Monday, August 13, 2012

Jom serang GM Klang

Wah...korang mesti dah buat persiapan untuk raya kan. Aku pula, hanya sempat beli beberapa helai baju Incik Ammar melalui online je. So hujung minggu lepas, aku ajak Mr Papa ke GM KLANG, pusat borong yang hampir 30 minit dari rumah kami. 

Jam 10.30 a.m.
Kami bergerak dari Puchong menggunakan highway ke Shah Alam. Ni first time kami ke Klang. Memang ikut sign board je le. GPS ku rosak. Huhu... Sedey. Cam hilang arah jadinya. Nasib baik ada hp cabukku ini yang masih berfungsi. Walaupun slow sikit, skurg2nya masih berfungsi baik. xla kami sesat.

Sesampai je di Gm Klang, cuaca agak panas. Parking hampir full walaupun masih awal. 

Teruja juga...

Kami memulakan penjelajahan kami di Fasa P6. Kedai pertama yang kami singgah kedai menjual pakaian bayi dan kanak-kanak. Just survey n mark sbb planning nak pi semua blok yang ada di GM Klang. Antara kedai yang menarik perhatianku kedai menjual kasut sukan dan kedai borong t-shirt. 




Kedai borong T-shirt lelaki. Beli 6 helai boleh dapat harga borong bagi t shirt kolar bulat.


Kedai borong jeans berjenama Levis, Lee dan macam2 la. 2 helai RM100


Kedai borong pakaian bayi dan kanak - kanak... Geram tengok. Kalau beli borong campur-campur 6 helai boleh dapat diskaun 20 % satu pakaian. Setiap blok memang ada peniaga yang menjual pakaian bayi dan kanak - kanak. Cuma kena pandai la untuk dapatkan harga murah.


Stok Carter Romper 5in1... Wah seronoknya tengok.


Ada juga kedai borong menjual rak, patung mannequin, hanger tudung dan macam2 lagi. So siapa yang ingin berniaga boleh dapatkan pelbagai barangan di bawah satu bumbung.

Jom layan aksi Incik Ammar ni... Alhamdulillah sepanjang jalan dia x merengek, cume minta dilepaskan dan jalan dipimpin. Dia xnak didukung. So Mama Papa pimpin tangannya.


Di salah satu kedai borong. Da mula buat cam kedai dia sendiri. Hish geram betul... Apa la yang dicarinya...


Oh ini rupanya yang dicari. Start kerja sebagai pembantu kedai borong. Hihi...



Muncung... Muncung....


Layan perasaan, bertepuk tangan... Da la x mau tidur.


Berhenti sekejap mam di KFC... Dak x pose...

Hasil borongan


T shirt raya buat Mr Hubby

Madam Cili Bulat

2 comments:

  1. kedai manik yang jual murah dan berquality adalah di kedai my collection trading. kedai dia di tingkat 1 no30& 31 dan tingkat 2 no120. tel 0122803334, allan

    ReplyDelete