kurangkan makanan manis. Huhu... kerana aku berisiko Mengidap diabetes.

Diabetes gestational

Diabetes bagi wanita hamil boleh didiagnos dengan dua pemeriksaan iaitu kandungan gula dalam darah setelah berpuasa dan kandungan gula dalam darah (diambil dua jam selepas makan).

Had gula dalam darah setelah berpuasa adalah 100mg/dl dan had gula dalam darah setelah 2 jam makan adalah 140mg/dl. Lebih daripada had itu, wanita hamil dikategorikan sebagai diabetes.

Gejala diabetes sewaktu hamil ini adalah kerap kencing (polyuria), banyak minum (polydipsia), banyak makan (polyfagia) dan berat badan turun dengan mendadak. Terdapat juga gejala lain yang timbul seperti kerap mengalami bisul, gatal-gatal di kulit dan kemaluan, keputihan, cepat penat, sering mengantuk dan kebas. Jika gejala ini terdapat pada anda, segeralah dapatkan rawatan doktor.

Tips bagi mengawal penyakit diabetes bagi ibu hamil

Kekalkan diet
 Kurangkan pengambilan gula sederhana yang biasa terdapat pada minuman dan makanan manis. Ambil makanan seimbang sesuai keperluan wanita hamil.

Khidmat kaunseling
Dapatkan khidmat kaunseling dari pakar nutrisi kerana kekurangan kalori dikuatiri berisiko hipoglikemia (kadar gula dalam darah turun mendadak).

Pantau sendiri
 Pantau hipoglikemi dan jangan sampai paras gula dalam darah turun mendadak. Ambil makanan seimbang dan bersesuaian. Kandungan gula dalam darah boleh diukur secara berkala dengan melakukan pemeriksaan sendiri. Anda boleh membeli alat pengukur paras gula dalam darah di farmasi berdekatan.

Suntikan insulin
 Ambil suntikan insulin kerana sepanjang kehamilan, wanita hamil tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang merangsang penghasilan insulin melainkan dengan suntikan insulin.

Semoga tips di atas sedikit sebanyak dapat membantu.

MadamCili Bulat

No comments:

Post a Comment