Thursday, August 2, 2012

Jeruk Penang ~ Bikin Ngences...

Abang GDEX sampai cari orang nama macam nama aku. Seingat aku, aku tak ada beli barang onlline lagi.

Aku sign je la... Tanpa tengok siapa pengirimnya, aku terus la buka.

Barang bersampul dengan surat khabar. Dari sehelai ke sehelai aku koyak... Punya teruja nak tengok apa mendanya. 


Hahahaha~ ~ ~ ~ Amek ko...

Sampai boleh  bikin ngences...[tau ke kome maksud ngences]...

Menurut kamus jawa, NGENCES ni bermaksud mengidamkan sesuatu tapi tak dapat, so air liur keluar meleleh... basah baju... {ish x ada la aku camtu sekali].

Aku rasa x lama rasanya aku bercakap pasal jeruk ni. Melalui posting aku di FB dengan kawan baikku, sumenya berpunca daripada komen Mr Hubby.


Ingat memain je, rupanya member baik aku ni pos betul... huhu... Lawak. Mesti kena gelak dengan Ucu ku... Haha... 

Tapi apa nak heran, skrg nak beli ikan masin dan petai pun orang pakai online...

Apapun, Terima kasih, Babe... I Love You... Raya ni kita jumpa... Sayang Ko ketat-ketat...

No comments:

Post a Comment